Friday, September 14, 2012

PAS, Umno kecam filem hina nabi Muhammad

PAS dan Pemuda Umno hari ini mengecam penerbitan filem Innocence of Muslims oleh karyawan Amerika Syarikat yang didakwa menghina Nabi Muhammad sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) berkata, walaupun pada asasnya kebebasan bersuara perlu dihormati tetapi ia mestilah berteraskan rasa kebertanggungjawaban sehingga tidak mempermaikan keharmonian hidup beragama mana-mana kelompok.

NONE"Mewujudkan perasaan kebencian yang cuba ditaburkan oleh kelompok tertentu ekstrimis ini adalah tindakan mundur ke belakang dan tentunya tidak akan menyumbang kepada suasana dunia yang lebih tenteram," katanya.

Parti Islam itu juga berkata tindakan itu hanya akan menyebabkan berlakunya kesan negatif berangkai yang tidak menguntungkan sesiapa pun.

Semalam, dilaporkan berlaku demonstrasi besar di kedutaan Amerika Syarikat di Mesir oleh penunjuk perasaan yang tidak puas hati - yang dijangka merebat ke pelbagai dunia Islam dalam masa terdekat.

Bendera AS diturunkan di Mesir, duta terbunuh di Libya

Dalam tunjuk perasaan di Kaherah semalam, berpuluh-puluh orang memanjat dinding kedutaan, menurunkan bendera Amerika Syarikat dan menggantikannya dengan bendera hitam tertulis dua kalimah syahadah.

Lebih buruk lagi, kemarahan itu juga menyebabkan duta Amerika Syarikat di Libya Chris Stevens terbunuh pada Selasa malam akibat serangan di Benghazi, lapor agensi.

Dalam kenyataan hari ini, Abdul Hadi juga mendesak kerajaan Amerika Syarikat mengambil langkah serius atas "provokasi kebencian beragama" yang ditimbulkan pengarah dan penerbit filem yang berdarah Yahudi itu.

NONEPemuda PAS juga mengugut mengadakan perhimpunan besar-besaran Jumaat ini sekiranya kerajaan Amerika Syarikat tidak mengambil tindakan berhubung penerbitan filem itu.

Sementara itu, Pemuda Umno pula menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi langsung dengan isu jelas mencaci agama Islam seperti Innocence of Muslims.

"Namun pada masa yang reaksi keterluan tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan mendamaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin merujuk kepada insiden kematian duta Amerika Syarikat ke Libya.

Treler filem itu dengan durasi hampir seminit setengah kini dimuat naik ke laman perkongsian video Youtube.

-MK

21 comments:
Write comments
  1. yahudi patut dilenyapkan dimuka bumi ini, tunggu sajala janji Allah dan kebenaran AL OURAN... !

    ReplyDelete
  2. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman encourages greater media coverage to highlight the cohesiveness of Sabah’s unique multiracial and multireligious society.

    ReplyDelete
  3. He said it is an important message that must be infused in every racial and religious group so that it will continue to be practised for generations to come.

    ReplyDelete

  4. The harmony and unity that we have in Sabah is built based on sincerity and deep understanding. This spirit is translated into ‘unity in diversity’ among more than 32 ethnic groups in Sabah.

    ReplyDelete
  5. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who said Sabah as the best example of the 1Malaysia concept and former premier Tun Dr Mahathir Mohamad who referred to Sabah as the best example of racial and religious tolerance.


    ReplyDelete

  6. Musa noted that his is the beauty and uniqueness of the multiracial and multireligious community in Sabah that is not found in any other state or country.

    ReplyDelete

  7. On the media’s role in helping the government’s development agenda, Musa said the media had an important part as the “bridge” between the government and the people in disseminating information and getting feedback from the grassroots.

    ReplyDelete

  8. Key projects have been highlighted within the state's development agenda.

    ReplyDelete

  9. Among them are poverty eradication, improving infrastructure, Halatuju, issuing communal land titles, agropolitan projects and many more including the National Key Economic Areas, National Key Result Areas and the 10th Malaysia Plan.

    ReplyDelete
  10. All these are geared towards spurring the development and economic growth of Sabah and eventually improving the socioeconomic standards of the people.

    ReplyDelete
  11. Musa also assured that the State government is also committed to ensure the government delivery system is constantly updated and improved.

    ReplyDelete
  12. filem yang membawa unsur2 yang tidak baik patut disekat.

    ReplyDelete
  13. Sememangnya perkara ini perlu disiasat sebaiknya.

    ReplyDelete
  14. Betulkah filem ini ada unsur menghina nabi Muhammad.

    ReplyDelete
  15. tadi kat Tawau Mosque, ada bantahan pasal nih dgn pembesar suara. aku seronok jg. ramai yg tengok. rupanya PAS buat! kami semua cepat2 cabut lari. nanti dikata menyokong propa pembangkang pulak.

    dulu sebelum PRU 12, PAS heboh juga propa pasal arak, murtad dan clubbing! **dah memerintah, buat tak tau rupanya..negeri isteri aku (Perak)Nizar (DUN Psir Pjg) bz nak laksanakan hudud. dah memerintah negeri, buat2 tak tau jerr. siapa bertanya hudud digertak & dianggap iblis pula!!??@#$%

    aku mmg ndak suka perkara yg mnghina Islam ni..tapi, jangan hipokrit. pastu bz mengata pihak lain terutama UMNO BN pula dalam membetul helah. orang UMNO BN bukan mengata2 org lain. orang UMNO BN terbuka dgn pendapat2 yg lain terutama golongan ibu bapa. Sabahan patut bertanya dgn ibu bapa dahulu, sebelum buat keputusan menyokong pambangkang. insha allah, ibu bapa kita yg matang ini akan memberi pendapat2 emas mengenai perkara2 atau prjanjian2 bersama yg telah dibuat.

    semua beradik dan saudara mara ku sgt tegar dgn Dacing!! kami bukan kira siapa, tapi d.a.c.i.n.g. (Dipercayai, Adil, Cerdik, Ikhtiar, Nyaman, Gembira)

    orang2 Tidung amat sayangkan Dacing,bah

    ReplyDelete
  16. nda kira ko dacing ka,cap kapal ka..itu hudud di kelantan suda lulus di dewn undangan negeri tapi nda dapat kerjasama dr kerajaan pusat,sebab penguatkuasaan satu2 hukuman msti dapat kersama dr badan2 spt polis,polis d bawah kerjaan ngri ka atau pusat??diperak belum smpat mau bikin hudud suda kena rampas dr kerjaan umngok...pr mengata itu bn berdasar kan fakta,ayat alquran dan hadis..tapi pengikutnya yg palui spt ko nda menerima nya...sekarang masadepan sabahan terletak pada urang yang bijak memikir jgn dipilih lg pemimpin yang tau kaya kan diri sendri dan kuarga dan kroni ja...suda hampir berbelas tahun ini dacing memerintah(slps berjaya)ada negeri sabah maju ka??cuba ko jawab??ramai anak muda mengganggur...kesian ko jd pemimpin pada kuarga ko yang mana pemimpinnya nda buleh memikir secra waras..kahkah...masalah menghina ALLAH dan rasul,mestilah kita bersatu nda kira fahaman politik la..knp ko nda menyrtai itu demo??kerana ia anjuran pembangkang ka??jd,mana parti islam umngok??ada bikin demo jg ka??kahkah..bertapuk bawah ketiak bini buleh laa...kahkahkah

    ReplyDelete
  17. Kalau mcm Tidung di atas nih,cerdik lagi Bajau laut ( palaoh ) kat Semporna nun. Silap2 bole menang PKR di Sulabayan tu.

    ReplyDelete
  18. Diharap masalah tu cepat diselesaikan

    ReplyDelete
  19. Saling mahu menunjuk parti mana yang akan jadi hero tidak akan menyelesaikan issue tersebut

    ReplyDelete
  20. kerjaan bn umngo hari2 dln berita dan semua media pecacai mengatakan bn umngok saja yang menepati janji..yang bagus,yang hebat yang gorgeus and bla..bla..bla...,itu apa plak september 15,2012...org yg bodoh ja tak dapat menilai mana yang baik umtuk rakyat dan buruk...

    ReplyDelete
  21. "Pemuda PAS juga mengugut mengadakan perhimpunan besar-besaran Jumaat ini sekiranya kerajaan Amerika Syarikat tidak mengambil tindakan berhubung penerbitan filem itu."

    kalau mahu berhimpun, pergi la berhimpun di Amerika Syarikat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.