Saturday, September 15, 2012

William Case: BN menang PRU 13 dengan majoriti lebih kecil

Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan tetapi dengan majoriti kerusi lebih kecil berbanding 2008 kata Prof William Case (gambar), pemangku ketua Jabatan Asia dan Kajian Antarabangsa, City University of Hong Kong.

“Umno akan menghadapi risiko kehilangan dua peratus undi dari kalangan kelas menengah Melayu di bandar; MCA akan menerima paling lebih banyak kehiangan undi; MIC pula akan mendapat keputusan yang lebih baik sedikit berbanding 2008,” katanya.

Menurut pakar politik Malaysia itu, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan memenangi PRU hanya dengan sokongan daripada masyarakat Cina dan pengiktirafan antarabangsa dari negara kuasa besar Amerika Syarikat.

“Tanpa sokongan daripada sebahagian besar golongan bumiputera, BN tidak akan dapat ditumbangkan oleh PR walaupun mendapat sokongan kuat daripada masyarakat Cina.

“Tetapi apa juga sentimen masyarakat Cina, pada angka 26 peratus daripada jumlah populasi penduduk, bilangan mereka tidak cukup besar untuk mengalahkan BN.

“Melainkan, masyarakat Cina bergabung dengan sejumlah besar pegundi bumiputera dimana ianya tidak akan berlaku.

“Kita harus perhatikan juga jumlah pengundi Cina yang akan kembali menyokong Najib (Datuk Seri Najib Razak),” katanya kepada The Malaysian Insider dalam temuramah melalui email baru-baru ini.

William merasakan kuasa besar dunia, Amerika Syarikat lebih condrong mahukan kemenangan PR dalam pilihan raya akan datang kerana imej ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai seorang muslim moderat yang mereka boleh berurusan.

“Washington sudah tentu terus komited, kepada pendemokrasian.“Walaubagaimanapun, Washington tidak begitu bertentangan dengan Najib seperti mereka memandang rendah kepada Abdullah atau curiga terhadap Mahathir.

“Malah, mungkin ada sedikit rasa hormat kepada Najib sebagai pengurus berwibawa dalam keadaan yang amat sukar dan tidak seimbang.

“Apa sahaja pandangan Washington, ia hanya memberi kesan yang kecil kepada pengundian di Malaysia,” katanya.

William bukanlah nama yang asing dalam kajian terhadap politik dan pentadbiran negara.

Beliau telah banyak menulis tentang Malaysia dan sekarang ini sedang membuat kajian tentang sistem Federalisme negara ini.

Menurut William, Umno dan BN akan terus memerintah sekurang-kurangnya selepas pilihan raya ke-13.

Jika BN tumbang, pemimpin Umno akan mempunyai pandangan berbeza tentang bagaimana untuk berhadapan dengan keadaan ini.

“Najib akan terima keputusan dan terus memimpin Umno dan (BN jika masih ada) sebagai pembangkang.

“Pemimpin Umno lain yang bergaris keras akan membuat kacau sehingga pihak berkuasa terpaksa mengistiharkan darurat,” katanya lagi.

Menurut William, jika PR kalah pula dalam PRU 13 ini, dan pemimpin mereka mampu meyakinkan rakyat bahawa undi mereka telah dicuri melalui perjalanan pilihan raya yang tidak adil, tidak mustahil kebangkitan melalui demonstrasi besar-besaran seperti di Filipina pada tahun 1986 dan di Timur Tengah baru-baru ini boleh berlaku.

“Walaubagaimanapun, saya tidak menjangkakan akan berlaku perpecahan dalam pasukan keselamatan seperti di Filipina — jeneral atasan berpaling tadah, membolehkan peralihan demokrasi mengambil tempat.

“Paling tinggi, perubahan akan kelihatan lebih seperti Mesir, di mana tentera membenarkan seorang tokoh pembangkang untuk menduduki kedudukan eksekutif atas, tetapi masih mengekalkan kawalan ke atas kebanyakan kuasa kerajaan,” katanya.

Pilihan raya akan datang dikatakan paling sengit bakal berlaku dalam sejarah Malaysia.

Dalam pilihan raya tahun 2008, PR menafikan majoriti dua pertiga BN apabila memenangi 81 kerusi parlimen selain daripada merampas negeri-negeri yang dikuasai parti pemerintah seperti Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Kelantan berjaya dipertahankan oleh PAS.

Perak walaubagaimanapun dirampas kembali oleh BN pada tahun 2009 apabila tiga ahli dewan undangan (DUN) keluar dari PR menjadi Adun bebas tetapi mesra kepada BN.

-TMI

25 comments:
Write comments
  1. itu kira bahasa kasarnya...bahasa yang lembutnya,BN mesti bungkus punya...kahkahkah

    ReplyDelete
  2. tak lama 5 tahun saja kita coba dulu kita tengok kepimpinan sapa yg baik

    ReplyDelete
  3. Dia bukan malaikat menentu kan .PRU 13 ini,manusia hanya meramal yg benda tidak pasti , ABU

    ReplyDelete
  4. Kita harap Sangat kerajaan BN ini mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  5. Kemenangan pasti akan memihak kepada BN terima kenyataan ini. Tapi mungkin kemenangan tidak sebesar dahulu.

    ReplyDelete
  6. PR tidak mungkin boleh menang hanya mendapat sokongan daripada kaum cina

    ReplyDelete
  7. Umno BN tetap akan menang PRU13. Pembangkang jangan pula ambil kesempatan menabur fitnah.

    ReplyDelete
  8. kita tengok lah soalan Ramalan dari mereka

    ReplyDelete
  9. PTI yg dapat ic haram berharap sangat BN menang PRU nanti sbb kalau BN kalah, alamat PTI yg berkenaan melingkup juga. ini kali la

    ReplyDelete
  10. Kini Azmin berada di Labuan menunggu Anwar yang dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang.

    Turut dijangka hadir Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw, Dr Hatta Ramli dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.

    Semalam, beberapa pembantu Azmin dihalang dari memasuki Sabah setelah notis larangan memasuki negeri itu diberikan, dipercayai bagi menghalang usaha tersebut dari terjadi.

    Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal keluar adalah ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh serta bekas Ketua Menteri Sabah, Osu Sukam.

    Dipercayai Perdana Menteri Najib Altantuya sudah mengetahui perkembangan terbaru ini di mana kini berusaha bersungguh-sungguh agar peristiwa dua ahli parlimen BN yang keluar iaitu Lajim Ukin dan Wilfred Mojilip Bumburing tidak lagi berulang.

    ReplyDelete
  11. Mat salleh yg buat kajian tu betul kalau ikut kaedah atau pemikiran beliau yg tak tau SPR tu siapa. Tapi kalau ikut perkiraan aku, BN menang selesa ( bukan menang mudah ye ) dgn pertambahan gila2 pengundi baru spt mana yg didedahkan oleh sdra Rafizi dan maklumat2 yg dkorek oleh pihak PR. Bukti dah brlaku pun dT'Ganu pd PRU ke 12 dulu. Setelah jatuhnya PAS dT'Ganu, bersepah2 org Nyammar dan Bangla dsana skrang. Secara keseluruhannya, BN brjaya MENGGADAI kedaulatan negara kpd warga asing sbg sebhgian dr SURVIVAL politik mereka, dsamping hanyutnya Pulau batu Putih ( Pedra Branca ) kpd Spura, tanah KTMB dTg Pagar jugak dSPura. 'pulau2 kecil' yg ada minyak dLaut Cina Selatan kpd Brunei.

    ReplyDelete
  12. Mat salleh yg buat kajian tu betul kalau ikut kaedah atau pemikiran beliau yg tak tau SPR tu siapa. Tapi kalau ikut perkiraan aku, BN menang selesa ( bukan menang mudah ye ) dgn pertambahan gila2 pengundi baru spt mana yg didedahkan oleh sdra Rafizi dan maklumat2 yg dkorek oleh pihak PR. Bukti dah brlaku pun dT'Ganu pd PRU ke 12 dulu. Setelah jatuhnya PAS dT'Ganu, bersepah2 org Nyammar dan Bangla dsana skrang. Secara keseluruhannya, BN brjaya MENGGADAI kedaulatan negara kpd warga asing sbg sebhgian dr SURVIVAL politik mereka, dsamping hanyutnya Pulau batu Putih ( Pedra Branca ) kpd Spura, tanah KTMB dTg Pagar jugak dSPura. 'pulau2 kecil' yg ada minyak dLaut Cina Selatan kpd Brunei.

    ReplyDelete

  13. Era mat-mat saleh mula cari makan kat asia, kini bertumpu pula kat 1malaysia najib. Di barat dah tumpu (penuh dah) agaknye. Bodek pun bodek laah. Yang penting boleh dapat soru (makan daa)..

    Rakyat sudah bersedia untuk Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang baharu. Tak perlu ramal-ramalan. Lagi lambat PRU semakin parah dan nazaklah UMNO Barisan. Pohon Pakatan Rakyat pimpinan DSAI pula semakin hari semakin segar dan merendang.


    ReplyDelete
  14. Tan Sri Ibrahim Menadin dr Labuan dah masuk PKR pulak.? Betul le apa yg DS Anwar rancang dulu iaitu tarikh keramat BN trpaksa serah Putrajaya kpd PR setelah brduyung2 MP BN akan masuk PR. Walau prancangan itu trbantut kerana PM tlh ajak mereka semua ke Taiwan ke utk belajar brtani moden. Mana hasil kajian tu pulak? Kini seorg demi seorg tlh beralih arah ke PR. Yg susah sikit nak bralih mngkin YONG CHEN LEONG, GARET MAJAHAM dan DATUK PETER ANTHONY kerana mereka trpaksa sehidup semati brsama BN/UMNO dan mahu brada dbawah ketiak MP Semporna. Projek KKLW itu le lubuknya. Lubuk wang dan bukan lubuk antu. Bagaimana Yong C Leong tu yg hanya SETPOL Datuk Shafei mampu pakai Ferrari, Porsche dll serta kediaman mewah di KLCC brnilai RM10 juta? KM Penang kalu dkira lagi besar gaji dan emolumen bulanan tapi dok rumah sendiri ( mcm Nik Aziz ) dan tiada kereta mewah brbaris megah. Jgn kita dhina dan dtipu oleh pemimpin kerana naiknya mereka dr pilihan kita tetapi harta negara(rakyat) dikaut oleh mereka melalui kroni malah rakyat dbebani dgn hutang negara RM500b dzaman Najib dan rakyat yg MESTI byar hutang itu. Hutang tidak prnah dbayar tetapi meningkat saban waktu. Lebih baik brsama MALAIKAT walau tak dkenali dari brkawan dgn SYAITAN wlau telah dikenali.

    ReplyDelete
  15. Sekurang-kurang lima ahli parlimen Umno muda Umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. Mereka ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Azalina Othman Saad (Penggerang), Saifuddin Abdullah (Temerloh), Noraini Ahmad (Parit Sulung) dan Fuad Zarkasi (Batu Pahat).

    Menurut sumber yang rapat dengan presiden Umno mereka digugurkan kerana sikap politik mereka yang liberal atau pun gentleman yang tidak bertempat. Telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya kontras dengan dasar diputuskan.

    ReplyDelete
  16. Mat Salleh tu cari makan je..dia mana tau keadaan hati semua rakyat malaysia yg terluka parah oleh perbuatan UMNO-BN

    ReplyDelete
  17. Seandainya BN menang tipis maka Najib lah akan menerima padah. Dia akan dipaksa olih kuncu Muhidin untuk berundur.

    ReplyDelete
  18. Kami Sino sokong PR tp takut PAS mahu hudud islam.

    ReplyDelete
  19. ini hanya ramalan saja. jangan dulu berasa lega dengan ramalan yang dibuat oleh prof tersebut.

    ReplyDelete
  20. Mudah-mudahan yang positif tu jadi kenyataan.

    ReplyDelete
  21. Org bukan Islam jgn trpengaruh dgn dakyah OMNo yg menakut2kan mereka dgn hudud. Kalau ada duit,terbang le ke Kelantan jumpa MB sendiri utk dapat PENCERAHAN dan PERSEGARAN minda anda agar benar2 faham apa itu hudud dan utk siapa. Sekali lg pesanan jgn trpengaruh dgn dakyah OMNO. Jelas hudud tu hanya utk penganut agama Islam malah trbukti bole menghalang pelaku jenayah syari'ah atau sivil spt yg diamalkan di Negara Arab atau Timur Jauh. OMNO je takut hudud sebab tgn mereka 'sure' akan dpotong oleh jaran islam kerana 'mencuri' atau kena rejam kerana brkhalwat.

    **888

    ReplyDelete
  22. ini kalilah..BN terus memerintah walaupun majoriti kecil berbanding dahulu..

    ReplyDelete
  23. BN menang atau kalah dalam PRU akan datang ditentukan oleh PATI yang sudah menjadi warganegara secara mee segera. Kalau rakyat sepakat menentang PATI ini mengundi, saya kira BN akan tumpas dengan teruk. Mengikut pengalaman, BN akan menaburkan wang dan janji-janji yang tidak mungkin akan mereka laksanakan dalam PRU kali inui. Ini kerana mereka hanya memerlukan 30% sokongan warga tempatan untuk menambah undi PATI untuk mencapai kemenangan. Jadi jika semua rakyat di negara ini boleh menghalang PATI ini mengundi sekalipun mereka sudah ada IC, kemungkinan PR menang tu cerah. PRU kali ini rakyat bukan sahaja menentang UMNU, PATI, bahkan PDRM dan SPR.

    ReplyDelete
  24. Anonymous said...
    September 18, 2012 11:25 AM

    kemenangan PR di 4 buah negeri pun ditentukan oleh PATI juga kan?

    ReplyDelete
  25. yang pasti BN tetap akan menang.. sebab pembangkang terutamanya di Sabah terlalu tamak hingga sukar untuk mereka bersatu dengan pembangkang2 yang lain..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.