Friday, September 14, 2012

Bas PKR disimbah cat lagi di luar masjid


Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Menurut Pengerusi PKR Negeri Datuk Chua Jui Meng, bas tersebut diserang di luar sebuah masjid di Tangkak, Johor.

NONEBerucap merasmikan bilik operasi PKR di Tangkak, Chua juga berkata, ketika kejadian berlaku Anwar sedang bersolat di masjid tidak jauh dari tempat itu.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agun g PKR Saifuddin Nasution yang mengikuti rombongan itu memberitahu Malaysiakini, mereka dimaklumkan polis bahawa perbuatan khianat itu dilakukan seorang remaja yang menaiki motosikal.

"Polis mengejarnya dan berjaya mendapatkan nombor pendaftaran, tetapi akhirnya nombor itu didapati palsu," kata Saifuddin.

-MK

13 comments:
Write comments
  1. ini yang membuat rakyat tambah benci bn

    ReplyDelete
  2. tak kan ndak faham? tarik simpati & kezaliman BN. tentunya ada tuduh menuduh. tak percaya polis. orang yg marah lagi berasap! pengawal2 keselamatan yg jaga bas, pamimpin, pendengar2 ceramah.. *bayangkan jika bn kalah dan apa yg mereka boleh buat!?? tapi nyarisla pamimpin2 merika sentiasa sabarkan orang2 umno bn! bayangkan tindakan2 spontan PR jk kalah PR juga dgn insiden ini. aksi2 bloggers!!?

    *atas pagar

    ReplyDelete
  3. Tindakkan sebegini sememangnya tidak patut dibuat.

    ReplyDelete
  4. Kita tidak boleh juga tuduh ini angkara BN. Kerana masih belum ada bukti. Mungkin juga ini angkara ahli mereka sendiri dan cuba untuk menyalahkan BN yang melakukannya.

    ReplyDelete
  5. Kalau risau sepatutnya PKR tidak perlu adakan jelajah tu. Lebih baik diam saja di rumah

    ReplyDelete
  6. Sentimen pembangkang. Segalanya salahkan Umno. Apa2 hal salahkan Umno. Biar la ada bukti yang kukuh

    ReplyDelete
  7. ada pulak BATRESIAL kata org PKR/PAS sendiri yg buat benda nih? Aduh duh duh..nak pecat perutku trgelak. Kalau dah 2 tempat sebelum nih PERKASA yg ada ahli UMNO lakukan...brdasarkan contoh2 lampau,andaian boleh dibuat,angkara siapa bnda tuh. Common sense,bro. Mcm Rahim Noor dulu,ada plak dia kata Anwar tumbok mata sendiri hingga lebam.
    KAU NAMPAK NIH...NANTI LEBAM BIJI MATA.

    ReplyDelete
  8. Macam2lah tindakan kotor pihak tertentu bila pilihanraya makin dekat. harap perkara ni akan disiasat tanpa ada double standard.

    ReplyDelete
  9. cukup2lah buat kerja tidak berfaedah ni.

    ReplyDelete
  10. jgnlah buat kerja tidak baik ini.

    ReplyDelete
  11. Sabotaj ke? Apa kejadahnya nak simbah2 cat ni..buang karan

    ReplyDelete
  12. kalau blog suara pakatan rakyat dikatakan milik seseorang yang berniat mahu mensabotaj Pakatan, so yang simbah cat ini pula adalah pihak yang cuba mensabotaj umno.. barulah ngam dan adil..

    ReplyDelete
  13. kalau sudah sampai tiga kali kena simbah cat, itu lakonan sudah bro..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.