Monday, September 17, 2012

800 siswa berarak tuntut p'raya kampus bebas

Seramai kira-kira 800 pelajar menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan berintegriti.

student protest on malaysia day 160912 07Kumpulan itu mula berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan mula berarak pada kira-kira jam 2.30 petang menuju ke kawasan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, melalui Jalan Raja Laut.

Sebelum berarak, kumpulan pelajar berkenaan menyanyikan lagu Negaraku.

Mereka turut membawa bendera Jalur Gemilang dan kain rentang antaranya bertulis "sistem pengundian yang telus", "peruntukan dana calon" dan "penetapan tarikh PRK".

student protest on malaysia day 160912 06Kumpulan berkenaan turut melaungkan "bangkit anak muda", "tolak penipuan" dan "hidup mahasiswa".

Turut kelihatan, maskot bagi Pro-Mahasiswa- 'Mat Gempak'.

Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek dan mengawal kumpulan pelajar yang berarak.

Anggota keselamatan itu turut memberi amaran kepada para siswa berkenaan agar tidak menghalang lalu lintas.

student protest on malaysia day 160912 17Perarakan ini antaranya disertai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI).

Setibanya di kawasan pusat membeli-belah Sogo, kumpulan siswa berkenaan duduk dan mendengar ucapan daripada pimpinan pelajar yang hadir kira-kira 30 minit.

Kumpulan itu kemudiannya meneruskan perarakan melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju Dataran Merdeka di mana kumpulan itu membawa 'Deklarasi Mahasiswa' beramai-ramai dan menyanyi lagu Negaraku sebelum bersurai pada jam kira-kira 4.15 petang.

Pada sidang media selepas perarakan ini, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto berkata tindakan yang diadakan hari ini adalah bersempena Hari Malaysia dan menuntut agar enam tuntutan pihaknya dilaksana sebelum pilihan raya kampus diadakan.

student protest on malaysia day 160912 12"Kita minta agar enam tuntutan ini dilaksanakan. Walaupun pilihan raya kampus semakin hampir, kita tetap akan desak. Apa yang kita nak buat ini bukan untuk masa sekarang tapi untuk masa akan datang," kata Edikoup.

Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan dana kepada calon.

student protest on malaysia day 160912 11Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kesalahan yang dilakukan siswa berkenaan dalam perarakan hari ini.

"Kita akan siasat. Ada dua kesalahan. Pertama tidak beritahu polis untuk mengadakan perhimpunan dan kedua kerana mengadakan protes di jalanan. Semua ini akan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," kata Zainuddin.

-MK

13 comments:
Write comments
  1. KERAja polis ni ndak ada lain kecuali nak siasat jer. Org nak brhimpun tuntut apa2 keADILan dr pihak pemerintah pun ndak bole. Cehh. Siswa tu brhimpun sama spt Bersih 3.0 baru2 ni iaitu utk tuntut hak2 mahasiswa dlm pilihanraya kampus dan tak bakar mana 2 kedai pun. Inilah perangai anjing UMNO.

    ReplyDelete
  2. perhimpunan, perarakan, demo..apa hasil yang diperolehi. lagi banyak negatif dari positif.

    ReplyDelete
  3. Betul..Aktiviti sebegini akan menyebabkan gangguan lalu lintas dan menyusahakan orang lain.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Cadangan ini akan dibincangkan rasanya. Maka kita tunggu saja apa yang akan diumumkan mengenai perkara ini.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Pelajar2 pun sudah terikut-ikut budaya pembangkang, tiada kerja lain asyik2 buat perhimpunan, perarakan.

    ReplyDelete
  6. Pelajar sekarang belajar bagaimana untuk mendapatkan perhatian umpama pembangkang

    ReplyDelete
  7. ni ada kebenaran kah berkumpul ramai-ramai?baik jgn ada kekecohan....

    ReplyDelete
  8. Apa nak jadi dgn UMNO nih ? Pilihanraya kampus pun takut mahasiswa/i tak sokong mereka lagih. Trpaksa kena gunakan barua2 KERAjaan yg ada dlm pentadbiran U tu pulak. Realitinya,mahasiswa memang sokong gagasan MAHASISWA yg pro PR. hal ini trjadi kerana masyarakat U adalah masyarakat berakal dan trlibat dgn brbagai assignment.Ianya relate dgn kajian maka mana2 kajian sudah tentu akan menemui jawapan bahawa rakyat malaysia memang sentiasa dtindas oleh UMNO. Sebab itu,kebanyakan di U pilihanrayanya menunjukkan mahasiswa seperti pro PEMBANGKANG. KERAjaan kena sekat dan hasilnya...mahasiswa tidak puas hati atas anasir penipuan pilihanraya kampus. Org bodoh kat kg apa tau dan mereka hanya tau berdemo tu budaya pembangkang. Brhimpun tu budaya pmbangkang.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  9. pelajar terikut2 saja.. baik mereka pergi belajar.

    ReplyDelete
  10. berarak nak ganggu ketenterama awam saja.

    ReplyDelete
  11. p/raya kampus pun ada unsur2 manipulasi? teruknya

    ReplyDelete
  12. Macam mana tak teruk..seluruh pilihanraya di U telah dmenangi oleh kump pro MAHASISWA ( pembangkang ) dan menolak kump pro ASPIRASI ( kjaan). Mereka tu pelajar, yg trdedah dgn brbagai2 kepincangan pentadbiran negara. Itu yg KERAjaan haramjadah takut.

    ReplyDelete
  13. kalau yang bersangkut paut dengan politik, bukan main lagi pelajar2 malaysia.. kalau bersangkut paut dengan pelajaran, dia tolak ketepi semua..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.