Jika dilihat kehadiran Najib bersama Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam, seolah-olah tidak ada apa-apa masalah antara mereka berdua. Perdana Menteri dan timbalannya ini bagaikan gandingan erat yang sentiasa seia sekata serta sehati sejiwa.
Tetapi beberapa minggu sebelum itu, bertaburan poster-poster di Johor yang mahukan Muhyiddin sebagai PM sebelum PRU 13 ini bagi menyelamatkan UMNO dan BN berikutan Najib dilihat masih gagal untuk menarik sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.
Meskipun UMNO Johor dan UMNO Pagoh menafikan poster itu diterbitkan oleh mereka dan menyifatkan ianya taktik pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merenggangkan hubungan kedua pemimpin itu, hakikatnya jika pun wujud masalah antara Najib dan Muhyiddin, ia juga bukanlah sesuatu yang pelik dan di luar kebiasaan.
Selain watak dan pendekatan keduanya jelas berbeza, mereka juga berbeza pendapat dalam beberapa isu. Dalam Akta Keterangan yang baru diluluskan misalnya, suatu ketika Najib setuju ia dikaji semula setelah adanya pelbagai bantahan tetapi Muhyiddin mempertahankannya, termasuk bertindak memanggil dua timbalan menteri yang sebelum itu agak keras membantah akta itu.
Beberapa lama sebelum itu, di ketika Najib bangga dengan 1Malaysianya, Muhyiddin pula tetap meletakkan dirinya sebagai Melayu dahulu, kemudian baru diikuti sebagai rakyat Malaysia. Pendekatan yang jelas amat bertentangan dengan 1Malaysia.
Dalam beberapa isu lainnya pula, Muhyiddin juga dilihat tidak berapa bersungguh mempertahankan Najib seperti yang dapat dilihat dalam isu remaja menayang punggung dan memijak gambar Najib.
Sementara dalam UMNO pula, suara-suara yang merasakan Najib lebih sesuai memimpin UMNO dan kerajaan dalam suasana politik kritikal seperti sekarang ini sudah lama kedengaran. Najib, dengan watak sebagai anak bangsawan dilihat hanya sesuai menjadi pemimpin UMNO di ketika parti itu tidak bermasalah dan rakyat tidak berpecah.
Dalam keadaan UMNO berjuang antara hidup dan mati, UMNO tentunya memerlukan pemimpin yang tegas, berani dan kurang retorik. Muhyiddin sebaliknya telah terbukti berjaya menangani krisis UMNO Johor dan perpecahan Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor berikutan perletakan jawatan Musa Hitam pada 1986 dulu. Najib tidak ada rekod seperti itu dan baru disedari oleh banyak pihak beliau tidak sesuai menjadi pemimpin ketika ini.
Bertompoknya masalah dan isu yang tidak selesai sekarang ini sebahagaiannya adalah kerana daya kepimpinan Najib yang dilihat lemah, tidak tegas, tiada keberanian serta kurang kebijaksanaan.
Saya sendiri sudah mendengar perkara ini diperbualkan di kalangan ahli dan pimpinan UMNO pelbagai peringkat sudah lama dan sudah pun menulisnya dalam buku Kesilapan-Kesilapan Najib dan Asalkan Bukan Najib sebelum ini. Hakikatnya arus yang berkehendakan Muhyiddin berbanding Najib adalah sesuatu yang benar dan nyata.
Lebih dari itu, dalam sejarah perjalanan politik UMNO pula, krisis atau hubungan tak sebulu antara PM dan timbalannya bukanlah perkara yang pelik. Ia sudah kerap berlaku. Tun Mahathir berbalah dengan Musa Hitam, kemudian melantik Ghafar Baba sebagai pengganti tetapi kemudiannya merestui Ghafar Baba disingkirkan oleh Anwar. Mahathir kemudiannya berbalah dengan Anwar sehingga memecatnya walaupun sehari sebelum itu, pada 1 September 1998, keduanya dilihat begitu mesra ketika Mahathir mengumumkan tentang langkah kawalan mata wang negara.
Kemesraan Mahathir dan Anwar ketika itu tidak jauh bezanya dengan kemesraan Najib dan Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam.
Mahathir hanya tidak berbalah ketika Pak Lah menjadi timbalannya tetapi setelah Pak Lah menjadi PM dan Mahathir terus mengganggu-gugatnya, perbalahan mereka akhirnya berterusan hingga kini.
Pak Lah dengan Najib pula tidak terlihat krisisnya tetapi apabila gelombang penolakan semakin kuat terhadap Pak Lah, Najib juga akhirnya menjadi tidak sabar untuk segera menjadi Perdana Menteri.
Yang jelasnya, kerenggangan hubungan antara pemimpin nombor satu dengan pemimpin nombor dua bukanlah sesuatu yang janggal dan di luar kebiasaan. Apatah lagi dalam kes Najib dan Muhyiddin ini, selain beberapa perbezaan yang ketara dapat dilihat, Muhyiddin juga diketahui sebagai pemimpin yang bercita-cita tinggi dan tidak pernah menyatakan rasa puas hati sekadar menjadi orang nombor saja.
Selain itu, para penyokong Muhyiddin pula tentunya tidak pernah pudar keinginannya untuk melihat boss mereka itu menjadi Perdana Menteri pula.
Krisis Najib dab Muhyiddin ini boleh meletus bila-bila masa saja. Jika ianya dapat ditutup erat sebelum pilihanraya ini, ia mungkin sukar dipertahankan selepas keputusan pilihanraya nanti. Lebih-lebih lagi jika keputusan itu nanti tidak sebaik yang diharapkan.
Yang menariknya dalam kes Najib dan Muhyiddin ini, kedua-dua mereka tidak pernah memberi komen mengenainya. Berbeza dengan Mahathir dulu, semua krisis dengan timbalannya dinafikannya tetapi akhirnya semua menjadi kenyataan.
Semua krisis itu pula bermula dengan khabar angin dan cakap-cakap orang bawahan. Namun terbukti kebanyakan peristiwa politik sememangnya bermula dengan khabar angin. Ini kerana kadang-kadang khabar angin itu sengaja dicipta untuk menjadikan ia kenyataan yang tidak terlalu mengejutkan suatu hari nanti.
Jika dulu ada pepatah, takkan pokok bergoyang tanpa angin tetapi pokok juga sebenarnya bergoyang jika ada kera yang sengaja menggoyangnya. Tambah pula dalam politik, kera boleh diupah untuk menggoyang pokok.
Krisis dan perbalahan antara pemimpin nombor satu dan pemimpin nombor dua secara realitinya memang sukar dielakkan kerana meskipun keduanya saling melengkapi dan perlu memerlukan antara satu sama lain, mereka sebenarnya hanya bersahabat dalam berpolitik tetapi sentiasa bermusuh dalam kuasa.
Oleh Shahbudin Husin
Friday, September 14, 2012
Krisis : Khabar Angin Yang Bakal Menjadi Realiti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah dailay perlu berita yang realistik, bukan konon-konon... rakyat mahu cerita yang betul yang terselindung... yang macam rekaan-rekaan...bikin muak.
ReplyDeleteBerita SabahDelay ni tak masuk akal la.buat cerita tak logik tanpa mengetahui cerita yg sebenar.cerita rekaan semata2 menyebabkab blog ni tak relevan la.
ReplyDeletemusuh menjadi kawan atau kawan menjadi lawan, tidak kira secara terang atau musuh dlm selimut, samaada ianya realistik atau fantasi itu lumrah politik...bagi org yg tidak dpt menerimanya itu suatu mimpi negri tapi yg dpt menerimanya ianya gada dan gadar dari Allah bahawa semuanya ada kebaikan walaupun pahit... terimalah bos..!
ReplyDeleteYang releven hanya UTUSAN MELAYU
ReplyDeleteBarisan Nasional’s (BN) publicity & information bureau must be prepared to counter the opposition’s lies and allegations so that the people will not be cheated by those who are desperate to topple the government.
ReplyDelete
ReplyDeleteChief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman, who is also Sabah BN and Umno chief, said the bureau should always equipped itself with knowledge and ability to explain to the people about the government’s policies and promises fulfilled by the party.
The publicity and information bureau is the BN’s font liner in disseminating accurate information to the people at the grassroot.
ReplyDeleteAll the allegations or issues raised by the opposition, who will constantly try to confuse the people must be countered with the correct information.
ReplyDeleteMusa said clear and accurate information given to the people, especially in Sabah, would ensure continuous support for all the efforts taken by the BN-led government.
ReplyDelete
ReplyDeleteAnd, he also said the people of Sabah knew how to show their gratitude to the government, especially when their needs and wellbeing were being taken care of.
ReplyDeleteIt is warranted that gratitude are to be expressed to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for his continuous ideas to ease the people’s burden.
This is an example of a caring government and a leader who is concerned about the wellbeing of the people
ReplyDelete
ReplyDeleteMeanwhile, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Ahmad Maslan, who is also Umno Information chief, hoped that all publicity and information chiefs at the divisional levels, would make optimum use of the face-to-face, print, digital and electronic media in disseminating information to the people.
ReplyDeleteAhmad said that this can be done now and don’t have to wait for general election because there are enough evidence on the success stories created by the BN government.
Further explained that there is a need to remind the people again and again so that they will not fall victim to empty promises given by the opposition.
ReplyDeleteBukan berita sabahDaily tak relevan / tak betul...tapi hakikat yg berat utk dtanggung oleh 'peserta' dr UMNO. Bg otak mereka, itu je lah pemimpin yg ada. Tak perlu kaji balik sejarah lampau atau panduan utk masa depan. Ayam kalau jenis makan tahi tu, tak jumpa dedak tahi jugak yg dmakan.
ReplyDeleteutusan meloya saja yg betul sebab balik2 kalah saman kah kah kah itulah kitab utama pengikut parti syaitan yang di kenali mcm TunM kata. harap2 kita org sabah sedar bahawa mudarat besar sedang melanda sabah khasnya tetapi syaitan yg di kenali diam membisu saja. seperti kata2 pendatang asing dulu bahawa mereka tidak perlu berperang untuk dapatkan kembali negeri sabah. mereka kata hanya perlu beranak seramai yang boleh di sabah dan mereka jangka dlm 50 tahun akan datang sabah akan kembali ke tangan mereka. hah kalau nak sabah kembali kepada negara filipina, undilah lagi parti syaitan tu.
ReplyDeletememang tiap pemimpin ada perbezaan dan memang sering wujud perbezaan pendapat cuma semua ini bergantung pada cara bagaimana mereka dapat capai satu kesepakatan-ada tolak ansur. tidak perlulah melaga2kan Najib dan Muhyiddin.
ReplyDeletejika sekiranya benar2 wujud ketidak sefahaman antara pemimpin ni diharap dapat selesaikannya dengan baik sebab ia mampu mempengaruhi kepada proses pentadbiran negara.
ReplyDeleteMemang tidak ada masalah pun antara Muhyiddin dengan Najib. Kedua-dua tetap yang terbaik.
ReplyDeleteSemoga kerjasama akan dapat terus diberikan antara dua-dua ahli tertinggi BN ini.
ReplyDeletemacam xde modal cerita jerr!! cari lah akal yg lain pula sabahdaily, oii hehe
ReplyDeleteTu cuma kabar angin saja
ReplyDeletePembangkang sengaja memainkan isu macam ni untuk mengelirukan rakyat
ReplyDeletePandai PM dan TPM barlakon baik,ya. Tun M dah masuk daun tu utk humban Najib angkara Rosmah. Dulu dia juga masuk daun utk humban Pak Lah angkara Khairy.
ReplyDeleteposter2 yang digantung tu pun boleh saja dilakukan oleh Pakatan.. memang inilah taktik pakatan sejak dulu.. timbulkan provokasi..
ReplyDeletekes provokasi blog suara Pakatan tu pula macam mana? sedangkan yang terang2 mereka buat pun dia tidak mengaku, inikan pula yang tersembunyi..
ReplyDelete