Friday, September 14, 2012

Lampu Spotlight Terjatuh & Hempap Penyanyi!

Penyanyi Alyah, tercedera apabila sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.

Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini.

Lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah dan kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Tetamu berkumpul apabila sebuah ambulan datang untuk membawa penyanyi itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil tetapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain pihak penganjur mengambil keputusan membawanya ke hospital.

“Alyah sebelum ini memang pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut,” ujarnya.

Tambah saksi itu lagi, hentakan yang dialami Alyah itu menyebabkan dia tidak mampu bertutur kerana mahu menahan sakit.

Penyanyi lagu Kisah Hati itu hadir ke majlis tersebut bersama-sama selebriti lain seperti kumpulan Forteen, Tomok dan Yuna. -hatikaca

13 comments:
Write comments
  1. haaaa..minta hairie othman uruskan insurans u cepat2!! eh, hairie tu masuk parti yg hanya tau bercakap la...dah banyak buat dosa, masuk pas nak tunjuk ustaz! mana tau buat kerja! kelantan tuu, maju sangaaat.. maju dgn rasuah balak & tanah> mbnya cakap cpt2, dia tak tau apa2. ty orang lain! air pun mcm tu jugak. haii senangnya jadi mb kelantan. pandai jawab, tarik simpati, & putar belit jew.. dah boleh bina mahligai, kereta mewah2. kroni pada anak2 & sedare mara utk perintah kelantan jg seterusnya! pencen lebat2. duit turun dari langit la katakan!

    org kg mana tau situasi mcm ni..yg depa tau musnahkan BN sebab sts diceramahkan jahat & zalim! bila kena sesuatu, salahkan krj BN! tak de kerja, salahkan BN. royalti minyak pun salahkan BN?!! padahal memerintah kelantan - hanya goyang kaki & ceramah2 aje! mesyuarat jarang & masuk pejabatpun ada katil & tilam.

    so, lepaslah dia dari dimarah tuhan & rakyat yg `cerdik`. bina kuil besar2 boleh, jika umno diumpat & dikeji wp ikhlas bina masjid &bayarkan gaji ustaz2 sekolah agama mana2 krj negeri yg diperinntahnya! agaknya gaji ustaz2 di sekolah agama rakyat di kelantan dibayar oleh PAS dgn air liur dan `syurga` jew!! kena, spotlite mcm alyah ni, marahkan BN! maklumla setiap orang kelantan, akan jadi PM pada hari esok!

    pot pet pot pet, pandaila! huhuhu. btw, kpd alyah..muhasabah juga. mgkin ini ujian allah. may allah alwiz bless u

    ReplyDelete
  2. Baguslah kalau hanya cedera ringan saja. Harap masalah sebegini akan dapat diselesaikan sebaiknya dan elakkan berlaku lagi.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik la kecederaan ringgan. Harap2 cepat sembuh. Ni pun boleh dikaitkan dengan politik. Kesian pembangkang. Terdesak.

    ReplyDelete
  4. Kenapa tak trjatuh CAT MERAH atas belakang tu yer ??

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  5. Org suma nak nolong si Alyah yg sakit..si mamat SEPT 15: 8.32 AM tu dok kutuk tok guru. Mngkin mamat tu le salah sekor SYAITAN YG DKENALI kot spt Mahathir kata. ayat2 yg dgariskan tu tak ubah ABDULLAH BIN UBAI ..tokoh munafikin zaman nabi SAW. Yg tak betul semua Nabi dan yg baik semua kafir quraish spt abu jahal dan Abu Lahab. Mandi wajib pon tak suci kot dia tuh.

    ReplyDelete
  6. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata, menambah dosa jk mengutuk org, walau benci pada seseorg siapalah kita utk mengadilinya, biarlah Allah membalas dosa n kebaikannya...Allah maha segalanya...

    ReplyDelete
  7. Seekor syaitan yang dikenali telah memberi komen SEPT 15 : 8:32AM

    ReplyDelete
  8. Seekor syaitan yang dikenali telah meroyan Anonymous Sept 15 : 8:32 am

    ReplyDelete
  9. Trkejut saya baca komen yg paling atas. Ingatkan ciri2 keselamatan yg harus diambil oleh penganjur bg penganjuran akan dtg, rupa2nya kutuk seranah ke atas insan lain yg takde kena mengena dgn ini cerita. Mngkin tepat jugak kalu dilabel sbg KUMBANG TAHI selain dr syaitan yg dkenali. Kenapa kumbang tahi...sebab lebih suka brada dlm tahi (lembu) dr berada diluar/tempat yg cuci lagi suci.

    ReplyDelete
  10. Harap Alyah selamat.

    ReplyDelete
  11. kejadian seperti ini sering berlaku tanpa dijangka. kadang2 orang berhati2 pun tetap juga kena disebabkan kelalaian orang lain.

    ReplyDelete
  12. nasib baik tak serius.

    ReplyDelete
  13. pihak penganjur perlu utamakan ciri2 keselamatan.. jangan main cincai saja..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.