Monday, September 17, 2012

Halatuju Baru Rakyat Sarawak Bersama Pakatan Rakyat



Ketiga-tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menandatangani bersama Deklarasi Kuching yang menggariskan janji gabungan parti itu untuk meningkatkan kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak dan menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Majlis tersebut berlangsung sempena sambutan Hari Malaysia Pakatan Rakyat yang diadakan di Chongling Park, Kuching, Sarawak.

Walaupun hujan lebat turun sejak awal petang namun ia tidak menghalang ribuan penduduk sekitar bandaraya terbesar di Sarawak ini berhimpun menandakan Hari Malaysia Pakatan Rakyat diiktiraf sebagai hari nasional selaras dengan penubuhan Persekutuan Malaysia 49 tahun lalu.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mewakili parti masing-masing yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan pemimpin Pakatan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Anwar yang menaiki penerbangan dari Kota Kinabalu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) jam 1245 tengah hari tadi dan disambut meriah oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menanti di pintu ketibaan sejak jam 11 pagi.

Abdul Hadi dan Guan Eng telah tiba lebih awal bagi menghadiri majlis yang disusun padat sempena Hari Malaysia di sekitar bandaraya ini.

Deklarasi tujuh perkara itu, diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, antara lain menggariskan janji Pakatan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

Dalam ucapannya, Anwar menegaskan Deklarasi Kuching menjanjikan keyakinan baru untuk rakyat Sarawak dan masa depan yang gagah untuk semua rakyat Malaysia manakala pembentukan Malaysia menjanjikan kebebasan rakyat, keadilan dalam pengagihan ekonomi dan tanah, demokrasi yang subur. -jalanpulang

18 comments:
Write comments
  1. Tak pulak Taib tu halang pemimpin PR masuk Srwak yer. Kan Srawak tu dia punya dan bole halang individu yg dia rasa tak suka. Dah brlaku pun sebelum nih kes2 sebegitu. Dia naik tu rakyat yg pilih dan bila dah trpilih dibuatnya negeri tu harta SANG SAKA keluarga beliau pulakkk.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  2. Peluang terakhir untuk rakyat Wilayah Borneo melihat Perjanjian Penubuhan Malaysia akan terlaksana sejak sekian lama dinafikan.Ini Kali Lah...!

    ReplyDelete
  3. Ada perjanjain, ada pembentukan Malaysia. Bermakna ada Malaysia disebabkan ada perjanjian. Orang yang mengatakan tiada perjanjian, dalam pembentukan Malaysia adalah penipu sejarah.

    ReplyDelete
  4. DEKLERASI KUCHING akan jadi pemangkin kepada kehidupan terbaik rakyat BORNEO dengan mengecapi HAK pengeluar minyak terbesar di negara ini. AYUHH...!!!!!!!!!!! rakyat Sabah/Sarawak kita tukar kerajaan sekarang yang selama ini menindas kita..BUANG UMNO BUANG BN pada pru 13 ini..kita cuba dulu PR

    ReplyDelete
  5. janji demi janji yang dibuat oleh PR tapi janji rakyat di bawah tadbiran mereka masih banyak yang sampai sekarang belum dipenuhi.

    ReplyDelete
  6. Kita lihat sejauh mana deklarasi ni akan berjaya mencapai objektifnya.

    ReplyDelete
  7. Semua ini cuma perangkap untuk Penduduk Sarawak.

    ReplyDelete
  8. Berhati-hati dengan permainan yang dibuat oleh pembangkang ini. Jangan mudah terpedaya. Fikirkan sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. saya org sabah bah...

    perngkap pa yang ko maksud kan??ko tau ka pa tu perangkap??ko bukannya cerdik sangat...dr bnyak2 komen ko,aku tau suda ko bknnya cerdik sangat...kahkahkahkah


    cuma org yang paloi mcm ko saja yang berhati2 lagi...kahkahkahkahkah

    ReplyDelete
  10. Pakatan Rakyat belum tentu boleh menang PRU13 di Sarawak

    ReplyDelete
  11. Anwar penuh dengan muslihat

    ReplyDelete
  12. SAYA ORANG SABAH BAH tu ibarat seorg yg makan nasi dgn ikan masin/ kering dan bila ada org lain nasihatkan supaya makan ikan kembong yg ada zat, dia hanya kata," Itu hanya mainan kau shj bah." Dah serasi dgn ikan kering sejak azali,memang dia buta mata hati utk menilai ikan kembong yg diiktiraf zat nya oleh doktor2. Tu je yg boleh diibaratkan. Hujahnya dlm komen bukan ada idea...kosong dan bodoh jer.

    ReplyDelete
  13. lagi cara PR nak dptkan sokongan.

    ReplyDelete
  14. rakayt jgn mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  15. Bagus le janji manis...jgn janji penipu rakyat spt yg BN lakukan selama nih. Confirm tak faham apa yg BN tipu selama nih.

    ReplyDelete
  16. Pakatan sudah gagal meningkatkan kualiti hidup rakyat selangor, inikan pula negeri2 paling besar di Malaysia..

    ReplyDelete
  17. pemimpin2 Pakatan datang ke sabah dan sarawak hanya untuk memburu katak, bukannya mendengar dan membawa masalah rakyat ke persekutuan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.