Kerajaan negeri Selangor nampaknya bertegas tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor serentak dengan pembubaran parlimen. Cara itu membolehkan pilihan raya peringakat Dun di Selangor diadakan secara berasingan.
Perkara ini sudah ditegaskan oleh MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim. Manakala kerajaan Pakatan Rakyat lain, terutamanya Kelantan tetap mahu ikut membubarkan DUN nya serentak dengan pembubaran parlimen. Perkembangan terbaru Pulau Pinang dan Kedah juga sepenedirian dengan Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan pembubaran parlimen.
Perbezaan di dalam tindakan dan keputusan ini sepatutnya tidak perlu dijadikan polimek. Baik Khalid maupun Nik Aziz ada alasan tersendiri dengan keputusan itu. Perlu diingat senario politik di kedua-dua buah negeri itu juga berbeza. Perkara penting pilihan raya akan menentukan parti mana yang akan menubuhkan kerajaan kelak.
Pihak SPR tidak begitu berkenaan dengan keputusan Pakatan Rakyat Selangor itu. Menurut mereka ia banyak kerja dan menghabiskan wang negara. Peruntukan untuk pilihan raya menelan RM400 juta manakala untuk Selangor saja RM50 juta. Sebagai sebuah badan bebas (yang dipertikaikan kebebasanya sepanjang masa) memang SPR mahu kerja senang. Badan itu tidak fikir risiko dan juga kerugian bakal dihapai oleh kerajaan Selangor tetap adakalanya berbuat sesuatu polisi dan peraturan menguntungkan UBN.
Begitu juga pemimpin Umno tidak selesa dengan keputusan Khalid itu. Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar menuduh Khalid sebagai takut dan bimbang akan kalah sebab itu enggan bubar Dun Selangor serentak. Tindakan mengadakan pilihan raya berasingan itu ujar Noh kerana Khalid an PKR gilakan kuasa. Apakah kalau ia diadakan mengikut kehendak Noh Omar ia bukan atas kepentingan politik? Bukankan Non mahukan kemenangan dan kemenangan itu bukankah dinamakan gila kuasa? Rasanya lembu suami Sharizat pun boleh menjawab dan ketawa mendengar tuduhan Noh Omar itu.
Manakala Udin anak Yassin dalam mengulaskan tindakan PKR itu menyerahkan kepada kecerdikan rakyat. Katanya biarlah rakyat menilainya keputusan dan tindakan PKR itu. Iya... saya setuju biarlah rakyat menilainya. Rakyat lebih adil dan memahami keadaan di Selangor.
Sepatutnya tidak siapa pertikaikan keputusan kerajaan Selangor itu. Baginya tentulah ada alasan dan hujah-hujah tersendiri. Mustahil Khalid berbuat begitu tanpa tujuan tertentu dan muslihat di sebaliknya.
Dalam hal ini saya melihat tindakan untuk mengadakan pilihan raya berasingan itu ialah strategi PKR. Mungkin PKR ingin mengetahui berapa jumlah pengundi yang akan keluar mengundi. Apa dihebuhkan kononnya Umno membawa lebih 400,000 pengundi ke Selangor mungkin menjadi penyebab kenapa pilihan raya perlu diadakan beraisngan. Cara itu untuk memastikan jumlah sebenarnya.
Bila diadakan berasingan pihak PKR dapat menentukan berapa jumlah yang bakal keluar nanti yang membuag undi untuk kerusi parlimen. Kalau jumlah mencecah lebih 30% daripada jumlah yang sedia ada (berpandu kepada daftar pengundi pada pilihan raya umum ke-12 lalu) maka jelas dakwaan mengatakan ada pengundi luar dibawa masuk ke Selangor itu benar. Bahawa Umno telah mengimport pengundi dari luar.
Apabila sudah mengetahui itu nanti senanglah untuk PKR mengatasinya. Begitu juga SPR yang bertanggungjawab bersiap sedialah menghadapi serangan rakyat kelak. Tembelangnya rahsia itu akan memalukan SPR. Kita tidak mahu menyarankan pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha SPR letak jawatan, kerana mereka memang jenis tidak ada air muka. Sudah banyak kepincangan dan kecacatan disengajakan dilaklukan badan bebas itu tetapi mereka tidak mengambil apa-apa tanggungjawab. Hanya ambil wang gaji dan elaun saja.
Strategi inilah yang memungkinkan pihak SPR mengecam tindakan PKR itu. Mereka juga takut tembelang mereka bersekongkol dengan parti pemerintah pecah.
Hari ini walaupun ada berbagai tuduhan ke atas SPR bersubahat membawa undi termasuk mendaftar pendatang tanpa izin menjadi pengundi tidak boleh dibuktikan. Tetapi dengan berlangsungnya pilihan raya nanti ia akan menjawab segala persoalan ini. Mungkin sebaik saja selesai pilihan raya umum Selangor akan membubarkan DUN nya.
Saya melihat mengadakan pilihan raya berasingan satu tindakan cerdik Pakatan Selangor. Walaupun ia agak renyah dan membazirkan wang tetapi ia wajar dilakukan PKR sebagai sebuah parti yang ningin mengekalkan kerajaanya. Lagi pun tindakan kerajaan Selangor itu bukan saja-saja, mereka sudah beri syarat agar bersihkan daftar pemilih.
Makanya kalau piliihan raya itu tetap diadakan secara berasingan SPR yang bertanggungjawab ke atas senarai pemilih itu perlu dipersalahkan.
Kelantan, Kedah dan Penang tidak mengalami apa masalah seperti dialami kerajaan PAkatan Rakyat Selangor. Selangor adalah negeri kedua yang diidamkan UBN untuk dirampas selepas Perak. Walaupun Kelantan, Penang dan Kedah juga negeri yang akan dirampas, tetapi nafsunya tidak sebesar nafsu di Selangor. Justeru perkara pelik-pelik dan diluar batas demokrasi tidak perlu banyak dilakukan di negeri-negeri berkenaan.
Jadi semua pihak kena hormati keputusan PKR dan Khalid Ibrahim. PKR dan Khalid pula jangan peduli kepada apa juga tuduhan dan sindiran, yang penting mereka harus mempertahankan Selangor kerana Selangor menjadi negeri ibu kepada Pakatan Rakyat. Umno pula begitu berkehndakkan Selangor kerana Selangorlah negeri penyumbang pendapatan besar kepada negara. Bagi UBN tidak ada tersohornya mereka memenangi Perlis, Melaka atau pun Pahang tetapi Selangor, Penang dan Kelantan terlepas kepada Pakatan Rakyat.
Oleh Mohd Sayuti Omar
Friday, September 14, 2012
Selangor: P Raya Berasingan Jangan Keliru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kira ok la...pengundi2 diselangor adalah antara pembayar cukai pendapatan yang teringgi sekali dalam menyumbang pendapatan negara,hampir 35%...50 juta itu kira hasil dr pengundi2 dr selangor jg...
ReplyDeletePR takut! pastu bagi lah 50 ribu alasan! mcm isu debat antara Khalid gagap dgn chua dlm parlimennya sendiri. sebenarnya takut! hehe hehehe
ReplyDeleteTerpulang dengan selangor untuk menentukan pilihanraya DUN mereka.
ReplyDeletePR mungkin risau akan kalah teruk pada PRU13 ini. Percaya atau tidak kita tunggu saja keputusannya nanti.
ReplyDeleteWilayah Persekutuan dan Bandar Kesejahteraan Menteri Datuk Raja Nong Chik Raja Datuk Zainal Abidin berkata kepaa ahli-ahli Umno untuk menolak budaya pelampau pembangkang.
ReplyDeleteRaja Nong menegaskan bahawa akhir-akhir ini, ekstremisme pembangkang telah meningkat kerana mereka tidak lagi hanya mengkritik pembangunan dan pelaksanaan program-program kerajaan, mereka telah terpaksa melakukan perbuatan seperti memijak gambar-gambar dan berkelip pada pemimpin-pemimpin BN.
ReplyDeleteSebagai contoh di Selangor, mereka telah meletakkan mengenepikan institusi diraja dan kesultanan Melayu dengan tidak melanjutkan jemputan kepada keluarga diraja kepada sambutan Hari Kemerdekaan tetapi menjemput pemimpin pembangkang sebagai VVIP mereka.
alaa bangangnya nya sape yang extremis unmbongok ke taw pr??bnyak kejadian samseng yng dah dibuat laporn polis..apa tindakannya??ko tengok dlm utsex je,ni lah statement yng ko kluarkan...pst...ape cerita projek yang najib bagi kat anak pompuan tok nong ko tu???kahkah
ReplyDeletebatresia:
sian ko ni...law najib rasa boleh menang,napa tok jin nda mau bubar parlimen cepat??takut ka???percaya taw tidak kita tunggu....kahkah paluii...
jgan lah jadi kelemahan fizikal org untuk alsan mahu menang...puak bahlol umngok memang selalu guna cara camni...jd??yang nujib sihat walafiat tak gagap,nape kecut telur untuk sahut cabaran anuar??kahkah..anak chua sape nak jmpa ngan kahlid..dia tahap pecacai taik nak debat ngan menteri besar...yang wakil mb pun sama taraf la ngan dia,sama2 MP...oii umngok bahlol..malam debat tu batang muka chua pun tak nampak la ngok..provokasi lg ada laaa...kahkah..dasar umngok samseng taik kucing...
Raja Nong Chik minta org umno jgn trpengaruh dgn keganasan pembangkang. Yg pi dok simbah cat pd bas DS Anwar tu siapa? Org PKR atau PAS. Yg dok kencing atas gambor MB pembangkang dulu siapa? Yg tumbok mata DS Anwar semasa dlm tahanan polis tu siapa, bukan Rahim Nor ?
ReplyDeleteKenapa BN tak ajak YDP agong sama dlm acara mlm sambutan kemerdekaan tmpohari ?
ReplyDelete**bokeh umno sri mpnanti
Siapa yang bertanding dan kata tidak takutkan kekalahan itu temberang saja. Khalid mewakili sebahagian besar penduduk negeri Selangor dan pastinya keputusan beliau itu adalah keputusan yang beliau fikirkan terbaik untuk rakyat Selangor (dan turut mengambil kira terbaik untuk Pakatan Rakyat juga). Siapa yang sebenarnya takut? Apakah bila mengambil pendekata berbeza itu dipanggil penakut? Ada yang takut sebab tidak bubar bermakna PR sudah ada 1 negeri. Kerajaan sama ada biarkan Selangor bersendirian dahulu, atau terpaksa tunggu umum PU13 bila tarikh 'wajib bubar' Kerajaan Selangor tiba (dapat tunggu @ tak sempat tunggu?). - Pengundi Tua UA2
ReplyDeleteJumlah peratusan keluar mengundi pada PRU13 di Selangor mungkin terjejas jika pilihan raya diadakan dua kali, secara berasingan, melibatkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun), dalam tempoh yang singkat. faktor seperti jarak masa dekat, keperluan tenaga dan kewangan tinggi antara penyumbang kepada bilangan pengundi menurut Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir.
ReplyDeleteKeengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya persekutuan menunjukkan mereka terdesak untuk menang pada pilihan raya umum akan datang. Ini kerana kerajaan negeri itu yang diperintah Parti Keadilan Rakyat (PKR) sangsi dengan penilaian rakyat terhadap pemerintahan mereka selama ini yang banyak menabur janji kosong daripada menunaikannya-Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
ReplyDeletekenapa nak buat berasingan, dah tau akan kalah ke?
ReplyDeleteYg penting SPR dah sediakan hampir 500 000 pengundi baru yg meragukan d Selangor bg memastikan BY HOOK OR BY CROOK Selangor drampas spt mana TGanu jatuh dr PAS dulu. Isu gadai kedaulatan negara kpd warga asing itu nombor 10 dlm UMNO. No 1, kepentingan mereka trcapai.
ReplyDeletedari tahun lepas lagi Pakatan berkira2 mahu engadakan pilihanraya berasingan.. masa itu ada khabar angin bahawa Najib mahu mengawalkan PRU..
ReplyDeletebuatlah pilihanraya berasingan.. kalau sudah ada potensi mahu kalah tu, tetap kalah juga.. macam mana sudah saman rakyat selangor terhadap subsidi air percuma??
ReplyDelete