Amalan rasuah dan penipuan pimpinan Umno Sabah ketika penduduk negeri itu khususnya Labuan masih mundur, punca Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN.
“Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan.
“Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka,” katanya tokoh korporat itu.
Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah itu berkata demikian ketika berucap dan mengisytihar menyertai KEADILAN di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah petang tadi.
Ibrahim menyifatkan Umno Sabah mengabai tanggungjawab mereka terhadap penduduk Labuan hingga mengakibatkan rakyat berterusan hidup dalam kepayahan.
“Contohnya, hospital di Labuan amat menyedihkan. Kos membina berpuluh-puluh juta tapi tiada doktor. Orang Labuan terpaksa pergi ke Kota Kinabalu untuk dapatkan rawatan.
“BN juga tak mahu bina jambatan kerana tidak kos tidak efektif. Kalau jambatan dibuat, kos hidup Labuan boleh turun; orang Brunei, orang Sabah & Sarawak senang datang, barulah ekonomi Labuan maju,” katanya.
Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan pimpilan lain.
Tindakan Ibrahim itu sekaligus mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin serta Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap. -KD
Monday, September 17, 2012
Saya Keluar UMNO Kerana Rasuah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sejarah beliau masuk UMNO dulu sama spt mana Datuk Tamrin Ghafar serta TS kadir Sheikh fazdir brjuang dlm UMNO. Sebagai org lama dlm UMNO, mereka tentu trkilan dgn brmacam2 karenah dlm UMNO trutama membabitkan rasuah. Prkara lain pula dprcayai spt amalan kronisme dan salahguna kuasa. 3 perkara tadi adalah budaya asas dlm UMNO. Juga sebg org lama dlm UMNO, mereka tentu bole menilai tahap kerakusan pemimpin2 dlm parti itu. Akhirnya, tak pelik jika mereka jadi jelik dgn UMNO.
ReplyDeleteini org2 nda kna pkai bah suda arafat..cuba ko bca tulisan mutalib m.d,dorrang ni expired suda..suma msih berrnafsu mau berpolitik tp nda mau buat kerja..
ReplyDeletemaknanya dlm UMngok tu ada pemimpin kategori expired dan yg fresh. aihh, parti kepala banang hape tuh ? Atau mngkin bukan umno yg kata tapi pencacai bawahan je kot. So, kena nilai pakai akal jgn pakai otak. Otak tu haiwan pun ada tapi akal tiada pd haiwan. Juga kenapa haiwan tak wajib solat sebab mereka tak ada akal hanya ada otak.
ReplyDeleteMana ada istilah expired dalam politik. Yang penting kita sama-sama berusaha menumbangkan UMNU dan BN. Mereka yang sudah sedar dan insaf wajar memberikan kemanangan kepada PR akan datang. Pengalaman mereka sebagai orang kuat UMNU penting untuk mengekang taktik keji UMNU dan BN.
ReplyDeleteKenapa bukan dari dulu keluar??mungkin beliau ni pun sama2 terlibat rasuah.
ReplyDeleteharap2 bila sudah join PR, tiadalah sudah rasuah ni ya.
ReplyDeleteBenar atau tidak mengenai dakwaan ini kita tunggu saja. Tapi jangan pula macam Lajim ditawarkan jawatan tertinggi nanti jika PR menang.
ReplyDeleteTapi jika kita lihat saja mengenai apa yang PR janjikan sememangnya menarik. Tapi perlu fikirkan adakah apa yang dijanjikan itu benar atau tidak.
ReplyDeleteOrang yang bawa masuk Umno ke Sabah, pasti beliau sudah lama bersahabat dengan Anwar
ReplyDeleteTu pendirian yang empunya diri.
ReplyDeleteBukan soal lama sahabat dgn anwar ke sapa...kita mahu barcakap kedaulatan Sabah mbah. Biar la, kalau mereka bole lepaskan sabah dr genggaman BN yg menambah lg taraf kemiskinan Sabah. OK BAH KALAU KAU.
ReplyDeletebukan pasal rasuah bah tu...pasal dia sudah tidak relevan dalam UMNO...mungkin dia juga merasa sedemikian...maka lompat cari kapal baru...kapal yang mana dia boleh pengaruh..
ReplyDeletelagipun, dalam PKR atau mana2 parti politik, mustahil lah bah tiada rasuah...orang politik kan kuat rasuah...jadi alasan ni tan sri tidak cukup kuat...pasti ada agenda tersendiri..
ReplyDeletetidak payahlah memburukkan UMNO kalau diri sendiri pun tidak bagus...tanya diri sendiri dulu, pernah bagi/terima rasuah atau tidak pernah?
ReplyDeletememang kawan lama lah bah diorang tu...mungkin anwar ada janji sama tu tan sri...sama macam si lajim..
ReplyDeletedalam politik mungkin tiada istilah expired tapi ada istilah 'sudah tidak relevan' atau 'masih relevan'...jadi tan sri ibrahim menudin ni bolehlah digolongkan dalam 'sudah tidak relevan'..
ReplyDeletetan sri ibrahim, kau ada tanya sama si anwar kah, kalau PR menang, jambatan labuan-sabah harus dibina dengan serta-merta tanpa menunggu kelulusan dari kabinet dsbgnya? ada kau tanya?
ReplyDeletePolitik org Sabah ni nak jambatan jer. Sabah dah trgadai dek UMNO tak ambil kira, PKR juga yg dsalahkan. Hancuss Sabah dgn kedunguan Sabahans.
ReplyDeleterasuah telah lama wujud dalam arena politik, mengapa baru sekarang tersedar?
ReplyDeleteadakah ini hanya ingin memperkecilkan mentaliti rakyat?
ReplyDeletejangan fikir rakyat bodoh tidak tahu menilai...
ReplyDeleteapapun, harap rakyat dapat menilai dengan bijak
ReplyDeletesemoga wakil rakyat yang terpilih adalah seorang yang berhati mulia
ReplyDeleteini hanyalah mainan politik ba...
ReplyDeleteya, gimik politik semata-mata
ReplyDeletedah keluar, baru nak burukkan parti lama.
ReplyDeletekau keluar pn, tak menggugat BN.
ReplyDeleteTembirang saja! Dari dulu tidak mahu keluar. Sudah pencen baru mahu cakap ka??
ReplyDeleteSomething wrong with UMNO Sabah.
ReplyDeleteUMNO Sabah makin hari makin lemah. Saya teringat waktu para pemimpin USNO, Berjaya dan PBS lompat, hancur parti itu. UMNO tidak terkecuali. Tunggu dan lihat.
ReplyDeleteUMNO ni sebenarnya kuat cuma mereka bodoh brpolitik. Kalau org kuat UMNO boleh marah kpd parti sendiri yg menghina tok guru, ini kan pula pengasas parti UMNo yg melihat UMNO reput dr dalam kerana mcm2 isu besar brlaku spt rasuah, salahguna kuasa, menzalimi rakyat dan banyak lagi yg org UMNO sendiri kata. Lalu tidak heran jika mereka kaluar, bah.
ReplyDeletekalau ada rasuah tunjukkan bukti dan perangi rasuah tu, bukan main cakap2 politik saja.
ReplyDeletebila sudah tukar parti politik, pasti parti lama akan diburukkan..begitula politik.
ReplyDeletekenapa tidak dari dulu keluar parti? sudah kenyang baru mahu keluar kah?
ReplyDeletelompat parti ni memang lumrah dalam politik. setiap parti akan ada ahli yang keluar dan akan ada yang masuk.
ReplyDeleteyang penting BN perlu terus tunaikan tugas mereka kepada rakyat.
ReplyDeleteSPRM harus menyiasat
ReplyDeleteSudah berlainan agenda, tidak perlu memburukkan parti lain juga.
ReplyDeleteKes rasuah di Sabah memang serius, ini juga menyebabkan Sabah menjadi negeri termiskin.
ReplyDelete“BN juga tak mahu bina jambatan kerana tidak kos tidak efektif. Kalau jambatan dibuat, kos hidup Labuan boleh turun; orang Brunei, orang Sabah & Sarawak senang datang, barulah ekonomi Labuan maju,”
ReplyDeleteHarus juga mengkaji sama ada pembinaan akan membawa manfaat yang positif.
Biarlah pihak berkuasa untuk membuat siasatan terhadap kes rasuah.
ReplyDeleteTidak tahu sama ada kualr parti ini akan menjejas prestasi UMNO?
ReplyDelete“Contohnya, hospital di Labuan amat menyedihkan. Kos membina berpuluh-puluh juta tapi tiada doktor.
ReplyDeleteJika ini benar, ini memang satu keadaan yang negatif dimana kos perbelanjaan yang tinggi tetapi tidak memanfaatkan rakyat.
Entah dulu beliau juag berasuah? Ini cuma bleh dibuktikan melalui siasatan yang wajar.
ReplyDelete"Amalan rasuah dan penipuan pimpinan Umno Sabah ketika penduduk negeri itu khususnya Labuan masih mundur, punca Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN."
ReplyDeletesejak bila dia kesan amalan rasuah ini?? sejak pilihanraya umum semakin hampir?? kalau mahu bagi alasan pun, cari la yang logik sikit..
"Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah."
ReplyDeletedulu dia bawa masuk umno, kini dia bawa masuk Pakatan pula.. bukankah ini menunjukkan beliau ni jenis yang suka buat keputusan terburu2?? macam mana pula dengan rasuah dalam pakatan??
"Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan."
ReplyDeleteinilah kenyataan paling tembirang di dunia.. so sepanjang dalam BN kenapa tidak bangkit membaiki keadaan?? dia ingat BN itu sekadar nama? dia tahukah dalam BN itu ialah pemimpin2 seperti beliau? jika BN itu gagal dan rasuah, begitulah pemimpin2 yang ada didalamnya termasuk diri beliau sendiri..
"Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN."
ReplyDeletebetul tu.. giliran Pakatan dan Ibrahim pula memperbodohkan rakyat Labuan..
"Ibrahim menyifatkan Umno Sabah mengabai tanggungjawab mereka terhadap penduduk Labuan hingga mengakibatkan rakyat berterusan hidup dalam kepayahan."
ReplyDeleteludah la muka sendiri.. pemimpin2 tamak seperti Ibrahim tetap akan ditolak oleh rakyat..