Lebih 20 orang ahli kumpulan pejuang Islam hari ini berdemo secara aman di luar kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak hari ini kerana membantah klip video anti Islam yang diarahkan oleh pengarah filem Amerika yang mencetuskan kemarahan seluruh dunia.
Mereka yang mewakili 16 badan bukan kerajaan, termasuk Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), menuntut agar kerajaan AS bertanggungjawab ke atas filem yang bertajuk “Innocence of Muslims”, yang dikatakan menghina nabi Muhammad s.a.w.
Video tersebut disiarkan di Youtube pada 1 Julai, dengan menggunakan nama “Sam Bacile”.
“Dalam video tersebut, mereka menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai gila seks, kaki perempuan dan gay, dan ini jelas menghina agama Islam.
“Kami tidak bersetuju dengan apa yang berlaku di Libya dan Mesir, tetapi kami tidak mahu maruah agama kami dihina oleh sekelompak Kristian yang ekstremis.
“Mereka yang membuat video ini tahu bahawa mereka akan mencetuskan kemarahan umat Islam, supaya dapat mencetuskan ketegangan,” kata Aminuddin dalam sidang media selepas menghantar memorandum di hadapan kedutaan AS di ibu negara hari ini.
Menurut kenyataan akhbar dari Pembela, mereka mendapati bahawa Sam Bacile mengarahkan filem tersebut, dan Terry Jones, seorang pastor dari Amerika mengedarkan klip video filem tersebut.
Jones, pastor yang kini bersama Dove Outreach Center di Florida, pernah menimbulkan kemarahan seluruh dunia dua tahun lalu apabila beliau mahu membakar al-Quran, kitab suci umat Islam sempena ulangtahun tragedi 11 September.
“PEMBELA percaya bahawa Sam Bacile seorang penerbit filem, dan Terry Jones bersama dengan penyokong mereka mewakili sebuah kelompok Kristian kecil yang radikal untuk menghina Islam,” menurut kenyataan akhbar dari NGO tersebut.
Filem itu telah dibuat di AS, dan ditayangkan di panggung wayang di Hollywood pada penghujung Jun.
Tetapi klip video tersebut dimuatnaik dalam Youtube, dan dialihbahasa ke bahasa Arab, menurut laporan dari BBC, telah menyebabkan kemarahan dan keganasan anti-Amerika di Libya dan Mesir minggu lalu.
Rangkaian televisyen Mesir yang berunsurkan agama, al-Nas menunjukkan klip video tersebut yang dialih bahasa ke Bahasa Arab, dan dan ditonton hingga ribuan kali di Internet.
NGO tersebut berarak ke kedutaan bermula dari bangunan Tabung Haji yang bertentangan dengan kedutaan tersebut selepas solat Jumaat di masjid yang berhampiran.
Mereka membawa bendera hijau yang tertulis kalimah syahadah dan melaungkan “Allahuakbar” berulang kali sebelum menyerahkan memorandum.
Sebanyak 30 orang polis telah mengawal kedutaan tersebut namun tiada insiden yang tidak diingini berlaku.
“Ketika AS sedang mengenang tragedi 11 September, kita sebenarnya mengharapkan mereka untuk menghormati agama lain dan bukannya menghina,” kata Aminuddin yang merujuk kepada tragedi 11 September 2001, yang didalangi oleh ekstremis Islam yang menyebabkan kematian ribuan orang ramai di menara berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York, 11 tahun yang lalu.
-TMI
Saturday, September 15, 2012
Hina Nabi : 16 NGO hantar memo ke kedutaan AS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim meminta pihak berkuasa menyekat segera penayangan filem Innocence of Muslims yang menghina Islam.
ReplyDeleteRais berkata, pihak berkuasa perlu mencari bukti-bukti yang kukuh dengan segera supaya boleh dibawa ke pendakwa raya bagi tindakan seterusnya.
ReplyDeleteApa pun perlu diselesaikan dengan baik perkara ini.
ReplyDeletePerlu ada batasan juga bila membuat filem dan tidak memberikan keburukkan kepada pihak lain.
ReplyDeleteDan jika ada bukti pun apa BN mampu buat keatas Kedutaan US tu ? Yg dok demo tu NGO's serta ahli PAS dan bukan ahli PERKOSA yg mengganas pd majlis tazkirah DS Anwar itu hari. Dlm PERKOSA tu ada lagi ahli dr kump PUKIDA. Hebatkan meeka,kenapa tak demo sekali? Tp kalu aku jd PM,aku minta 'ayam pencen' tmpohari buat tarian TONGGENG PUNGGONG pd Kedutaan US.
ReplyDeletetidak dinafikan samada dalam Islam atau Kristian kedua2nya ada pengikut yang ekstremis walaupun tiada satupun dalam ajaran agama kedua2nya yang mengajar ke arah kejahatan.
ReplyDeletesemoga penduduk negara mahupun dunia akan berusaha untuk mewujudkan keamanan yang berkekalan.
ReplyDeleteKalau kamu baca betul2 baca rencana dari mulut pelakon ini di sini (link di bawah); kamu akan faham betul2 bahawa video tersebut dirakam bukan berkaitan dengan Islam atau Nabi; tetapi ada seseorang yang mendapat rakaman draf ini dan dubbed over in post-production untuk propaganda dan BATU API supaya wujudkan pertelingkahan agama. WTF orang itu!!!
ReplyDeletehttp://www.csmonitor.com/World/Backchannels/2012/0912/There-may-be-no-anti-Islamic-movie-at-all
Kalau ikut ajaran agama yang sebenar pasti tidak wujud perkara seperti ini.
ReplyDelete