Monday, September 17, 2012

Penyertaan Ibrahim ke PKR tidak gugat BN Sabah

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal hari ini berkata penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR semalam tidak akan menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri tersebut.

Shafie (gambar) yang juga merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menegaskan, perkara itu adalah asam garam dalam politik.

“Itu asam garam dalam politik ... Sabah negeri yang unik.

“Bagaimanapun kita akan teruskan perjuangan, walaupun kita dengar bergolak sana-sini, tapi ia tidak menggug kedudukan BN di Sabah,” tegasnya kepada pemberita.

Jelas beliau lagi sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita, penyertaan Ibrahim ke dalam PKR itu juga merupakan bukti kebebasan amalan demokrasi di negara ini.

“Itu adalah kebebasan sistem demokrasi kita,” kata Ahli Parlimen Semporna itu lagi.

Malah Shafie turut melihat Ibrahim bukan ancaman kepada BN jika beliau bertanding di Parlimen Labuan dalam pilihan raya akan datang.

“Tiada masalah jika mereka ingin meletakkan beliau ... hendak lawan (bertanding),” tegasnya lagi selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Lembah Pantai di sini.

Sabah sebelum ini turut dikenali sebagai “fix deposit” bagi BN.

Penyertaan Ibrahim ke dalam PKR telah diumumkan secara rasmi oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 2,000 pengundi di Kampung Batu Arang, Labuan.

Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dihubungi semalam.

Ibrahim sebelum ini pernah menjawat jawatan bendahari Umno Sabah telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau juga merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holding.

Azmin turut tidak menolak untuk meletakkan Ibrahim sebagai calon yang berpotensi untuk mewakili PKR di Labuan dalam pilihan raya akan datang.

“(PKR) Pusat belum memutuskan calon secara muktamad ... namun beliau adalah calon yang berpotensi besar untuk mewakili PKR,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah mengikut jejak langkah Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, dan Datuk Seri Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.

Kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihan raya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya 2008, BN hilang majoriti dua pertiga Parlimen dan hilang penguasaan terhadap lima negeri termasuk Kelantan di semenanjung.

Penyelamat BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula memiliki empat kerusi.

-TMI

26 comments:
Write comments
  1. syukurlah dgn penyertaan pemmimpin BN masuk kedlm PA kerana mereka sudah membuka mata tgt apa yg berlaku d sabah, harap2 ada lagi para pemimpin lain turut jejak langkah mereka... yg lain itu sama ada takut khilangan jawatan atau belum cukup mengumpul harta atau tidak pasti...wlubagaipun lawan terus lawan!

    ReplyDelete

  2. Betul kata Shafie tuh. UMNO atau BN tidak tergugat sebab rakyat bersama Pakatan Rakyat tidak akan membantu proses merosakkan lagi UMNO dan BN yang semakin rosak dan memburuk itu. Rakyat semakin takut bersama parti tua itu sebab Mahadir dah buka rahsia parti tua itu adalah 'Syaitan' yang dikenali.

    Kini rakyat berpusu-pusu pula ingin mengenali 'Malaikat' (kata Mahadir jugak)yang mereka belum kenali tetapi telah dipercayai itu.

    Syafie Apdal bila lagi nak bersama rakyat terbanyak. Pakatan Rakyat wadah terbaru dan penuh keramat kerana suara rakyat adalah suara keramat. Hanya pemimpin yang selari dengan suara majoriti rakyat akan dihormati dan disanjung.

    ReplyDelete
  3. Yg AFDHAL tu kata, " Kita akan teruskan perjuangan walau kdengarn brgolak sana sini". Nak tanya ckit...PERJUANGAN APA TU?

    ReplyDelete
  4. Pejuangan mmprkayakan diri sendiri dn kroni Senang mmprbodohkan rakyat yg bodoh. Semporna belum Semporna krn rakyat di semporna dari dulu smpai skrg masih ramai yg berjaln kaki tnpa ada kasut dn selipar krn kemiskinn yg berterusan. Shafie kumpul sbnyk mana duit untk senang mnipu rakyat miskin dg hnya beri sringgit anak2 dn org tuanya rm5x2 tak prcy lihat kerumah bp shafie ketika shafie apdal balik semporna tuan2 akan dapt habuan duit tnpa memikirkn semporna belum semporna jalan utama sesak tak dapt dilebarkn apa tak lg untk 2 halah tggu kerajaan PAKATAN akn ambil alih bersama pemimpin baru dalm pakatan.

    ReplyDelete
  5. Yg aku trkejutnya dSemporna tuh..Peg Daerah mcm tak tau buat kerja shj. Bila dia mcm tu,apalagi peg dbawah, tentu mereka ikut sama. KSN memang tak tau . Aku dgr dia tu kalau mesyuarat spatut jam 9.00 am tapi smpai jam 11.00 am habuk pun tarak. Malah kalau tgh meeting tu,ada call hp terus postpone meeting,betul ke?. KKtgn pej.daerah pun tentu mcm cikai buat kerja malah pej pun mcm reban ayam kalu dSememnanjung nun. Betul ke?

    ReplyDelete
  6. Yang lompat parti tu, biarkan saja. masih ramai pemimpin lain yang boleh jadi pengganti.

    ReplyDelete
  7. Tidak kurangnya juga ahli/pemimpin dari PR yang masuk BN.

    ReplyDelete
  8. Shafie perlu memastikan usaha untuk membantu BN perlu dibuat. Kerana penduduk pendalaman telah menantikan perubahan untuk mereka.

    ReplyDelete
  9. Tidak akan menggugat sokongan rakyat pun jika ada ahli yang keluar dari BN. Itu pilihan sendiri jadi buatlah pilihan dengan sebaiknya.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Kalau semua menteri UMNO di Sabah keluar UMNO pun BN Sabah masih tidak tergugat? Biarkan si Luncai dengan labu-labunya!

    ReplyDelete
  11. The Chief Minister assured that Sabah BN will continue working hard to bring development to the state for the benefit of all the Sabahan!

    ReplyDelete
  12. Persiapan BN dalam menghadapi PRU13 tidak akan terjejas dengan ahli lompat parti. daripada jadi duri dalam daging lebih lompat.

    ReplyDelete
  13. Semua pemimpin yang lompat tu pasti bakal2 tidak dicalonkan lagi, sebab tu lompat parti dengan harapan dicalonkan semula pada PRU13

    ReplyDelete
  14. outlah! sorang pegi ramai lagi yg masuk!! yg pegi tu..orang2 hampa mcm anwar! tengok aje mcm c lajim..ingatkan 2 juta `rakyat bufot cerdik` yg ikut dia. rupanya hampehh! *anwar pun cabut lari dgn c lajim yg dah senja & sedang disiasat beli ijazah nih (ketika disiasat tahap kecerdasan & mengguna duit peruntukan parlimen - c lajim nih keluar umno)!

    di bufot sendirik - ramai muka2 baru & matang dalam politik umno. baru mangancam ba..

    orang umno bn adalah orang yg matang, sayangkan keluarga, hormatkan ibu bapa, sayangkan orang veteran, berwawasan, penyabar, suka bersedekah, berbudi bahasa, ikhlas menolong, pandai komputer, patuh undang-undang sedia ada, dokumentasi..,..,..

    orang-orang PR - marah2, hati busuk, kurang ajar, biadap, tak bersyukur, bodoh sombong, tertipu, bangang dalam politik tapi, beremosi, hipokrit, mungkir..., kan?

    **visaya bufot

    ReplyDelete
  15. apa le syafie dah gelabah, kemarin musa aman kata ini perkara kecil je dan tak menjejaskan BN lansung

    ReplyDelete
  16. Shafie Apdal tak usah risau akan tumbangnya United Malay National Organisation di Sabah(yg sebenarnya parti ini hanya sesuai di semenanjung shj dan bukannya di sabah dan sarawak sbb hanya utk org melayu shj yg boleh menjadi ahli), bukankah UMNO kan mempunyai ahli paling ramai di negeri ini iaitu lebih 400,000 ahli berbanding dgn PKR lebih kurang 100,000 lebih shj, jd hanya setakat dua tiga kerat yg keluar tidak akan menjejaskan pun.HEHE

    ReplyDelete
  17. BN Sabah takkan tergugat, ia tetap kukuh.

    ReplyDelete
  18. baik jg dia keluar, tiada jg parasit dalam parti.

    ReplyDelete
  19. Kenapa BN perlu dipertahankan?

    ''NEGARA baru Malaysia sama seperti anak yang baru dilahirkan, kita tidak boleh membiarkan anak kita yang baru dilahirkan ini lemah dan dihinggapi penyakit. Ia mesti dipelihara dan dididik sama seperti tiap-tiap seorang daripada kita mendidik dan memelihara keluarga kita sendiri.

    ''Anak kecil ini tidak ternilai harganya. Ia muncul sebagai satu benda yang kita sama-sama pusakai dan sama-sama kita bergantung harapan. ''Kesejahteraannya bergantung kepada cara bagaimana ia dididik dan dipelihara supaya sentiasa sihat dan bertambah kuat dari masa ia masih kecil sehingga kepada masa meningkat umur dewasa. Oleh itu masa hadapannya bergantung kepada panduan daripada jagaan yang diberi oleh rakyat negeri ini sendiri.''

    Ucapan ini disampaikan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Perhimpunan Agung UMNO pada 6 september 1964, iaitu kira-kira setahun selepas Malaysia ditubuhkan.

    Kini tanah air bersama Malaysia yang suatu ketika wujud di bumi Allah ini bernama Tanah Melayu, semakin berkembang maju dan pada Ahad lalu (16 September) kita menyambut ulang tahun ke-49 penubuhannya.

    Dalam usia sedemikian Malaysia yang dipimpin oleh Perikatan dan kemudiannya ditukar nama kepada Barisan Nasional (BN) mencapai pelbagai kemajuan.

    Sememangnya kejayaan yang dicapai oleh Malaysia bukan diperolehi dalam satu malam, kita menempuh pelbagai kesukaran, dugaan dan cubaan. Ia memandangkan bukan mudah untuk menguruskan sebuah negara yang mempunyai latar belakang kaum dan agama berbeza.

    Tetapi BN yang bermula dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman hinggalah sekarang di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berjaya memimpin Malaysia mencapai cita-citanya untuk menjadi sebuah negara contoh kepada negara-negara lain.

    Kejayaan Malaysia itu sekali gus memenuhi impian Tunku Abdul Rahman yang pada 25 Ogos 1963 menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama berazam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh dibuat contoh teladan kepada seluruh dunia.

    Namun begitu apa yang menjadi persoalan kepada kita, ialah apakah yang kita kecapi sekarang akan dapat dipertahankan? Apakah sanjungan dunia kepada kestabilan perpaduan rakyat negara ini akan berkekalan?.

    (sambung slps ini)
    ZULKIFLEE BAKAR

    ReplyDelete
  20. so, kita tidak harus lupakan bagaimana kelompok yang rakus mahukan kuasa politik melaungkan reformasi pada sekitar tahun 1999, mereka merasakan sudah tiba masanya BN digantikan.

    Malahan sekarang, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), laungan perubahan pula dijeritkan.

    Persoalannya, apakah Malaysia sudah berada keadaan begitu buruk sehingga pemerintahan kerajaan di bawah BN mahu ditukarkan sewenang-wenangnya.

    ''BN baru memerintah 55 tahun, kalau kita lihat kepada sejarah dunia, terdapat negara-negara yang beratus-ratus tahun hendak mencapai negara maju dan berjaya. Oleh itu kita tidak harus mudah terpengaruh dengan laungan pembangkang yang mahukan perubahan demi kepentingan politik mereka,'' kata Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Star, Datuk Yusof Ismail.

    Sebagai seorang yang menjadi ahli perniagaan berjaya melalui USIMA Sdn. Bhd., Mohd. Yusof tidak mahu apa yang dikecapi oleh rakyat Malaysia sekarang tergugat hanya semata-mata termakan dengan janji dan hasutan pembangkang.

    ''Cuba fikirkan sejak merdeka dahulu, BN melalui gabungan tiga parti iaitu UMNO, MCA dan MIC telah berjaya membangunkan negara ini, ia semakin rancak apabila parti-parti di Sabah dan Sarawak bergabung dalam BN.

    ''Pelbagai dasar kita rancang dan laksanakan sehingga semua kaum mendapat manfaat, tiada siapa dipinggirkan, sebab itu kita harus pertahan BN bukannya 100 tahun lagi tetapi 500 tahun lagi kerana parti itu sahaja mampu membela nasib rakyat negara ini,'' katanya dalam pertemuan dengan penulis di Kuala Lumpur, minggu lalu.

    Atas sebab itulah dalam berhadapan pilihan raya umum akan datang, rakyat harus bersama-sama bertanggungjawab bagi mempertahankan apa yang kita kecapi sekarang.

    Pakatan pembangkang memang mahukan kuasa politik sebab itulah biar pun berbeza ideologi politik mereka sedia bergabung dalam satu kerjasama. Namun kerjasama mereka hanya berteras hasrat untuk menumbangkan BN dan menguasai Putrajaya tetapi soalnya mampukah mereka mentadbir seperti mana dilakukan oleh BN selama ini?

    Mereka tidak ada perancangan, apa yang mereka lakukan sekadar menjadi 'saudagar mimpi dan pemborong janji'. Mereka hanya tahu menyalahkan BN seolah-olah mereka pilihan terbaik untuk memimpin negara.

    Kita tidak menafikan dalam pentadbirannya, BN juga ada kelemahan tetapi ia tidak sampai kepada menghumban rakyat dan negara ini dalam lembah kesengsaraan dan kekacauan.

    Segala permasalahan rakyat sentiasa menjadi keutamaan BN sebab itulah dari semasa ke semasa biar pun bertukar kepimpinan tradisi membela rakyat yang dipelopori oleh parti itu tidak pernah ditinggalkan.

    BN sentiasa prihatin dengan nasib rakyat sebab itulah jika ada sebarang kekurangan atau kelemahan, kepimpinan parti itu akan memerah otak untuk mengatasinya.

    Justeru, janganlah kita mudah menggadaikan masa depan negara hanya kerana taksub dan ghairah kepada slogan perubahan dan reformasi serta janji kononnya pembangkang boleh memerintah lebih baik daripada BN.

    (sambung lagi sikit..)
    ZULKIFLEE BAKAR

    ReplyDelete
  21. Percayalah, untuk membentuk, membangun dan menstabilkan sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia bukan mudah.

    ''Kita sekarang menjadi contoh kerana tidak ada satu pun negara di dunia seperti Malaysia yang mana pemimpin utamanya orang Islam dan dibantu oleh bukan Islam membangunkan negara ini sampai ke tahap sekarang.

    ''Tetapi pembangkang mahu merosakkan semua ini semata-mata kerana kemaruk kuasa,'' kata Ahli Dewan Negara Senator Ezam Mohd. Noor dalam ceramahnya di Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Sebab itulah dalam keadaan negara berhadapan dengan mainan politik pembangkang sehingga mereka hampir berjaya menumbangkan BN dalam pilihan raya umum lalu, rakyat perlu menarik nafas lega apabila, Perdana Menteri muncul dengan gagasan 1Malaysia dengan slogan 'Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.'

    Gagasan ini bukan slogan politik tetapi bagi meniupkan semangat kepada rakyat untuk bertaut di bawah satu payung dengan mengutamakan kesejahteraan masa depan negara.

    Rakyat perlu diperingatkan selama 55 tahun merdeka, mereka hidup dalam aman damai kerana berpegang teguh kepada semangat toleransi dan muhibah serta kebijaksanaan BN memerintah.

    Justeru kenapa perlu semua itu mahu dikorbankan hanya kerana ingin memenuhi tuntutan politik sesetengah puak yang kemaruk kuasa? Fikirkanlah. (habih dah..)


    ZULKIFLEE BAKAR

    ReplyDelete
  22. Hidupp UMngok!!. Hidup PATI !!

    ReplyDelete
  23. Lebih baik barsama Datuk Lajim dr barsama si Ezam Sesumpah tu. Trpaksa gadai maruah kena main dek UMNO.

    ReplyDelete
  24. Kalau Musa Aman masuk PKR..barulah berita hangat. setakat bekas ini bekas itu yang sertai PKR, impak tak seberapa langsung.

    ReplyDelete
  25. ibrahim cakap dia keluar umno sebab rasuah.. so dia masuk pakatan macam mana pula? bukan pakatan ada kes rasuah?

    ReplyDelete
  26. kesimpulannya, pemimpin2 yang bertindak disaat2 akhir memang ada niat lain.. sebab pemimpin itu telah ditawarkan ganjaran yang lebih mewah oleh Anwar Ibrahim..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.