Saturday, September 15, 2012

Genting beli 400 juta saham Felda

Saya tidak tahu banyak mana peratus saham Felda yang dikuasai oleh Genting dengan membeli 400 juta di Bursa Saham? Adakah Genting pemegang saham yang terbesar?

Apapun, Genting dipercayai boleh membeli lebilh banyak daripada itu dan bukan pula suatu yang mustahil Felda itu akan dikuasai sepenuhnya oleh syarikat judi itu.

Apapun saham judi sudah masuk dalam syarikat Felda yang disenaraikan itu. Dari duit mana yang Genting guna untuk membeli saham itu? Perniagaan Genting tentulah bukan semuanya dalam industri judi. Tentu ada yang lain. Tetapi modal dalam semua anak syarikatnya yang lain adalah daripada keuntungan judinya.

Perniagaan induknya judi. Maka segala perniagaan yang lain adalah bermodal daripada keuntungan judi.

Ulama fiqah boleh menjelaskan bagaimana perniagaan Genting itu boleh terlepas daripada belenggu judi supaya menjadi muamalat yang halal.

Dulu, kebanyakannya bimbang dengan tanah Felda itu akan tergadai kepada penguasaan asing apabila disenaraikan dalam Bursa Saham. Dan sekarang Genting sudah masuk. Jika saham Felda dikuasai oleh Genting atau keuntungan Felda nanti terjamin atas penyertaan syarikat judi itu, maka sedikit sebanyak untung para peneroka nanti adalah daripada gelumang judi itu.

Mungkin ulama fiqah dapat membebaskan keraguan bersih tidaknya keuntungan Felda nanti dengan penglibatan Genting itu, tetapi setakat ini Felda sudah dimasuki oleh pengaruh syarikat judi.

Yang diketahui, Genting itu adalah syarikat judi yang dimiliki oleh mendiang saudar Lim Goh Tong. Maka tentulah ia dipusakai oleh warisnya.

Tetapi semua orang tahu bahawa pengerusi pengasas (pengerusi dan pengasas bersama) syarikat kasino itu adalah Almarhum Tun Mohamad Noah bin Omar, Speaker Dewan Rakyat yang pertama selepas merdeka dan dia adalah pejuang kemerdekaan.

Dia adalah bapa mertua kepada dua Perdana Menteri, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Cucunya adalah Perdana Menteri sekarang, Datuk Najib Tun Razak.

Kita tidak banyak tahu saham Tun Noah dalam syarikat Gentings itu dan banyak mana pusaka yang diperoleh oleh anak cucunya?

Najib adalah antara cucunya yang bakal mempusakai harta ibunya nanti. Banyak mana pusaka yang ibunya peroleh daripada saham pengasas Genting dan bagaimana pula pembahagian untuknya daripada faedah Yayasan Noah yang dipercayai punca induknya daripada peniagaan Genting tadi.

Apapun, perniagaan Genting itu tentu ada panggu Najib. Sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, tentu ada cara bagaimana panggu Najib itu boleh ditambah secara langsung dan tidak langsung.

Dengan Genting membeli saham Felda yang besar itu, secara tidak langsung ada kepentingan Najib dan keluarga Najib.

Kepentingan Najib dalam Felda itu bukan sekadar orang yang memayungi harta Felda pada keseluruhannya, tetapi dengan memasukkan syarikat Felda dalam pasaran Bursa Saham, ia membuka laluan kepada syarikat datuknya untuk memiliki kepentingan dalam tanah perancangan terbesar itu.

Apakah Najib nanti boleh mempusakai perniagaan Genting kelak, tidak diketahui. Tetapi Genting bolah membahagikan saham 400 juta itu sebagai bahagian datuknya? Mungkin Genting itu akan jadi milik anak cucu Lim Goh Tong sepenuhnya dan panggu untuk Tun Noah sebagai pengerusi pengasas adalah daripada perniagaan Felda.

Dia boleh jadi begitu. Tipu daya perniagaan dan tipu daya politik sesunggahnya sama-sama ligat. Tidakkah mungkin politik Felda itu adalah satu permainan Najib untuk mempusakai kekayaan Felda?

Oleh Subky Latif

17 comments:
Write comments
  1. so, ada apa masalah? felda adalah fokus kerajaan juga. jika dikatakan judi, bagaimana dgn gaji, emolumen dan pembangunan di malaysia.hampir semuanya dari cukai2! ndak perlulah aku sebutkan lebih 90% cukai tu dari mana,kan?

    lagipun para alim ulama mazhab shafie menegaskan - kita jangan terlalu bertanya dari mana sumber kita selaku penjawat awam peroleh! biarlah ia tanggungan siapa yg memimpin kita.

    *daripada memajakkannya kepada anasir luar yg sangat bahaya, ini adalah antara jihad kerajaan dlm pengurusan kewangan negara! 4 me, go on najib! pastikan tanah air sentiasa bebas & pragmatik dgn acuan kita sendiri. hubbun watan minal iman..

    ReplyDelete
  2. Patutlah panggil orang yang menentang penyeneraiannya HARAMJADAH!

    ReplyDelete
  3. Apakah FELDA akan mengalami nasib seperti Perwaja?

    ReplyDelete
  4. Perniagaan genting business besar, apa mahu hairan

    ReplyDelete
  5. Ni pasti kerja pembangkang, entah betul atau tidak genting beli saham Felda

    ReplyDelete
  6. Biar betul..Nampaknya saham Felda akan menaiklah ceritanya ini.

    ReplyDelete
  7. Tapi perlu diingat pelaburan ini tidak menentuk kadang-kadang bagus kadang-kadang tidak. Jadi berhati-hati.

    ReplyDelete
  8. Kalau saham FELDA dimonopoli itu syarikat swasta apa akan jadi dengan penerkoa FELDA?

    ReplyDelete
  9. Canggih sekali artikel di atas oleh sdra Subky Latif. Sbg seorg wartawan senior dlm dunia kewartawanan dan luas pengetahuan dlm selok belok pentadbiran negara bukan zaman Najib shj malah zaman Tun Razak juga beliau tahu, rasanya rugi jika tidak membaca artikel beliau. Selain dr pendedahan kepimpinan sesuatu kerajaan,artikel ini bole membentuk minda masyarakat yg brilmu.

    ReplyDelete
  10. Semak sekali hasil judi di negeri sabah. jumlah kedai judi berlesen dan tidak berlesen semakin bertambah. Syarikat pinjaman berlesen pun makin bertambah. SIAPA monopoli utama... big issue

    ReplyDelete
  11. Mcm mana nak semak hasil judi dSabah mbah,UMngok asyik dok minta SPRM siasat MB Kelantan jer. Hasilnya brtambah bodoh le org UMngok.

    ReplyDelete
  12. Benarkah syarikat Genting Bhd pernah menguasai 12 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit melalui peruntukan khas?

    ReplyDelete
  13. harga saham FGVH kebelakangan ni mencatatkan penurunan. diharapkan pemegang saham terutama peneroka tidak akan mengalami kerugian yang berterusan.

    ReplyDelete
  14. Syarikat JUDI terbesar di ASIA, GENTING pemegang saham di FGVH....tak takut dengan hukum-hukum ALLAH ke. Semua yang terlibat dalam pemegang saham FGVH sudah terlibat menghalalkan JUDI. Makan hasil judi....Bagus lah. Sokonglah kerajaan BN UMNO yang kufur, mempermainkan undang-undang ISLAM dan HUKUM-HUKUM ISLAM yang terkandung dalam KALAMULLAH...AL-QURAN. Apa nak jadi rakyat ISLAM di Malaysia sekarang ini. Membiarkan yang haram dan hanya pentingkan DUNIAWI. Macamana NAJIB ATLANTUYA cakap negeri Malaysia pimpinan UMNO BN direstui oleh ALLAH, sedangkan menolak 100 peratus Hukum-hukum ALLAH. Bangkitlah Rakyat Islam Malaysia. Iya ke JANJI DITEPATI...bagaimana dengan JANJI dengan ALLAH, sebagai Kalifah diatas muka bumi ALLAH ini. Janganlah mempergunakan nama ISLAM sebagai perisai POLITIK BODOH.

    ReplyDelete
  15. Apa ada pda bendera MALAYSIA....kenapa pulak beriya-iya sangat nak kibarkan bendera Malaysia...Bendera yang telah diCIPLAK dari bendera AMERIKA YAHUDI laknatullah. Kenapa pula nak berdiri tegak apabila lagu NEGARA KU berkumandang...sedangkan lagu NEGARA KU diCIPLAK dari NEGARA INDONESIA....Buangmasa sahaja. Adakah RAKYAT MALAYSIA takut dengan pemerintahan UMNO BN parti peninggalan BRITISH YAHUDI laknaktullah. Rakyat ISLAM di Malaysia tak macam rakyat ISLAM di TIMUR TENGAH. Mereka bersungguh-sungguh memperjuang bangkit menentang penentang ISLAM. Bangkit menentang pemerintah yang zalim. Zalim kerana mempersendakan KITAB AL-QURAN.

    ReplyDelete
  16. Tun Razak wujudkan felda utk kaum melayu tapi DS Njib gadai felda utk beliau.

    ReplyDelete
  17. duit yang penulis pegang hari ini sudah beratus atau beribukan berpindah tangan.. mustahil dalam beribu tangan itu tidak yang meperolehi duit itu secara haram..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.