Friday, September 14, 2012

Kelantan : Himpunan Hijau Ke Putrajaya

Pas Kelantan menafikan dakwaan kononnya penganjuran program Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Machang hari ini adalah sebagai tindak balas terhadap kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke jajahan itu minggu lalu.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Mohamed Fadzli Datuk Hassan berkata, program terbabit telah dirancang sejak awal Ramadan lalu dan ia tidak ada kaitan langsung dengan kedatangan Perdana Menteri sebelum ini.

“Program ini disertai oleh semua pimpinan tertinggi parti,wakil-wakil rakyat, kerajaan negeri dan pemimpin setempat dan ia diadakan di seluruh negara jadi dakwaan yang mengaitkan dengan kedatangan Perdana Menteri itu tidak berasas,” katanya ketika ditemui di tapak program, petang tadi.

Majlis perasmian Himpunan Hijau ke Putrajaya tersebut dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, program akan dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik melibatkan semua peringkat umur diadakan seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah malam ini.

Katanya, program yang bermula jam 2 petang itu dimulakan dengan ekspresi muslimat diikuti Jamuan Hijau.

“Majlis kemudiannya diserikan dengan program ekspresi anak muda mewarnai program mulai jam 5 petang dan diikuti ceramah perdana pada jam 9 malam.

“Himpunan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan malah diluar jangkaan melibatkan pelbagai peringkat umur,” katanya.

Lebih 30 gerai yang diwakili Pas Kawasan dari seluruh negeri dan jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai juadah hari raya pada program Jamuan Hijau itu. -detikperubahan






15 comments:
Write comments
  1. PAS itu ISLAM & ISLAM itu PAS!! takbeer!!!!

    ReplyDelete
  2. PAS itu ISLAM? Kita tidak boleh juga kalau bercakap macam itu. Bagaimana dengan pihak lain kalau begitu. Kalau PAS itu untuk Semua mungkin akan diterima. Tapi rasanya selepas itu mungkin sokongan PAS akan berkurangan.

    ReplyDelete
  3. Kita nantikan saja PRU 13 ini penentu untuk segalanya.

    ReplyDelete
  4. PAS hanya mahu memancing undi golongan Melayu saja.

    ReplyDelete
  5. PAS tidak akan dapat menawan Putrajaya

    ReplyDelete
  6. umno hanya mahu memancing undi golongan apa..?kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Frman Tuhan dlm kitabNya :
    WA MAM LAM YAHKUM BIMA ANZALALLAHU FA ULA IKAHUMUL KAFIRUUN. "Barangsiapa yg tidak mnghukum dgn hukuman dr Tuhan,sesungguhnya ia dr golongan engkar (kafir)". Ayat inijelas membuktikan BN tu parti kafir dan ini Tuhan brfirman dlm kitabNya dan bukan aku yg kata. Nak dakwa jgn dakwa aku,dakwa Tuhan tu.

    ReplyDelete
  8. Perhimpunan hanya untuk tunjuk perasaan dan tidak mampu menyelesaikan masalah sebenar.

    ReplyDelete
  9. Janganlah terlalu ikut perasaan, fikir dengan logik dan guna cara yang betul untuk meluahkan suara hati.

    ReplyDelete
  10. Sebelum ini dikatakan himpunan hijau ni tidak disertai pemimpin besar PKR Anwar Ibrahim ataupun mana-mana tokoh dari DAP.

    ReplyDelete
  11. "Paling tidak himpunan itu perlu mencecah angka 40,000 hingga 50,000. Sekiranya himpunan itu gagal meraih kehadiran mencecah ke angka itu ia dikira gagal."

    Jadi macam mana, berjayakah himpunan tu??

    ReplyDelete
  12. Ntah2 brjaya himpunkn peserta seramai 100 000 ribu. Lebih dr barjaya ituh dan BN tentu takut ituh. BN paloii.

    ReplyDelete
  13. PAS kena majukan Kelantan.

    ReplyDelete
  14. PAS takkan dapat sokongan majoriti.

    ReplyDelete
  15. betul la tu.. kalau pasal berhimpun, PAS memang paling awal merancang..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.