Friday, September 14, 2012

Debat : Terbukti MCA Pengecut

Pekung Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong terbongkar malam ini apabila menghalang wakil Kerajaan Negeri Selangor untuk berdebat berkenaan isu Talam walaupun dijemput untuk berdebat.

Tindakan ini disifatkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin sebagai mencari publisiti murahan semata-mata.

Kesediaan wakil Kerajaan Negeri untuk berbahas tidak kesampaian apabila MCA tidak membenarkan keempat-empat wakil Kerajaan Negeri itu untuk berdebat dan memberi penerangan berkenaan kebenaran yang berlaku di sebalik isu Talam.

Faekah berkata tindakan Chua untuk tidak berdebat dengan ketiga-ketiga wakil lelaki itu sudah dijangkakan sejak awal lagi.

“Namun, Chua juga tidak berani untuk berdepan dengan wanita seperti saya. Terbukti Chua seorang yang tidak berani berhadapan dengan wanita,” sindir Faekah.

Faekah menambah beliau tidak datang dengan tangan kosong tetapi membawa satu bukti untuk diterangkan kepada semua.

Beliau turut membawa laporan daripada firma audit bebas, Transaction and Restructuring Sdn Bhd (KPMG) untuk dibentangkan.

“Ini kerana saya mahu rakyat terus tidak diperbodohkan dan Chua tidak memperbodohkan dirinya.

“Ini adalah orang yang tidak tahu berterima kasih kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana kami sudah mengutip setiap sen hutang yang ditimbulkan oleh pentadbiran Umno-BN sebelum ini,” katanya.

Selain Faekah, keempat-empat wakil itu terdiri daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ; Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad.

Mereka meninggalkan majlis itu selepas dihalang untuk berdebat.

Dalam sidang media yang sama di luar dewan International Youth Centre, Tony Pua berkata pihaknya kecewa dengan tindakan MCA itu.

Katanya, hal itu jelas menunjukkan MCA menjemput untuk berdebat adalah sebagai satu alasan politik.

“Chua tidak ikhlas mahu menerangkan isu ini, jika mahu mendengar penerangan kami, kenapa mereka tidak membenarkan kami untuk menerangkan perkara sebenarnya.

“Sebenarnya, beliau (Chua) tidak mahu tahu kebenaran dan beliau juga tidak mahu mendengar laporan daripada KPMG ini. Sedangkan ini merupakan satu platform untuk kedua-dua pihak memberi penjelasan di hadapan semua rakyat,” katanya

Selain itu, Dr Zulkefly berkata MCA terlepas peluang keemasan untuk membuktikan sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bersalah.

“Chua boleh bangkitkan isu ini dan beliau juga boleh menidakkan laporan daripada KPMG ini,” katanya.

Bagi William Leong pula, beliau mencabar Chua untuk melantik audit bebas terhadap skandal National Feedlot Corporation (NFC) untuk dibentangkan di sesi parlimen akan datang.

Dalam kekecohan malam ini empat pemuda ditahan polis.

Dipercayai, suspek ditahan polis ketika membuat provokasi.

Mereka ditahan polis selepas senjata jenis belatan jatuh dari tangan suspek ketika berlaku sedikit pergelutan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. -selangorku

27 comments:
Write comments
  1. khalid ibrahim yg tak datang takuttt
    hanya Chua sahaja yg berdebat sorang2.

    ReplyDelete
  2. khalid ibrahim berada di luar negara n 4 org itu sbg wakil yg dilengkapi pelbagai dokumen yg relevan sbg maklumat...anak 'pondan' CSL sj yg TEMBIRANG...

    ReplyDelete
  3. niat sebenar ini untuk menjatuhkan air muka seseorang drp mencari kebenaran isu...!

    ReplyDelete
  4. Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim has been urged to explain whether the report conducted by its independent auditors on the Talamgate issue was an audit or consultative in nature.

    ReplyDelete

  5. Non-governmental organisation Jaringan Melayu Malaysia (JMM), which made the call, had also asked the auditors, KPMG Transaction and Restructuring Sdn Bhd, to declare whether they agreed that the Selangor government's decision to pay Talam Corp Bhd RM345 million for 535ha of land in Bukit Berutung 2 was a "smart decision".

    ReplyDelete

  6. JMM president Azwan-din Hamzah said even the Valuation and Property Services Department had evaluated the property at just RM113 million.

    ReplyDelete
  7. He was commenting on a recent report that KPMG has found the Talam deal to be above board.

    ReplyDelete

  8. In a statement, Azwandin challenged KPMG's advisory unit executive director Chan Siew Mei to acknowledge that the Selangor government had done the right thing in its dealings with Talam, which is now known as Trinity Corp Bhd.

    ReplyDelete

  9. Chan Siew Mei has to act like a professional and not run away from her responsibilities, such as providing an explanation to the people of Selangor.

    ReplyDelete

  10. He said Chan should hold a press conference to defend her integrity and the KPMG report.

    ReplyDelete
  11. Chan had admitted that the scope of KPMG's review on the matter, which was conducted over a month, was limited to checking transactions and supporting documents.

    ReplyDelete
  12. MCA Young Professionals Bureau chairman Datuk Chua Tee Yong, who was the first to highlight the questionable Selangor government's debt recovery exercise involving Talam, had on Sunday demanded the Selangor government fulfil its promise of providing an audited report on the matter.

    ReplyDelete

  13. Chua had raised doubts over the nature of the report, which supposedly had cleared the Selangor government's action on the matter, saying that Chan was just head of KPMG's advisory unit.

    ReplyDelete
  14. Khalid tak dtg ker atau MCA tak benarkan ? Aku tak nampak pulak Khlid tu tak dtg atau tak nak dtg dan kan ada wakil kerajaan negeri yg hadir tuh. Kalau PM bole tak dtg parliment pd setiap sesi perbahasan parlimen atas alasan tugas dluar lebih besar dan banyak sbg PM, so kalau Khalid berada dluar kawasan juga kerna tugas MBnya, apa masalah kalau wakil kerajaan hadir. Kan sama jer. Kalau org kta UMNO tu bodoh, marah lak. Aku yg selalu masuk parlimen pd mesyuarat aprlimen baik penggal ke 12 dulu ke atau penggal ke 11 dulu, tak prnah jumpa kelibat PM pun. Kita fikir,yer lah sbg PM banyak tugas rasmi yg brlangsung serentak. Jdsama jug ngan MB Sel tu. Tapi ndak apa,wakil kerajaan kan ada, kenapa MCA takut benarkan mereka joint seklai ? tak der kekuatan nak lawan ?

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  15. Faekah perlu sedar akan menandatangani projek kepada orang sendiri. Jangan lupa itu jika disambit kesalah boleh dipenjara.

    ReplyDelete
  16. Apa guna Debat kalau tidak ada apa-apa yang menarik mengenai perkara tersebut.

    ReplyDelete
  17. POLITIK GANAS SEMANGKIN MENULAR DI BN

    ReplyDelete
  18. Apa da mca, siapa yg penakut sbnarnya?? Hangpa lah penakut. TSKI siap hantar 4 org komandernya utk berdebat (itu pun lebih dari layak & tinggi iqnya nak dibandingkan dgn chua). Tapi yg chua & the gang ini ntah apa2 nak tunggu khalid buat apa?? Ker sbagai alasan takut kalah debat dgn 4 komander Pakatan tersebut?? Rasa2nya betul la tu...

    ReplyDelete
  19. HAHAHA..BODOH PUNYA PENGACARA..WAKIL DEBAT MB SELANGOR DAH ADA 4 ORG. KENAPA NAK SURUH MEREKA BERTANYA PULAK..SURUHLAH MEREKA BERDEBAT..DAH NAMANYA SYAITAN DIKENALI, BEGINILAH PERANGAINYA.././././.

    **pakai Otak**

    ReplyDelete
  20. Tan Sri Khalid dah hantar 4 wakil. Bukan 1, tapi 4! Rakyat bukan mahu lihat siapa yg hebat atau siapa yg popular, tetapi mahu tahu keadaan dan fakta sebenar. Keengganan Chua Tee Yong untuk berdebat walaupun wakil-wakil Tan Sri Khalid hadir menunjukkan ini hanyalah satu percubaan untuk hanya mendapatkan publisiti dan memburukkan kerajaan selangor. Rakyat Labis tak perlukan wakil rakyat yang tak ada keberanian dan bercakap kosong. Rakyat Labis harus tukar pemimpin yg lebih berwibawa. UBAH!

    ReplyDelete
  21. MCA tu takyah MB Khalid, dgn Setiausaha beliau ( Faekah ) tu pun tak trlawan. Yg dia tau kata faekah luluskan projek utk kroninya shj. Heii MCA/UMNO, kita tau apa sebenar brlaku dSelangor dan projek apa yg dkatakan dluluskan oleh faekah tu. Jgn nak samakan PKR dgn UMNo haramjadah tuh. Silap statement,bebb.

    ReplyDelete
  22. Pembangkang dengan budaya debat sentiasa mahu menarik perhatian rakyat

    ReplyDelete
  23. datang dengan secara tiba-tiba, tidak dijemput dan diundang. Tuan rumah tidak akan layan

    ReplyDelete
  24. Menteri Besar Selangor itu sepatutnya hadir untuk berdebat tentang isu berkenaan dengan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong.

    Namun kemudian setelah tunggu beberapa lama, kelibat Khalid tidak juga muncul-muncul sebelum empat orang wakilnya datang ke dewan di ibunegara itu, kononnya bagi menggantikan Menteri Besar Selangor itu.

    ReplyDelete
  25. Wakil-wakil Khalid itu ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Zulkefly Ahmad dan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.

    Peliknya, kenapa Khalid menghantar seramai tiga orang ahli Parlimen sedangkan mereka bertiga tiada kena mengena langsung dengan Kerajaan Negeri Selangor dan mengapa Menteri Besar itu tidak pula mewakilkan mana-mana ADUN?

    ReplyDelete
  26. Persoalannya, Khalid tahu tentang jadualnya dan telah pun menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Tee Yong pada malam tersebut, namun mengapa pula dia menghilangkan diri dan hanya menghantar wakilnya sahaja?

    ReplyDelete
  27. bukankah pemimpin2 Pakatan selangor sebelum ini pernah berkata akan menyaman MCA? kenapa tidak saman saja?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.