Friday, September 14, 2012

Hairie Othman Bidas Zed Zaidi?

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi diingatkan agar tidak terikut dengan budaya politik fitnah yang dibawa oleh Umno-BN sehingga sanggup memfitnah rakan seni.

Ingatan tersebut dibuat oleh pelakon terkenal, Hairie Othman ketika mengulas dakwaan yang dilemparkan oleh Zed seperti yang dilaporkan portal, ‘mStar On Line hari ini.

Dalam laporan tersebut, Zed mendakwa terdapat artis yang dibayar puluhan ribu ringgit oleh sebuah parti bagi memburukkan kerajaan.

Zed juga dilaporkan berkata golongan artis di negara ini tidak akan melakukan sesuatu kerja dengan sukarela sebaliknya melaksanakan sesuatu apabila terdapat imbuhan disebaliknya.

Menafikan kenyataan itu, Hairie menyifatkan Zed seperti ‘menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri’ apabila kenyataan yang dikeluarkannya itu lebih merupakan gambaran sebenar dirinya dalam Seniman.

“Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia.

“Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma,” kata Hairie yang terkenal dengan watak ‘Leftenan Adnan’ kepada TVS hari ini.

Selain Hairie, kenyataan tersebut juga tidak disenangi beberapa rakan artis lain termasuk golongan artis yang menyertai Umno kerana memberi persepsi buruk terhadap keputusan mereka memilih Umno yang dikenali sebagai sebuah parti memiliki sumber kewangan besar.

Hairie juga berkata, Zed harus bersikap lebih terbuka dan lebih matang terhadap pendirian mana-mana artis untuk menyokong mana-mana parti politik yang disukai mereka.

“Kalau artis atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Seniman contohnya hendak menyebelahi Umno, tak apa pula, tetapi bila ada yang sokong pihak lain tak bolehkah?

“Seniman sendiri juga digunakan Umno, tetapi itu pendirian Seniman,” ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang lagi pelakon terkenal, Abby Abadi ketika dihubungi TVS berkata, tiada siapa yang boleh menidakkan rezeki yang diturunkan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

“Sedikit atau banyak atau saya tak dapat langsung, itu antara saya dengan Allah dan lebih penting lagi hanya Allah akan menilai keikhlasan saya.

“Dia tak perlu nak pertikaikan dengan pelbagai dakwaan kerana memberi persepsi buruk kepada golongan yang mahu menyampaikan agama Allah,” kata Abby lagi.

-GB

17 comments:
Write comments
  1. banyakkan beristifar bro zed zaidi finah itu dosa kekalkah jawatan mu itu

    ReplyDelete
  2. dasar omokan pelakon suam2 kuku.. boleh blah la hairie!!

    ReplyDelete
  3. Nak dekat Islam tidak semestinya masuk PAS

    ReplyDelete
  4. Terserah kepada pendirian masing-masing

    ReplyDelete
  5. Tidak hairanlah. Setiap orang ada pendirian mereka sendiri.

    ReplyDelete
  6. Semua orang juga ada pilihan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  7. Siapa nak ikut siapa biarlah,kalu dengki ikutlah yang yang baik jangan pula jadi lidah syaitan kuat fitnah sedangkan sendiri banyak kekurangan.

    ReplyDelete
  8. zed ni dah jadi suam2 kuku kot ...duk diam ajelah jadilah otak cerdik sikit ...

    ReplyDelete
  9. Assalamu alaikum sdra ANYNOMOUS Sept 15; 10.07 am

    Nak dekatkan dgn WAJIB masuk PAS sebab kalu masuk UMNO hanya akan mendekatkan diri dgn kemaksiatan. K-POP tu tak maksiat ker? Atau ceramah Ustaz Azhar tu maksiat.

    ReplyDelete
  10. Sekira PAS berpolitik tidak perguna Islam banyak rakyat Msia sokong. Sebabkan PAS politik hendak buat hudud kami bukan Islam takut beri sokongan. TQ

    ReplyDelete
  11. Sekarang DAP dan PKR sudah ajar orang PAS berpakaian ada nampak kemas sikit. Dulu orang Sabah takut dekat orang PAS selalu pakai baju Arab. TQ DAP & PKR

    ReplyDelete
  12. Org bukan Islam ni sila ke Kelantan lah utk lihat berapa ramai bukanIslam dah kena potong 'beret' yg ada pd ANUnya tu. Berapa banyak berhala kena roboh dsinun. Atau tanya nama dia orang masih kekal atau ndak dgn nama bukan islamnya. Jgn asyik main takut dr jauh,sebab kita ada orak dan jgn biarkan UMNO/BN meletakkan otak kita tu sebaris dgn haiwan2 dpadang ragut atau di Zoo Kenya. Satu je petua mcam mana nak cerdik...JGN BACA UTUSEX atau JGN NENGOK TV UMNO.Cari media alternatif.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  13. suka sangat Zed Zaidi ni timbulkan isu. mungkin nak dapat lebih populariti.

    ReplyDelete
  14. Asing2kanlah kerjaya tu dengan politik.

    ReplyDelete
  15. seniman pun nak ikut politk ke?

    ReplyDelete
  16. Selagi kita brnama MANUSIA kita kena brpolitik, kecuali kita dah setaraf HAIWAN, hahh tak payah lagi lah. Sebab haiwan mana ada akal.

    ReplyDelete
  17. daripada cakap panjang lebar di media, bukankah lebih baik Hairie Othman saman saja Zed Zaidi?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.