Himpunan di ambang Hari Malaysia peringkat negeri Sabah yang turut dirai bersama oleh para pemimpin Pakatan Rakyat bertempat di restoran Singgah Singgarung di Jalan Tuaran Kota Kinabalu malam tadi mendapat sambutan hebat di luar dugaan dari kalangan masyarakat Sabah. Kira-kira 20,000 hadir untuk bersama sama-sama menghitungkan detik 12:00 malam 16 September sempena hari ulang tahun penubuhan Malaysia ke 49
Kalaulah majlis itu tidak diganggu mungkin jumlahnya berkali ganda. Pihak pengajur khabarnya telah tiga kali terpaksa mengubah lokasi kerana tidak mendapat kebenaran. Beberapa sekatan jalan raya untuk meuju ke lokasi itu juga diadakan bagi melecehkan perjalanan orang ramai.
Semua pemimpin Pakatan Rakyat hadir dan ia merupakan satu sejarah, sekaligus menjadi majlis malam tadi menyebabkan pimpinan Umno Sabah dibawah pimpinan Musa Aman akan menjadi tidak berapa aman lagi.
Belum pernah ada perhimpunan melibatkan pembangkang semeriah dan seramai itu di Sabah sebelum ini.
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, hadir bersama timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bersama timbalannya Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersama Setiasuaha Agungnya Lim Guan Eng.
Lain-lain pemimpin Pas yang hadir Naib Presiden Pas, Husam Musa, Bendahari Agung Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali, Ketua Muslimat Siti Zailah Yusuf. Ketua Pemuda Pas Nasarudin Hassan bagaimana pun tidak kelihatan.
Pemimpin PKR lain yang hadir Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Khalid Ibrahim, Abdullah Sani dan lain-lain.
Selain itu semua pemimpnan tertinggi dari ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat peringkat Sabah itu hadir.
Majlis malam tadi adalah anjuran tokoh politik Umno Sabah tidak asing lagi yang baru meninggalkan parti itu, Lajim Okim.
Program itu juga turut sama dihadiri bekas timbalan presiden OPKO yang menyertai Pakatan Rakyat, Wilfred Bamburing, dan beberapa yang lain.
Walaupun majlis malam tadi agak terganggu kerana angin dan hujan di namun orang ramai terus berada dalam majlis berkenaan. Sikap ini menjelaskan orang ramai yang hadir benar-benar ingin menyatakan perasaan masing-masing yang tidak senang dengan kerajaan Sabah hari ini.
Beberapa orang pemimpin turut berucap menyegarkan semangat sambutan hari Malaysia ke 49 itu; antara Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Khalid Ibrahim, Pengerusi Pas Sabah Ustaz Halim selain tuan rumah Lajim Okim.
Menafsir himpunan malam tadi ia bakal menjadi pencetus rasmi kepada gelombang kebangkitan rakyat Sabah untuk menumbangkan kerajaan UBN. Lebih separuh yang hadir terdiri dari kaum bumiputera bukan Islam dan orang Cina.
Seorang pemimpin DAP dari Libaran ketika bebual dengannya memberi tahu dalam pengetahuannya inilah himpunan terbesar Pakatan Rakyat di Sabah yang dihadiri oleh semua pucuk pimpinan.
Menurutnya rata-rata dan di mana-mana saja di Sabah hari ini orang sedang memperkatakan perubahan dan mahu tukar kerajaan UBN. “Dalam kajian saya secara peribadi 20 yang saya tanya rakan Cina dari berbagai profesyen, 19 mereka mahukan kerajaan UBN ditukar dan diganti dengan Pakatan Rakyat,” katanya.
“Saya yakin kerajaan BN akan bertukar dalam pilihan raya akan datang,” katanya sambil membandingkan dengan gelombang semasa rakyat bangkit bersama PBS ketika hendak menjatuhkan kerjajaan Berjaya dahulu tidak sekuat hari ini.
Serorang pemimpin kaum Kadazan-Dusun menyetujui pendapat itu dengan mengatakan, gelombang kali ini lebih besar dan yang bakal mencatatkan sejarah baru di Sabah.
“Saya tidak mahu cakap banyak tetapi kalau melihat kepada kebangkitan orang ramai seolah-olah kerajaan UBN akan jatuh pada bila-bila masa saja.
“Dulu rakyat masih berasa malu mata kepada UBN dan ada yang takut tetapi hari ini semua sudah berani. Sebagai bukti lihat mereka yang datang hari ini, mereka tidak takut lagi..” sambugnya.
Mereka yang hadir juga juga seronok dan tertarik dengan beberapa perkara yang disentuh oleh para pemimpin dalam ucapan mereka. Lim Guan Eng yang turut berucap memberi sekurang-kurang tujuh janji kepada orang Sabah untuk dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat menang.
Manakala Abdul Hadi dengan penuh sentimental memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana telah diabaikan oleh kerajaan BN. “Saya pohon maaf kerana kesilapan dulu,” katanya menyebabkan sebahagian sedikit hadirin terkaget.
Menurut Abdul Hadi rakyat tidak maju dan ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain walaupun ia memiliki pelbagai sumber ekonomi ialah kerana BN yang mengabaikannya.
“Apa-apa kekayaan disesebuah negeri itu harus dibelanjakan untuk kegunaan negeri berkenaan sebelum ia diagih kepda kawsaan lain. Misalnya kekayaan Sabah ini hendaklah diagih di Sabah ini,” ujarnya disambut dengan laungan takbir.
Pernyataan Hadi itu menjelaskan akan keadilan Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama ini. Pernyataan itu juga sekaligus dapat menyapu kekeliruan sesetengah pihak yang kabur mengenai bentuk atau prinsi-prinsip pemerintahan Islam yang adil dan saksama.
Oleh Mohd Sayuti Omar
Monday, September 17, 2012
Rakyat Sabah Mahu Merdeka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah PR, kenapa tidak??? beri sokongan dan bantuan kepada pembangkang tempatan seperti STAR dan SAPP (PR dari semananjung 176 kerusi tu sudah memadai...kenapa pula p sabah dan sarawak lagi?). Parti pemabgkang tempatan lebih arif tentang aspirasi rakyat tempatan. Sama2 berjuang dan bekerjasama ke Puterajaya.
ReplyDeleteDi mana erti kemerdekaan Sabah 30 Ogos 1963. Status Negara di turunkan status negeri dalam Malaysia. Negara sabah tidak sepatutnya disamakan taraf dengan negeri Melaka, Pulau pinang dll. Ke mana hasil minyak bumi sabah?, ke mana cukai2 negeri sabah (terlalu kaya sumber ekonomi). Kenapa Sabah diistiharkan negeri paling miskin di Malaysia (negara di antara tiga Wilayah Sabah, sarawak dan Malaya) yang termiskin. Ertinya masih dalam penjajahan (Dimerdekakan oleh British tetapi dijajah semula oleh Malaya). Wahai generasi baru sabah fikir2kan ini...Selamatka Sabah dan Sarawak untuk menyelamatkan gagasan MALAYSIA.
ReplyDeleteTabik, kenyataan pemimpin2 PR (teringat kenyataan Tunku Abdul Rahman semasa pembentukan Malaysia suatu ketika dulu). Pada mulanya yes! tapi silih berganti PM, lama2 sabah dan sarawak menjadi negeri ke 13 & 14 dalam Malaysia (sepatutunya rakan kongsi 3 wilayah Malaya, Sabah dan Sarawak yang sana rata). Mana itu Perjanjian Malaysia dan 20 Perkara (Dokumen penting penyertaan Sabah dalam gagasan Malaysia). Selamat Berjuang.
ReplyDelete
ReplyDeleteKepada
Anon September 17.2912, 8.44 AM,
Semangat jangan diadun dengan nafsu.
Apa no I/C mu..?
Dah daftar mengundi kah belum..?
Senang je utk selamatkan Sabah dan Srwak...tumbangkan OMNO pd PRU ke 13. Biar naik pambangkang spt SAPP,STAR atau apa2 parti yg dbwah 1Payung yg dtrajui oleh DS Anwar. Tk mengapa jika tidak PAS atau DAP, proses prtama TOMBANGKAN OMNO di 1Borneo.
ReplyDeleteParlimen Ranau DAP-PKR- ok . Kami takut sama bawang PAS.
ReplyDeleteYang penting kita kasi pencen itu pemimpin yang kuat songlap duit rakyaat,cuba kamu fikir kan cakap si Timbalan menteri komunakisi dan kebudayaan Joseph Salang Gandum bahawa penembusan internet di Sabah hanya sekitar 30-37% saja,bukan ISP tidak menaik tarafkan faciliti mereka tetapi masaalah lesen yang diberi kepada ISP untuk sabah hanya sekitar 4Mbps saja yang cakap di news itu semua tipu saja dan bila pengguna tanya ISP tetap akan mejawab bahawa itu lah speed yang diluluskan oleh SKMM...jadi kepada rakyaat sabah jangan tertipu dengan muslihat BN..kasi tumbang dulu,sebagai contoh indonesia masa pemerintahan suharto orang indon hanya boleh melanggan internet seperti kita sekarang di malaysia tapi sekarang paling kecil langgan mereka ada lah 1G dan murah lagi
ReplyDeletePAS ibarat polis manakala UMNO ibarat lanun. Adakah mamat di atas tu takut pd polis mbah, kah kah kah..
ReplyDelete1Borneo = tumbangkan umno/bn. hapuskan PTI haram di sabah. harap2 rakyat sabah sedar kali ini undilah untuk masa depan sabah. kita tak mahu umno/bn kerana merekalah PTI semakin bermaharajalela di sabah. aku tak mahu anak2 aku bersaing dgn anak2 PTI di masa akan datang. biarlah anak2 aku bersaing hanya dgn anak2 org tempatan saja.
ReplyDeleteSelamat menyambut hari kemerdekaan dan juga hari malaysia kepada semua rakyat Malaysia.
ReplyDeleteSokongan itu tidak ada yang hebat sangat setakat ini. Kita tahu yang mana PR sekarang ini sedang mencari lebih sokongan. Tapi rasanya cara itu yang tidak disukai. Menipu dengan pelbagai janji manis. Kerana rakyat tahu ini cuma janji politik PRU saja ini.
ReplyDeletetapi pti tidak pandai tipu dan tikam dari belakang dan menindas dan double standard spt apa yg terjadi sblom ini.kmu faham ba kn....
ReplyDeletesaya org sabah bah:
ReplyDeleteMENIPU itu maksudnya bila suda diberi peluang ianya nda di tepati...aku mau tanya ko??sebelum ni sepa yang memerintah??PR ka tau bn??kahkah...belajar lg ya untuk jd lg cerdik...
Sabah mahu 20 Perkara tu dipenuhi.
ReplyDeletepembangkang janganlah cuba untuk memesongkan pemikiran rakyat.
ReplyDeletebukan mahu memesongkan tapi mahu membetulkan pemikiran rakyat sabah yg sudah terpesong jauh dari pemikiran yg sepatutnya. contoh paling jelas fikiran rakyat sudah terpesong:
ReplyDeleteorg dusun pun masuk umno sedangkan umno tu parti org melayu "united Malay national organisation" dusun tu org dusun bukan org melayu. kadazan pun bukan oeg melayu tetapi bangsa kadazan sam juga dgn bangsa murut dll.
umno mmg parti syaitan yg dikenali sanggup memperdaya siang dan malam hingga org2 sabah bingung dan fikiran pun sudah rosak.
mau tanya bah adakah orang melayu semenanjung masuk parti PBS ka, UPKO ka?
Tun M bilang pendatang di sabah boleh diberi IC sbb dorang sudah pandai cakap melayu. inilah bapak perosak negara yg berjaya memesongkan pemikiran rakyat sabah khasnya.
Org yg kata pembngkang nak pesongkan pemikiran org sabah tu sebab dia memang dah trpesong angkara UMNO selama nih. Lama2 dia rasa dia betul dan tk trpesong. Itu masalah utama. Janji manis yg pembangkang tabur...peluang memerintah negara harus dberi,lepas tu baru tahu janji manis tu penipu atau ndak. memang telah trpesong Sabahan mbah.
ReplyDelete**Raja Sulu'
UMNO tu:
ReplyDeleteU : United
M : Malay
N : Nepal,Nyammar
O : Others ( Om-Indon, pakistan,filipina ,etc )
penubuhan Malaysia .
ReplyDeleteTunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.
jangan lupa 20 perkara .
penubuhan Malaysia .
ReplyDeleteTunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.
jangan lupa 20 perkara .
Rakyat sabah menolak PAS...majoriti menolak PAS...kerana ideologi politik PAS yang berlandaskan islam tidak relevan dan tidak sesuai dipraktikkan di sabah...
ReplyDeletekalau PAS memerintah, habislah rakyat sabah...hukum hudud akan dilaksanakan...pengislaman akan dilakukan besar-besaran...kebebasan beragama akan disekat...
ReplyDeletePR bolehlah terus berangan-angan...
ReplyDeletekalau PR mahu menang di sabah, pastikan PAS tidak diberikan sebarang kerusi..kerana apa, rakyat sabah tidak suka atau berminat dengan PAS...sebab PAS mahu hukum hudud dilaksanakan...
ReplyDeleteundi pembangkang akan pecah...
ReplyDeleteBN sabah akan menang...
ReplyDeletePR boleh bagi jaminan kah sekiranya PR menang pada pru13 nanti dan membentuk kerajaan baru, hukum hudud tidak akan dilaksanakan?
ReplyDeletesamada kerajan akan ditukar atau tidak, kita tunggu PRU.
ReplyDeletebiar rakyat tentukan.
ReplyDeleteMerdeka daripada PATI dan projek ic.
ReplyDeleteD Kelantan tu takde pulak cina tu Nik Aziz paksa masuk Islam. Penuh kebebasan malah lebih harmoni drp zaman BN dulu. Kalau Ramsey ke Kenneth ke sapa2 le bole terus amalkan agama yg dah ada tu.Anut le. Lain kali kalu nak brcakap tengok sekeliling. Even cina yg kena serang dek kuman J.E dPort Dickson dulu, Nik Aziz org pertama sampai melawat mangsa. Berhala utk kaum Siam/Buddha pun banyak sesuai dgn kehndak masyarakat Thai dKelantan, walau si-ummi sundal tu kutuk tok guru dlm isu berhala. Takde isu pun berhala tu, kan itu utk agama buddha. lancau org cina tu pun sorang tak kena potong lagih. Kekal memakai 'topi'. PR brcakap soal kepentingan rakyat 1Malaysia, apa masalah dgn islam ,takut pd uslam semua tuh.
ReplyDelete**Raja Sulu'
Sabah sudah merdeka dan kita harus kekalkan kemerdekaan yang kita miliki.
ReplyDeletebersyukurlah dengan apa yang kita nikamti dan miliki sekarang ini.
ReplyDeletebiar rakyat yang pilih sendiri parti mana yang mereka mahu undi kelak.
ReplyDeletekalau mahu berpolitik pun, janganlah poitikkan pasal kemerdekaan.
ReplyDeletepastikan keamanan dan keharmonian yang ada dijaga dengan sebaiknya.
ReplyDeleteApa yang penting Sabah sudah merdeka, dan tidak perlu tukar kerajaan lagi.
ReplyDeleteSepatutnya isu kemerdekaan tidak perlu di campur aduk dengan politik. Pembangkang jangan gunakan isu ini untuk memancing undi rakyat.
ReplyDeleteSepatutnya kita bersyukur dengan apa yang telah di beri kepada kita..
ReplyDeletePR belum tahu dapat membantu menaikkan lagi pembangunan di Sabah, janji yang di beri belum tentu dapat di tunaikan.
ReplyDeleteTerpulang kepada rakyat untuk memilih parti mana yang mereka percaya dapat membantu Sabah.
ReplyDeleteHari mengenang hasil perjuangan wira negara harus dinikmati dan dihargai.
ReplyDeleteSegala isu harus diselesaikan dengan cara yang baik.
ReplyDeleteAda pihak sengaja mengungkit isu sensitif untuk merosakkan perpaduan negara.
ReplyDeleteTukar kerajaan atau tidak adalah hak dan pilihan rakyat sendiri.
ReplyDeleteVote for the changes. We want development and we want zero poverty.
ReplyDeleteNajib datang ke sabah bermesra dengan rakyat, turun kampung dan mendengar masalah rakyat.. Anwar pula datang ke sabah berkempen, berkempen dan berkempen untuk membersihkan nama beliau, mencari katak dan menyebarkan pembohongan..
ReplyDeletelepas blogger mereka menghina budaya kaum di Sabah, masih ada harapan ka untuk menumbangkan BN Sabah?
ReplyDeletebagaimana pula dengan star dan sapp?? ingat Pakatan Rakyat saja yang ada di sabah?? hujan dan ribut yang turun ketika majlis berkempen ini adalah petanda buruk bahawa Pakatan akan tumbang..
ReplyDeleteSabah and Sarawak, has never been sidelined in terms of development as seen by the big chunk of allocation given under National Key Result Areas (NKRA).
ReplyDeleteBN leaders here in refuting opposition’s allegation that the state had been neglected in terms of development, cited the frequent visits to the state by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to personally feel and monitor the progress of development in both states.
ReplyDelete
ReplyDeleteThis spoke volumes about Najib giving priority to development of the state, adding that the opposition front was hard pressed by their lack of issues to harp on.
ReplyDeleteTaking a swipe at the opposition, they said their unkind remarks were merely sweeping statements made to confuse the people.
NKRA is evidence of the prime minister giving priority to the development of infrastructure in Sarawak and Sabah as both states received the biggest allocations, almost the same as the whole of the Peninsula.
ReplyDeleteCountries such as India for instance, which got their independence much earlier than Malaysia, are still improving on their infrastructure.
ReplyDeleteThat is why Malaysia is called a developing country. The fact is Sabah and Sarawak has gone far in the improvement of its infrastructure, and is still continuously improving.
ReplyDelete