Wednesday, June 1, 2011

Kualiti Projek RM1 Bilion Disangsi?

PENDUDUK Kampung Taviu Masumbak kira-kira 16 kiolometer dari Pekan Telupid mendesak kepada Ahli Parlimen Beluran dan ADUN Labuk agar segera menaik taraf jalan sejauh 3 kilometer dari persimpangan Jalan Besar bagi memudahkan penduduk setempat membawa keluar hasil pertanian mereka.

Timbalan Pengerusi JKKK merangkap Ketua Cawangan UMNO Kampung Taviu, Luko Gonbud dalam kenyataan kepada Sabahkini.net kelmarin, menjelaskan bahawa jalan tersebut sebenarnya sudah dinaiktaraf pada 26 Oktober 2009 oleh Mirfen Enterprise menerusi ‘Projek RM 1 Billion’ tetapi kerja-kerja pelaksanaan naik taraf tersebut sangat tidak memuaskan.

Jalan sejauh 3 kilometer itu, kata Luko, sepatutnya disimen atau bubuh dengan batu kelikir dan bukannya menggunakan batu batan yang diambil dari sungai berhampiran.


BUKTI....Inilah papan tanda peninggalan kontraktor terdahulu yang membuktikan tender dipanggil tetapi kerja sambil lewa, sebaliknya bayaran penuh telah dibuat.

“Kita dapati Mirfen Enterprise telah sub pajak kontrak tersebut kepada kontraktor lain semata-mata mahu mencari keuntungan segera, tetapi dari segi pelaksanaannya, tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan,” kata Luko lagi.

Selaku Ketua Cawangan UMNO Kg Taviu, Luko merminta jasa baik ADUN Sugut dan Ahli Parlimen Beluran agar dapat menyalurkan semula projek naik taraf untuk membaiki jalan gravel yang semakin teruk itu demi keselesaan penduduk setempat.

“Saya percaya dengan adanya projek yang disalurkan ke kampung ini akan menggembirakan 350 orang penduduk kampung dan berharap mereka kembali memberi sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional,” ujar Luko yang menjelaskan beliau tidak dapat mematahkan serangan pembangkang berhubung isu ini.

22 comments:
Write comments
  1. Kontraktor yang dilantik seharusnya lebih b'tanggungjawab dalam melaksanakan projek.

    ReplyDelete
  2. Isu ini akan menjadi bahan politik jika tidak diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  3. Ambil tindakan ke atas kontraktor yang tidak melaksanakan projek mengikut spesifikasi.

    ReplyDelete
  4. projek 1 billion tapi jalan masih gravel.sepatutnya projek ini diberi kepada kontraktor yang lebih bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  5. Kontraktor sebegini perlulah disenarai hitam supaya tidak akan diberikan projek lagi.

    ReplyDelete
  6. Buat kerja biarlah betul. Bukan hanya kaut keuntungan semata-mata.

    ReplyDelete
  7. Prihatinlah dengan masalah penduduk kampung. Mereka memerlukan kemudahan jalan raya yang lebih baik daripada jalan gravel.

    ReplyDelete
  8. kontraktor yang terbabit perlulah melakukan tugas mereka dengan cekap dan bukannya seperti yang didakawakan.

    ReplyDelete
  9. projek tersebut harus dilaksanakan dgn baik dan teliti, bukan sambil lewa seperti ini.

    ReplyDelete
  10. Mesti ada yang tidak kena. Mesti individu ini telah memasukkan duit kedalam poket. Siasatan seharusnya dilakukan agar individu ini tidak lagi dapat mengendalikan projek2 dimasa hadapan.

    ReplyDelete
  11. Jika individu terlibat masih tidak dikenakan tindakan saya pasti projek yang akan datang atas nama beliau juga akan berakhir seperti projek sebelumnya. Tidakkah kerajaan terfikir disebabkan individu ini imej kerajaan juga sudah tercemar disamping kerajaan terpaksa membazirkan wang lagi untuk melakukan pembaikpulihan.

    ReplyDelete
  12. semua projek2 kerajaan sepatutnya dipantau dengan lebih kerap untuk memastikan projek selesai dengan baik dan tidak menimbulkan komen yang negatif.

    ReplyDelete
  13. minta saja SPRM siasat..baru kita tahu kenapa projek tersebut dibuat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

    ReplyDelete
  14. nama saja gah tapi hasil teruk...

    ReplyDelete
  15. tindakan yang sewajarnya harus dikenakan kepada pihak kontraktor yang berkenaan..

    ReplyDelete
  16. seharusnya mana2 projek pembangunan dilakukan haruslah ada pemantauan dari pihak berkuasa agar keadaan seperti ini dapat dielakkan.

    ReplyDelete
  17. Tarikh siap projek sepatutnya masa 2009. Tapi sekarang sudahpun tahun 2011, mana pergi kontraktor tersebut?

    ReplyDelete
  18. salam. projek politik sebenarnya projek kroni BN.

    ReplyDelete
  19. blacklist saja ba tu kontraktor..

    ReplyDelete
  20. Who is to blame for the low quality job being done for this RM1billion project???

    ReplyDelete
  21. This matter should be investigated thoroughly ..

    ReplyDelete
  22. Sebaiknya selesaikan masalah ini dengan perbincangan sebelum ada pihak yang cuba menjadikan isu ini isu peribadi mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.