Saturday, June 4, 2011

Lapor polis tak tahan nafsu ganas suami

Tidak tahan didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalin hubungan kelamin, seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu membuat laporan polis. Gambar fail

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Minah, 55, berkata, dia sudah tiga kali membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu selepas suami mengetuk kepalanya dengan jag.

“Sudah empat tahun perasaan saya tertekan akibat terpaksa melayan nafsu pelik suami yang gemar menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri ketika hubungan kelamin.

“Perbuatan pelik suami itu menyebabkan saya menderita kerana dia menggunakan pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah, kepala jarum peniti dan pelbagai bahan tidak munasabah,” katanya.

Minah berkata, suaminya yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai buruh mendakwa tenaga batinnya akan meningkat jika mengenakan cincin ciptaan sendiri itu pada alat sulitnya.

“Saya pernah bertanya kenapa dia tidak boleh melakukan hubungan kelamin secara normal, tapi suami memberitahu dia tidak berasa nikmat dan tidak akan puas jika tidak menggunakan cincin buatannya itu,” katanya. -hm

9 comments:
Write comments
  1. Inilah kejadiannya jika terlalu ikutkan nafsu. Kesian si isteri.

    ReplyDelete
  2. Boleh dikategorikan sebagai keganasan rumahtangga tak kalau macam ni?

    ReplyDelete
  3. nak buat hubungan tu jgnlah ganas sangat dan buat benda yang pelik2, kesian si isteri.

    ReplyDelete
  4. harapan, rasanya perbuatan tersebut memang dikategorikan sebagai keganasan rumahtangga. si suami boleh dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  5. tindakan tersebut menyebabkan si isteri tertekan. si suami tidak sepatutnya terlalu mengikutkan nafsu.

    ReplyDelete
  6. Flying_UnderpantsJune 6, 2011 at 1:22 PM

    Penderaan.

    ReplyDelete
  7. THis is one crazy man! This is abuse!

    ReplyDelete
  8. mungkin si suami ada masalah mental ni..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.