Friday, June 3, 2011

Pasangan Dibogelkan Sebelum Isteri Diculik

Sepasang suami isteri mengalami detik cemas dan mengaibkan apabila dibogelkan tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang serta rotan yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Sungai Badak, di sini, sebelum si isteri dilarikan kumpulan penjenayah itu, kelmarin.

Mazri Sharif, 30, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, isterinya, Nornasuha Azmi, 21, dilarikan tiga lelaki terbabit dengan sebuah Toyota Estima yang menunggu di luar rumah.

Mazri yang juga peniaga kedai makanan berkata, dia cedera di tangan akibat ditetak dengan parang manakala bapanya yang berusia 71 tahun cedera akibat dicekik.

“Saya percaya kejadian ini ada kaitan dengan perkahwinan kami,” katanya yang berkahwin dengan Nornasuha, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok di sini, di Selatan Thailand, pada 23 Julai tahun lalu.

Mazri berkata, dia amat geram dan sedih apabila tiga penjenayah itu memecah masuk bilik tidurnya lalu membogelkan dia dan isterinya. -hm

8 comments:
Write comments
  1. Pihak polis perlulah menyiasat perkara ini dan harap si-isteri dapat diselamatkan.

    ReplyDelete
  2. Harap pihak polis dapat bertindak pantas untuk menyelesaikan perkara ini.

    ReplyDelete
  3. mmg mengaibkan, penjenayah tersebut perlu dikesan segera, entah apa yang telah terjadi pada isteri mangsa.

    ReplyDelete
  4. jika kejadian tersebut ada kaitan dengan perkahwinan mereka, pasti penculik tersebut mengenali mangsa. ini memudahkan pihak polis untuk mengesan penculik. harap penculik dapat dikesan dengan segera.

    ReplyDelete
  5. penculik tersebut perlu ditangkap dan dikenakan hukuman yang berat kerana kesalahan mereka.

    ReplyDelete
  6. This is scary. I hope the police manage to find the wife and the criminals. These criminals ought to be taken serious action.

    ReplyDelete
  7. harap siasatan akan dilakukan dengan lebih untuk menangkap penjenayah ini. Jangan biarkan mereka ini terlepas.

    ReplyDelete
  8. Yes, I agree with Neil. Hope justice is made for these criminals and let us pray that the wife is still alive.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.