Friday, June 3, 2011

Remaja Diperkosa 11 Kali Oleh Ayah Tiri

Ibu kandung dan bapa tiri seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang mendakwa dijadikan hamba seks bapa tirinya itu sejak Mac lalu di rumah ditahan untuk siasatan lanjut, kelmarin. Gambar fail

Lebih malang, siasatan awal polis mendapati ketika perbuatan terkutuk itu dilakukan, ibu kandung mangsa yang berusia 30-an ada di rumah, tetapi tidak melakukan sesuatu bagi menghalang perbuatan terkutuk suaminya itu.

Difahamkan, ibu mangsa yang juga seorang ustazah hanya mampu mendiamkan diri kerana takut dia ditinggalkan suaminya itu.

Pasangan suami isteri itu ditahan di sebuah rumah di Kajang, kira-kira jam 8 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan direman sehingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan. -HM

10 comments:
Write comments
  1. Sebagai seorang ibu dan juga seorang ustazah, tapi enggan membantu anak kandung daripada diperkosa oleh ayah tirinya. Memang mengecewakan.

    ReplyDelete
  2. Harap tindakan undang-undang dikenakan ke atas ayah tiri remaja tersebut, remaja itu perlulah menjalani kaunseling dan diletak bawah penjaga yang lain.

    ReplyDelete
  3. Takut ditinggalkan suami? Sepatutnya seorang ustazah lebih tahu apa ciri-ciri yang boleh dijadikan suami. Bukan yang merogol anak tiri sendiri.

    ReplyDelete
  4. peranan ibu bapa ialah mendidik dan melindungi anaknya. sanggup seorang ibu membiarkan anaknya dirogol. sungguh teruk.

    ReplyDelete
  5. mangsa pasti alami trauma dengan perbuatan terkutuk bapa tirinya. yang paling mengecewakan, ibu mangsa tidak melakukan apa2 tindakan ke atas suaminya hanya kerana takut ditinggalkan. bagi saya, lelaki seperti itu memang tidak layak untuk dipanggil suami@bapa.

    ReplyDelete
  6. sungguh mengecewakan kerana ibu mangsa sanggup membiarkan pekara ini. hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap ayah tiri yang sanggup merogol anak tirinya.

    ReplyDelete
  7. Flying_UnderpantsJune 6, 2011 at 1:25 PM

    Layak dipanggil binatang.

    ReplyDelete
  8. This is an animal doing!

    ReplyDelete
  9. Ibu sendiri tidak mempedulikan lebih mengutamakan suami seperti binatang ini.

    ReplyDelete
  10. Ibu mangsa pun patut dikenakan tindakan.. patutkah beliau lebih pentingkan suami dari anak kandungnya sendiri..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.