Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta semua pihak supaya menghentikan penggunaan istilah "bir halal" kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan terutama di kalangan umat Islam.
Beliau berkata, ini kerana perkataan "bir" tidak sesuai untuk digunakan sebagai minuman yang tidak beralkohol kerana umat Islam telah sedia maklum bahawa bir adalah minuman yang diharamkan ke atas mereka.
Mengenai isu minuman "bir halal" yang diimport dari luar negara, Jamil berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet selepas pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) melakukan kajian terhadapnya.
Beliau berkata, Jakim akan berpandukan kepada keputusan majlis fatwa kebangsaan bahawa paras alkohol yang dibenarkan dalam makanan dan minuman ialah 0.01 peratus dan sekiranya didapati melebihi, ia dianggap haram bagi umat Islam.
Jamil Khir berkata, sijil halal yang terdapat pada minuman tersebut juga bukan dikeluarkan oleh Jakim tetapi oleh negara pengeluar minuman tersebut.
"Di Malaysia kita ada protokol kita sendiri dalam menentukan status halal sesuatu produk, mungkin ia berbeza dengan negara-negara lain tetapi selepas ini kita akan tetapkan mana-mana produk yang diimport dari luar walaupun ada logo halal ia akan tetap dikaji bagi menentukan ia benar-benar halal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Ujian Penilaian Kelas Kafa di sini, Khamis.
Jamil Khir berkata, Jakim akan berbincang dengan agensi berkaitan untuk memantapkan lagi proses tindakan, penguatkuasaan dan penyeliaan.
"Kita akan bekerjasama dengan pihak kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi mengambil tindakan terhadap penjual," katanya.
Minggu lepas Jamil Khir menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak minum minuman yang didakwa oleh pengedarnya sebabagi "halal" sedangkan kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi paras yang dibenarkan oleh Islam.
Jamil Khir berkata syarikat itu mendakwa bahawa bir berkenaan mengandungi hanya 0.01 peratus alcohol tetapi kajian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu ialah 0.5 peratus.-BERNAMA
Thursday, June 2, 2011
Semua Pihak Hentikan Guna Istilah Bir Halal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tentu ramai dah umat Islam yang telah terpedaya dan meminum bir halal ini. sungguh mengecewakan. selepas ini jgnlah terpedaya dgn istilah bir halal.
ReplyDeleteMana mungkin ada bir halal. Istilah bir itu pun sudah haram.
ReplyDeleteIni taktik untuk mengaut keuntungan sahaja dengan menggunakan istilah bir halal.
ReplyDeleteBerfikir sebelum bertindak. Jangan mudah percaya dengan istilah halal. Pelik, bir pun jadi halal.
ReplyDeletesepatutnya gunalah nama lain. janganlah labelkan 'bir halal'. apa yang timbul dalam fikiran saya bila saja mendengar perkataan 'bir', ia memang sesuatu yang tidak halal untuk diminum. memang mengelirukan jika ia terus dilabelkan seperti itu.
ReplyDeletememang sebaiknya kerajaan Malaysia mengkaji semula/menentukan status halal sesuatu produk import walaupun mempunyai logo halal.
ReplyDeletepemantauan perlu sentiasa dilakukan. penggunaan istilah bir halal itu boleh menimbulkan kekeliruan.
ReplyDeleteKenapa mesti gunakan istilah halal? Keuntungan boleh didapati dengan cara jujur, jangan tipu.
ReplyDeleteI didn't know beer can be halal too.lol.
ReplyDeleteneway, its not right to label something that is not Halal. It will only create confusion among the muslims. We wouldn't want muslims to start drinking.
ReplyDeleteMacam-macam cara digunakan supaya keuntungan maksima dpt dikaut.
ReplyDeleteArak tetap arak, mana ada yang halal.
Hentikan segala perbuatan yang menimbulkan kekeliruan dengan istilah-istilah yang tidak tepat.
ReplyDeleteBir dilabel dengan halal? noway!! Ridiculous!!!
ReplyDeleteJika ia dibenarkan, tentu akan mengelirukan bukan saja muslim, mlah bukan muslim akan bersalah tangapan terhadap istilah Halal.
ReplyDeleteNanti ada pula whisky hala, jin halal, wine halal, tequila halal, tapai halal.
ReplyDeleteJamil Hir - bir halal di utamakan. Poco-poco pulak macamana??Halal juga ka??
ReplyDeletekalau ragu2 dengan sesuatu barangan itu, baik jangan ambil.
ReplyDeleteBir memang haram untuk orang Islam. Tidak ada istilah bir itu halal. Pandai fikir sendiri mana yang baik dan buruk untuk kita.
ReplyDelete