Friday, June 3, 2011

Umno Bebalkan Rakyat, Kotorkan Politik Negara

Dalam ucapan yang dianggap paling keras terhadap Umno, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan parti pemerintah itu sebagai pengotor politik negara menerusi amalan rasuah, fitnah, pembohongan dan perkauman sempit.

Penegasan beliau sekaligus menzahirkan bahawa parti Islam itu tidak “termakan” dengan pelawaan-pelawaan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini mendedahkan Umno menawarkan tiga jawatan Menteri jika PAS setuju meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersama Umno.

Namun, ucapan Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar PAS di Kuala Lumpur pagi tadi menyerlahkan pemikiran PAS mengenai pemimpin-pemimpin Umno yang membuat cadangan itu.

“Pemimpin Melayu Islam yang membebalkan majoriti rakyat beragama Islam, tidak boleh menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam, kerana (mereka) dijangkiti keruntuhan moral, rasuah dan menyalah guna kuasa sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya,” kata Hadi.

“Politik seperti ini perlu dimurnikan dan sudah tentu Umno-Barisan Nasional akan gagal untuk membersihkan politik yang dikotorkan oleh tangan mereka sendiri,” tambah beliau.

Hadi berkata kemurnian politik negara dicemari dengan tindakan jijik menerusi pelbagai angkara dan perkara kotor sehingga memalukan anak-anak yang menjadi penonton kepada perlakuan sedemikian.

Ahli parlimen Marang itu kesal kerana amanah besar yang diberikan kepada Umno untuk mengisi kemerdekaan negara sebaliknya digunakan sebagai peluang kebendaan untuk menyuburkan perbuatan rasuah dan khianat.

“Akhirnya harta negara menjadi milik peribadi pemimpin mereka (Umno), meninggalkan rakyat berhempas pulas untuk melangsungkan kehidupan di dunia ini,” tambah beliau.

Hadi berkata cita-cita untuk membina sebuah Malaysia yang sejahtera dan aman digagalkan oleh sebuah pemerintahan yang mengaut khazanah negara dan membelakangkan falsafah dan tuntutan Islam.

“Hakikatnya Umno telah menjadikan penyokong Melayu Islam buta dan pekak dengan politik wang, media dan hiburan yang melalai dan meperbodohkan mereka,” kata beliau.

Justeru Hadi berkata adalah tanggungjawab PAS untuk terus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam.

Langkah sedemikian akan membebaskan ummah “daripada khurafat politik Umno bahawa mereka sahaja boleh memerintah,” jelas beliau. -GB

10 comments:
Write comments
  1. Berjuang untuk rakyat. Bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja.

    ReplyDelete
  2. Adalah lebih senang untuk mengucapkan sesuatu daripda melaksanakannya.

    ReplyDelete
  3. Kita tunggulah PRU-13.

    ReplyDelete
  4. UMNO harus kembali pada perjuangan asalnya dan perbaiki segala kelemahan.

    ReplyDelete
  5. tak kira siapa sekalipun jgn cemarkan politik negara kita.

    ReplyDelete
  6. rakyat pasti tahu menilai mana yang baik untuk mereka.

    ReplyDelete
  7. Everyone knows about UMNO. I hope UMNO will improve for the better. The people are not stupid.

    ReplyDelete
  8. At this momemnt, i can't wait for GE13 to be held. We need transformation.

    ReplyDelete
  9. Apa yang ada dengan PAKATAN?? DAP apa yang DAP boleh berikan kepada PAS dan rakyat? Contoh di PP, penduduk melayu sengsara mana PAS di PP??

    ReplyDelete
  10. bagaimana dengan isu mengenai blogger Sheih Kickdefella yang menerima bayaran RM350,000 dari Husam? Kalau PAS begitu bersih tidak mungkin Kelantan terus mundur sedangkan pemimpin PAS sendiri kaya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.