Wednesday, June 1, 2011

Video Seks: Fitnah Punca Keruntuhan Kerajaan

Penyebaran fitnah dalam dunia politik yang berselindung di sebalik nama agama boleh menjadi punca utama keruntuhan sesebuah kerajaan.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sejarah lampau perlu dijadikan pedoman apabila banyak tamadun Islam musnah akibat salah guna agama dalam berpolitik seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Usman bin Affan.

“Khalifah Usman sendiri jatuh dari tampuk pemerintahan kerana fitnah apabila beliau dituduh tidak telus dalam pelantikan pegawai kerajaan,” katanya.

Menurutnya, penggunaan fitnah sebagai senjata politik dapat dilihat di Malaysia di mana golongan politik sejak dahulu lagi kerap menyalahgunakan agama untuk menarik sokongan orang ramai.

“Orang politik sedar agama yang menjadi tunjang kehidupan rakyat boleh digunakan untuk mempengaruhi orang ramai bagi mencapai kepentingan politik sesebuah parti itu.

“Jika kita lihat, banyak ulama kini mengeluarkan dalil berbeza mengikut isu berkaitan pemilihan politik mereka sendiri. Ini tidak betul,” katanya semasa wacana anjuran Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Asri, agama boleh menjadi madu dan penawar bagi menghentikan semua kepincangan dalam politik tetapi ia juga boleh menjadi racun dan menyebabkan kacau-bilau jika disalahgunakan.

“Manusia melakukan fitnah kerana ingin bersaing dan mahu mewujudkan pengaruh. Golongan yang mempunyai kuasa pula ingin terus kekal di atas dan menggunakan fitnah untuk menumpaskan pesaing mereka.

“Sebab itu, agama perlu berada di atas politik dan bukan parti politik yang mengarah golongan ulama supaya mengeluarkan fatwa yang sesuai dengan kehendak mereka,” katanya lagi diikuti dengan tepukan gemuruh hadirin. -SH

16 comments:
Write comments
  1. alhamdulillah sejak mula lagi saya banyak bersetuju berkenaan ulasan2 daripada Dr. Muhd Asri berkenaan dengan kepincangan agama di negara kita dan masyarakat kita pada hari ini. Allah Maha Mengatahui apa yg hambanya lakukan.

    ReplyDelete
  2. ya.kebelakangan ini pihak-pihak tertentu menggunakan fitnah sebagai senjata politik bagi mencapai kepentingan politik parti semata-mata. diharap pihak-pihak yang berkenaan segeralah insaf dengan perbuatan mereka.

    ReplyDelete
  3. keamanan negara tidak akan bertahan jika politik kotor sentiasa diamalkan oleh para pemimpin politik. negara akan menjadi kacau bilau dan akhirnya runtuhlah kerajaan

    ReplyDelete
  4. Hentikanlah mempolitikkan agama dan melakukan fitnah kerana ia hanya akan memudaratkan keadaan.

    ReplyDelete
  5. Harap jangan ada budaya sebarkan fitnah dalam negara ini.

    ReplyDelete
  6. Orang ramai pun janganlah mudah sangat percaya kepada fitnah. Gunakan akal untuk membezakan yang baik dan buruk.

    ReplyDelete
  7. ya..kepada mana-mana pihak pun, berpolitiklah dengan cara sihat dan bersih.

    ReplyDelete
  8. kita harus mengamalkan politik yang bersih, jadikn pegangan agama sebagai landasan.

    ReplyDelete
  9. Kepada individu yang terlibat sebagai pengajaran jangan sesekali memfitnah dan melakukan kesalahan kerana setiap apa yang kita lakukan akan mendapat balasan. Percaya kepada karma.

    ReplyDelete
  10. Saya pasti jika tidak ada pemfitnahan yang disebarkan nescaya tidak keadaan tidak akan seburuk ini. Namun tidak semua itu adalah pemfitnahan semata2 kerana ada sesetengah adalah kebenaran.

    ReplyDelete
  11. Mahu menang pun jangan sampai main kotor

    ReplyDelete
  12. Lebih baik jangan suka fitnah.

    ReplyDelete
  13. itu maknanya mereka terdesak mahu mendapatkan kuasa dan kekayaan dengan berselindung disebalik agama..

    ReplyDelete
  14. Politics should be clean to set a good example to the people.

    ReplyDelete
  15. Kita tidak juga boleh salahkan pihak lain. mungkin ini muslihat parti dan orang itu sendiri bagi memberikan pandangan negatif terhadap pihak yang satu lagi. Mereka tahu bahawa rakyat akan menyalahkan pihak yang menjadikan perkara ini menjadi isu politik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.