Sunday, March 11, 2012

Isu Lynas : MB Pahang Panggil Wartawan ‘Bodoh’

Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob hari ini naik angin terhadap wartawan akhbar berbahasa Cina, dengan berulang kali memanggil mereka “bodoh” kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan di beberapa akhbar berbahasa Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar yang sedang mengambil gambarnya yang sedang naik angin itu.

Beliau kemudian mencabar jurugambar tersebut supaya menyiarkan gambar esok dan mewujudkan saat yang janggal sewaktu sidang akhbar di Kuantan itu.

Tiga wartawan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Semuanya bermula apabila Adnan secara tiba-tiba membangkitkan kontroversi loji nadir bumi Lynas, yang dijadual memulakan operasi berhampiran dengan Gebeng, selepas beliau merasmikan sebuah pesta buku di Kuantan hari ini.

Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam.

Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai Lembing.

Dengan nada tinggi, Adnan berkata, beliau tidak pernah kata bahan tersebut boleh dibuang di Sungai Lembing.

Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.

Adnan turut dimarahi Kuantan MP Fuziah Salleh – salah seorang penentang kuat pembinaan kilang Lynas.

“Awak lapor saya kata begitu. Jika MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh. Semua akhbar Cina dan wartawan yang melaporkan berita itu adalah bodoh.

“Mereka boleh saman saya! Saya juga boleh saman mereka.”

Apabila seorang wartawan cuba untuk menerangkan kepadanya, Adnan menyampuk: “Tidak perlu hendak jelaskan. Saya terima SMS yang mengatakan akhbar Cina melaporkan saya mencadangkan sisa itu dibuang ke Sungai Lembing..

“Anda lapor tanpa mengesahkannya sendiri, ini adalah benar-benar bodoh.” – Malaysiakini

12 comments:
Write comments
  1. Inilah menteri besar umno yang samseng.

    ReplyDelete
  2. Menteri Besar Pahang tidak wajar mengeluarkan kenyataan seperti itu, harap beliau akan meminta maaf tentang perlakuan beliau.

    ReplyDelete
  3. Pihak media juga perlulah berhati-hati bila menyiarkan berita di akhbar, pastikan kenyataan yang betul dipaparkan.

    ReplyDelete
  4. susah juga ni. kalau tidak puas hati pasti ada kes saman menyaman.

    ReplyDelete
  5. pihak media kena sahkan laporan sebelum siarkannya pada umum.

    ReplyDelete
  6. Sebiknya buat laporan dengan fakta dan bukannya rekaan dari pihak yang tidak diketahui. Mungkin ada pihak yang cuba memburukkan beliau maka kesilapan sebegini sememangnya perlulah dielakkan. Berikan fakta yang benar.

    ReplyDelete
  7. Yang suka buat cerita tanpa fakta konkrit pun salah apa. Kerana berita atau cerita itu akan dibaca ramai. Maklumat yang salah boleh menimbulkan masalah.

    ReplyDelete
  8. mesti la dia naik angin jika kenyataannya diputar belit.. mana2 politicians atau menteri pun akan naik angin jika perkara ini berlaku kepada diri mereka..

    ReplyDelete
  9. Wartawan perlu mendapatkan maklumat yang benar dan tepat tentang sesuatu isu yang diutarakan. jika tidak huru hara jadinya nanti.

    ReplyDelete
  10. Benarkah pertuturan MB Pahang seperti itu? ataupun perkara inipun diutar belitkan juga?

    ReplyDelete
  11. TAWARAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN PRU 13


    Kerajaan Wahyu Ilahi mempelawa mana-mana rakyat yang berminat untuk mengisi jawatan seperti yang tertera di atas: antaranya,

    a. Boleh berkomunikasi dengan tuhan (menentu tempat bertanding).
    b. Bijak memutar belit firman Allah. (ingat- tuhan pun mencarut-marut)
    c. Boleh memanggil malaikat (itu sb PAS sts menang di Kelantan wp org susah mengeluh).
    d. Boleh berkawan dengan syaitan, asal dendam kesumat tercapai.
    e. Sentiasa sanggup `berzina` dangan kuffar harbi DAP dan `diliwat` pelbagai cara oleh PKR (PR dan sts enggan bermuzakarah dengan UMNO).
    f. Tak perlu bersekolah Tahun Satu pun di Malaysia. Memadai di Pakistan, India @ Lughatul Arabiah shj. Tak perlu belajar sains @ matematik.
    g. Tak perlu lulus SPM dan lulus ujian lisan BM diperingkat SPM.
    h. Pandai bangangkan pengundi Kelantan dengan ancaman pahala dan dosa!
    i. Bijak memundurkan Kelantan (cth - ajak rakyat fokus subsidi minyak..wp jambatan `meme` sentiaso dibakar).nak memajukan negeri hanya memerlukan ihsan org lain& air liur sj.
    j. Pandai memujuk & memanggil pejuang2 di Selatan Thailand yang memiliki 2 kerakyatan turun mengundi setiap kali PRU di Kelantan atas nama fisabilillah.
    k. Mempunyai pelbagai teknik & mengajak rakyat Kelantan sentiasa anti UMNO.
    l. Gedebe/ riak; putar belit; hasad; pengecewa; bodoh sombong; hati sentiasa busuk; pendendam, bangang matematik tambahan.. amat dialu2kan.
    m. Pandai tunjuk sentiasa beribadat/ rapat dengan tuhan pada rakyat Kelantan.
    n. Sentiasa menang cakap ( mace Pertandinge Dikir Barat).
    o. Pandai berceramah& berjanji .. berjanji..berjanji.. kemudian buat2 lupa aje..pandai tuding adalah satu kemestian!
    p. Sokong kewujudan Israel, LGBT, Irshad Manji, secara putar belit.
    q. Pandai beralasan dengan tuhan demi merealisasi impian @ dendam.


    Syarat2 lain:
    a. Buta, pekak, bisu, tuli pun tidak mengapa kerana ahli dan muslimah2 PAS (yang dimental block dgn syurga) tetap akan bersama anda!
    b. Sanggup tunjuk `semaye` di rumput depan rakyat Kelantan atau di luar Kelantan.
    c. Pandai memenangi redha pengundi dari redha Illahi.
    d. Pandai perasankan diri bahawa perjuangan Islam hanya berjaya dibawa oleh PAS! Hanya PAS sahaja akan masuk syurga. Negara2 lain yang tiada parti PAS - gagal dapat pahala & masuk syurga.


    Benefit :
    1. Disayangi rakyat Kelantan.
    2. Tak akan ditegur terutama oleh institusi lebih tinggi dari politik seperti Kehakiman, Raja2, mahupun golongan ulama.
    3. Dapat keahlian seumur hidup sebagai jemaah si pening lalat yang mental block.
    4. Pencen yang amat lumayan ( 1 term, dpt pencen RM3000, 5 term? 5 term sbg ADUN lagi?).
    5. Berjaya mundurkan negeri Kelantan. Tuding jari aje pada orang lain! (Tak caye? Moh kita tengok Klate lerr nih!!!? 2012 Bandingkan air/ jalan raya sahaja dgn Teganu/ Johor/ Melaka.. )
    6. Org yg jahat - keluar dari Klate! .. Yg miskin dan hina - Cari kerja dengan Kerajaan Pusat dan bawa masalah di negeri lain! ... Yg gedebe dok terus di Klate!! .. Balik undi PAS untuk tunjuk baik & masuk Syurga bersama tok guru sekeluarga/ se kroninya.
    7. BN buat, terima/ pegang jwtn – disumpah!! tapi jika anak2, menantu, sedare, kroni pegang jwtn cpt2 hukumkan ia adalah harus dan fardu kifayah!
    8. Kerajaan Pusat takut tangkap pejuang PAS, kerana setiap org yg berpolitik adalah sts betul (amat dipuja oleh penyokong2).


    * kena pegang jawatan ini sampai mati! Biarkan negeri Kelantan keseluruhannya sentiasa ketinggalan akibat membuat keputusan yang amat tepat ini. Gedebe2 & muslimah ini terlebih pandai wp hampir semuanya makan gaji dengan kerajaan pusat! Tak boleh ditegur..cepat melenting! Alahh, biarkan.. biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!!

    ReplyDelete
  12. Isu projek petrokimia di Pangerang pun dapat bantahan pelbagai pihak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.