Monday, August 6, 2012

Impak negatif cukai eksais kereta import

Protectionism’ atau ‘dasar perlindungan ekonomi’ terhadap produk/industri sesebuah negara adakalanya perlu bagi melindungi ekonomi. Namun protectionism keterlaluan hanya mengakibatkan kebekuan/kebantutan sesuatu industri, penghasilan produk berkualiti rendah serta penetapan harga tinggi.

Kesan dasar perlindungan keterlaluan kepada industri automotif negara ini bermatlamat, bukan sekadar melindungi jualan kereta nasional tetapi mewujudkan persaingan tidak adil terhadap kereta import terlihat jelas kepada kereta buatan Malaysia.

Bukan sahaja tidak berinovasi tinggi tetapi prestasi Proton Holdings Berhad yang menghasilkan kereta Proton terus pudar dari satu tahun fiskal kepada satu fiskal lain. (Menurut laporan dari Bernama, Proton Holdings Berhad telah mencatatkan kerugian pracukai yang meningkat kepada RM84.054 juta untuk suku ketiga berakhir 31 Dis, 2011 berbanding kerugian pracukai RM51.535 juta dalam tempoh yang sama 2010.)

Mudah sahaja untuk difahami. Tanpa dana yang mencukupi untuk R&D, tanpa insentif yang sesuai, tentulah sukar untuk menghasilkan sebuah kereta berinovasi tinggi yang dapat menarik minat pelanggan.

Tentang kualiti pula, sehingga hari ini Proton masih tidak dapat dieksport ke Amerika Syarikat kerana gagal menepati piawan teknikal untuk kereta import negara tersebut sedangkan pendatang baru industri automobil Asia seperti Hyundai, Kia, Daewoo sudahpun memberikan saingan sengit kepada kereta import dan juga kereta buatan tempatan di seluruh Amerika Utara.

Walaupun kawalan piawaian teknikal tinggi dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadap kereta import ini boleh dianggap sebagai satu protectionism namun ia bukanlah bagi melindungi industri automotif negara tersebut (yang dalam masa lima dekad terakhir ini terus mengalami keadaan yo-yo), dan bukan juga kerana kerajaan mereka mahu ‘mencari makan’ menerusi cukai eksais yang kadarnya tidak masuk akal, tetapi kerana mahu melindungi pengguna daripada memberi produk yang berisiko keselamatan tinggi.

Begitu juga dengan penetapan harga jualan. Tidak ada rakyat Malaysia hari ini yang mengatakan kereta Proton dijual dengan harga murah dan merupakan kereta mampu dimiliki oleh setiap golongan rakyat.

Oleh itu, lontaran idea dan matlamat Pakatan Rakyat untuk menghapus atau setidak-tidak mengurangkan cukai eksais pada kadar tidak masuk akal bagi kereta import akan sekaligus menghapuskan dasar perlindungan keterlaluan industri automotif negara dan dalam pada itu memberikan kesan positif baik dari segi prestasi Proton Holdings Berhad sebagai sebuah syarikat pengeluar kereta dan juga ke arah peningkatan pelbagai model kereta Proton di masa depan.

Begitupun, penstrukturan cukai eksais bagi kereta luar negara yang diimport ke dalam Malaysia bukanlah semata-mata bertujuan melindungi Proton. Ramai penganalisis ekonomi berpendapat ia adalah antara cara bagi kerajaan di bawah pentadbiran BN memperolehi hasil lumayan dari kutipan cukai eksais berkenaan. Dan kesan negatif dari dasar ini yang telah mengakibatkan harta kereta Proton melonjak naik dari masa ke masa memberikan gambaran seolah-olah rakyat terhutang kehidupan dengan syarikat pembuat kereta nasional itu sehingga perlu membelanjakan wang lebih dari sepatutnya bagi memberikan subsidi kepada Proton.

Mungkin berdasarkan pertimbangan serupa inilah yang menyebabkan ada pertubuhan sewaktu dengan BN menyanggah idea Pakatan Rakyat untuk menghapuskan cukai eksais ke atas kereta import ini. Ada pula yang mengatakan kerajaan atau mereka akan kerugian sehingga RM 7 bilion sekiranya idea tersebut dilaksanakan. Segelintir pula mengatakan ramai yang akan kehilangan pekerjaan (seolah-olah industri penjualan/pengimportan kereta luar negara merupakan industri teras bagi ekonomi negara).

Tidaklah dapat dipastikan dari manakah angka sebanyak RM7 bilion ini dicipta. Tetapi sekira itulah nilai ekonomi industri kereta import, maka jumlah cukai eksais yang dipungut oleh kerajaan tentulah berganda-ganda lagi.

Maka tidak hairanlah sekiranya kerajaan BN terpaksa menggunakan ‘kuku dan gigi’ bagi mempertahankan struktur duti eksais kereta import digunakan selama ini (walaupun terpaksa meninggalkan kesan yang buruk terhadap industri automotif tempatan, membebankan rakyat yang mahu membeli kereta berkenaan dan menyempit pilihan pengguna).

Seorang aktivis politik Amerika kurang ternama, cucu kepada Presiden Woodrow Wilson dan penentang lantang Perang Vietnam serta mengejutkan rakyat kulit putih Amerika Syarikat apabila menyertai perjuangan rakyat kulit hitam Amerika, Martin Luther King Jr. pernah memberi amaran ketika beliau menjadi Pesuruhjaya Tinggi Amerika Syarikat ke Filipinan. Frances B. Sayre mengingatkan: “Dasar perlindungan keterlaluan adalah ibarat tabiat penagihan dadah. Negara-negara yang berseronok dengan tabiat ini terjebak dari satu tahap keterlaluan kepada satu tahap keterlaluan; dan seleranya sentiasa bertambah. Nasionalisme ekonomi dan protectionisme mengakibatkan porak peranda keapda dunia dan negara terlibat.”

Tidakkah ini yang sedang kita saksikan berlaku di negara kita kini?

Oleh: Shirzad Lifeboat (DD)

16 comments:
Write comments
  1. Dasar BN utk paksa kereta nasional laku dpasaran sendiri,itu jer. Sebab kalu tak 'kawal' cara tu maka tak laku kereta nsaional. Bukan nak kondem tapi hakikat bagitu lah. Yg kedua faktor UMNo nak kaut untung melalui kroni betui jugak.

    ReplyDelete
  2. UMNO memang kerjanya untuk kroni. Sebagai contoh si A dapat kontrak buat sekolah katakan SMK B dan tak siap-siap dalam masa yang ditetapkan. Lepas itu kena tender lagi si A juga yang dapat atas sokongan YB UMNO pun tak siap-siap juga. Inilah akibatnya melindungi kroni.

    ReplyDelete
  3. Proton tak setanding dengan kereta import kerana pihak proton sendiri bermasalah. Sebenarnya proton tahu mereka boleh menandingi kereta import, tetapi ada tangan yang sangat berkuasa memastikan proton tidak setanding dengan kereta import. Kebanyakan komponen2 proton tidak berkualiti, tetapi apakan daya proton hanya menerima sahaja kerana si tangan yang berkuasa. Proton boleh menerima komponen dari luar dan lebih murah dan berkualiti, tetapi di tidakan oleh si tangan yang berkuasa. Sebab itu proton diangap mahal oleh rakyat malaysia sendiri kerana proton buatan tempatan. Seperti toyota dan honda jauh lebih murah jika di jual di tempat sendiri. Duti eksais pula yang tinggi terhadap kereta import sebab untuk melindungi proton dan duti eksais jua memastikan kroni-kroni bn mendapat duit yang lebih.

    ReplyDelete
  4. Keadaan 'penyakit' yg dihadapi oleh PROTON sama dgn 'penyakit' yg telah dihadapi oleh Konsortium Trans Berhad (KTB) yg kendalikan bas ekspress d Semenanjung ygasalnya milik kerajaan. sykt itu bakal gulung tikar..cuma masa yg menentukan ( just matter of time). Sykt itu ada seorg dua 'parasit' yg hanya hidup 'menyedut darah' KTB shj. Kalau di Proton, komponen alat ganti ke hapa atau apa2 barang yg dbekalkan brtaraf 'low quality', ianya sama dgn keadaan di KTB yg mana bajet utk membeli spare-part bas2 yg rosak didapti harga nya berlipat kali ganda. Kalu absorber harga RM500 satu tak hairan jika ianya didapati brhrga RM1300 ( sekadar contoh harga ). Ini pula permainan pegawai utama yg dilantik oleh YBhg Datuk Nazmi. Bila kantong KTB berkurangan,cara nak 'bail-out' ialah ditiadakan bayaran kerja OT dan bonus kpd seluruh pemandu sykt itu di seluruh negara. Tak hairan ler kalu brlaku mogok sana sini oleh pemandu mereka beberapa tahun lepas. Padah itu menambahkan luka parah kpd YBhg Datuk Nazmi dimana beliau kena strok sewaktu berada di luar negara setelah timbul berita2 ygtidak baik mengenai salah laku pegawai kanan beliau. Bagaimana pun,harus diingat KTB bukan kepunyaan beliau. Sama dgn keadaan yg berlaku pd MAS.
    Jawapan mudah ialah..semua dpt pd KRONI. Tapi asalnya sykt milik kerajaan.Nak mamposs,mamposs ler. Bukan reta aku. Itu yg hanya ada dlm kepala kroni2 itu.

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  5. hakikatnya, ramai yang memilih kereta import sebab walaupun mahal tapi berbaloi, berkualiti.

    ReplyDelete
  6. kucing dlm rumah mati kelaparan panda cina gembuk kknyngan....August 6, 2012 at 7:23 PM

    prnah memilik keta proton (proton saga dan wira) tapi stelah mengetahui harga proton lebih murah di London banding di Malaysia maka saya brsumpah xkan pakai keta proton lagi kcuali dasar diubah dg mngutamakan kbajikn pmbeli tempatan drpd negara luar...

    ReplyDelete
  7. Diharapkan Proton Holdings Berhad akan berusaha meningkatkan kualiti kereta mereka supaya rakyat Malaysia boleh menikmati kereta buatan tempatan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  8. Harga kereta Proton juga perlulah diselaraskan supaya lebih mampu dibeli oleh rakyat tempatan.

    ReplyDelete
  9. Tapi kreta inport bergaya kalau dipandu oleh orang tempatan.

    ReplyDelete
  10. Harga mahal tapi berbaloi kerana kualiti bagus!

    ReplyDelete
  11. Kereta Malaysia juga sudah semakin maju, dan baru2 ini kita sudah keluarkan Inspira, preve yang saya lihat setanding dengan kreta import.

    ReplyDelete
  12. Patut la PR punya manifesto baru mahu kurangkan harga kereta..umpan lagi ni

    ReplyDelete
  13. Kualiti tu yang penting, jangan saja mahal tapi low kualiti.

    ReplyDelete
  14. AP berfungsi utk membuncitkan perut org2/ kroni UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  15. harga kereta kini jadi isu trbaru pembangkang.

    ReplyDelete
  16. Yg aku nak gelaknya ialah,selepas proton pertama negara era Tun M mendapat nama PROTON SAGA keluar, kereta itu terus senyap sepi dtelan zaman brtahun2 lamanya. Semasa pertandingan nama2 utk Proton diumumkan pemenangnya ( seorg tentera ke? ), SAGA dipilih kerana ketahanannya dr segenap aspek. Tahu2 proton saga telah hilang dinastinya utk sekian lama sehingga timbul semula SAGA selepas lebihkurang 15 tahun ker. So, mana status SAGAnya?. Timbul juga TIARA konon2 seiring zaman. Keluar berapa ratus buah terus kena 'suspend'. Bahaya pulak katanya. Dsambung pulak oleh JUARA, mcm keranda.Terus tak laku. Paksa Persidangan OIC dan ASEAN IX cover macho. Nama2 yg dipilih memang gah, WIRA,KEMBARA,WAJA dan yg elit PERDANA serta si cilik spt KANCIL KELISA serta KENARI. Tapi qualiti kalu WAJA tu memang sah jauh panggang dr waja. Kalau Kembara tu..kembara d jln raya je la. Kalau wira tu lama2 lompat pun tak lepaih hoo. Bumping ler tu.
    Bukan hendak mengata cuma berkata-kata.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.