Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, partinya akan bertanding di sekurang-kurangnya 70 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang dan sudah pun hampir selesai mengenalpasti calon-calonnya.
Kata Mohamad Sabu lagi, sebahagian besar calon PAS untuk kerusi parlimen adalah terdiri daripada teknokrat atau golongan profesional seperti yang dilaporkan di sini.
Bercakap dalam satu temuramah, Mohamad Sabu menambah, sehingga kini sudah hampir 90 peratus isu pembahagian kerusi telah pun diselesaikan dengan anggota komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain iaitu DAP dan PKR.
Pada pilihan raya umum 2008, PAS bertanding di 66 kerusi daripada keseluruhan 222 buah kerusi Dewan Rakyat dan menang 23.
Jelas Mohamad Sabu, ramai muka baru akan diletakkan bertanding di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.
PAS berazam untuk menambah peruntukkan kerusi mereka dengan harapan akan berpeluang untuk memenangi lebih banyak kerusi dan mengepalai PR ke Putrajaya.
Buat masa ini mereka berada di kedudukan ketiga selepas PKR yang mempunyai 27 kerusi dan DAP, 28.
Menurut Mohamad Sabu lagi, hanya tinggal kerusi di Sabah dan Sarawak sahaja yang masih belum selesai dan masih dirunding.
Portal berita Malaysianinsider melaporkan yang Mohamad Sabu sendiri akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, iaitu kerusi yang suatu ketika dahulu pernah disandang oleh presiden parti Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
Dan bagi memberi laluan kepada Mohamad Sabu, penyandang kerusi itu sekarang, Dr Mohd Hayati Othman, dilaporkan akan bertanding kerusi dewan undangan negeri. -HD
Monday, August 6, 2012
PAS Akan Tanding Di 70 Kerusi Parlimen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DUN Sulabayan ( Pulau Bum Bum ) Semporna ada harapan utk PKR menang. Betul ke? Sebab aku nengok bendera PKR tiada,apa lagi bandera PAS.
ReplyDeletebila dekat PRU baru mereka menyibuk di Sabah. macam mana boleh menang??
ReplyDeleteDi Sabah sesuailah kalau PAS tanding sedikit saja kerusi. confirm kalah tu..
ReplyDeleteermm..minda masih xberubah..umNO wat per pn kasi baatuL shaja..
ReplyDeletePAS memang berazam besar nak bertanding 70 kerusi Parlimen.
ReplyDeleteBiarlah rakyat yang menentukan sama ada PAS akan menjadi pilihan mereka pada PRU-13.
ReplyDeleteBertandinglah, pasti akan berjaya jika ada sokongan dari rakyat.
ReplyDeleteRakyat kena berfikir dengan lebih baik jika ingin pembangunan bertambah maju.
ReplyDeleteJika dapat sokongan, bersyukur la, dan jika tidak ada sokongan, tidak apa la.
ReplyDeletedi sabah tiada yang sangkut tu untuk PAS.
ReplyDeleteTengok saja la apa result PRU13.
ReplyDeletebyk jg kerusi PAS ingin bertanding. dah dipersetujui parti pakatan lain ke?
ReplyDelete