Monday, August 6, 2012

KM Sabah: Janji royalti 20 peratus 'tak logik'

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus merupakan janji yang tidak logik.

Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini, Musa berkata wang dari hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.

"Itu janji yang tidak logik, sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur, kita sedar sejak sabah bersama-sama membentuk Malaysia, kerajaan pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagia infrastruktur termasuk sekolah hospital, jalan raya dan sebagainya.

"Itu belum lagi dicampur dengan kos pertahanan dan kesealamatan negeri yangmemakan belanja besar. Kita perlu mengambil kira banyak pengagihan lain yang diberikan oleh kerajana pusat melalui pelbagai kaedah, kita perlu lihat dari skop yang lebih luas," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Isu royalti minyak menjadi tawaran utama Pakatan Rakyat kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008.

Ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mengulangi janji untuk meningkatkan bayaran royalti berkenaan yang didakwa diberikan secara tidak adil kepada Sabah.

Mengulas mengenai masalah kebanjiran warga asing di negeri itu, yang turut menjadi agenda utama Pakatan Rakyat di Sabah, Musa berkata negeri berkenaan menghadapi masalah untuk menguruskan warga asing warga Filipina.

"Di Sabah yang paling ramai adalah warga Indonesia dan Filipina. Bagi warga Indonesia kita tidak ada masalah untuk menghantar pulang kerana mereka mempunai konsulat di Sabah.

"Malangnya masalah melibatkan warga Filipina agak sukar diuruskan kerana negara itu tidak mempunyai konsulat di sini.

"Jika pembangkang mengatakan kita tidak berbuat apa-apa ia adalah tidak benar sama sekali, ini kerana kita sedaya upaya telah berusaha menyelesaikan masalah ini yang sudah pasti akan mengambil masa," katanya lagi dalam wawancara tersebut.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa tindakan ke atas pendatang haram di Sabah bukanlah perkara mudah untuk diselesaikan.

Perkembangan di negeri tersebut kini menarik perhatian ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing daripada Upko dan Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno, berpaling tadah dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Susulan tindakan dua MP tersebut pada akhir bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bergegas ke Sabah Dua pada 3 Ogos dan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

-MK

79 comments:
Write comments
  1. Apa yang tidak logiknya Musa Aman,sebagi contoh negara jepun sewaktu kejatuhan LDP,saya ingat ada satu PM mereka tidak tinggi,lupa ingat sudah nama nya,PM ini mengarahkan setiap rumah di jepun di bekalkan dengan meja makan atau rakyaat Jepun makan tidak duduk di lantai,pada masa arahan itu dibuat pemimpin LDP (bekas kerajaan sudah jadi pembangkang lah) menganggap PM baru ini gila atau sakit otak,justfikasi kepada arahan itu adalah menjadi kan anak -anak rakyaat Jepun pada masa akan datang tinggi dan tegap,nah sekarang sudah 20 tahun lebih arahan itu di kemukankan ,sekarang kita tengok Negara Jepun dalam bidang sukan dan sebagainya...Bola Sepak Mereka Menghantar Brazil pulang Awal manakala lelaki mereka menghantar sepanyol pulang awal....Musa Aman,untuk pengatahuan kamu bola sepak Wanita Brazil itu Juara dunia manakala Sepanyol itu Pun juara dunia dan Euro...Jangan cakap tidak logik bah lain kali...jangan lah terikut-ikut politik UMNO Semananjung sikit-sikit kalau ia menolong rakyaat.bangkrap...kamu lah yang kasi bangkrap ini negara ini..rakyaat fikir-fikir lah.

    ReplyDelete
  2. KM Sabah kata isu PATI bukan senang utk dselesaikan.Memang susah sebab dah ramai PATI yg jadi VVIP,VIP serta pembesar negara/negeri. Pemberian ic palsu angkara umno selama ini jga asas kpd masalah ini. Bukan masalah Indonesia senang dkawal sebab ada konsulat dan Filipina takder konsulat.Perkara pokok adalah dah ramai mereka2 tu dpt jawatan utama negeri. Jika ic palsu dbongkar, akan ramai mereka yg sepatut dtangkap. Itu yg dmaksudkan susah. kalu bagi aku jd menteri, dua bulan jer paling lama aku bongkar isu yg dkatakan susah oleh KM. Ingat..PATI dSabah adalah PAKISTAN,FILIPINA & INDONESIA. Takkan tak kenal kalu pakaian mcm Taliban tapi ada ic Malaysia.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  3. Musa seperti lebih suka rakyat sabah terus dihempit kemiskinan. Pakatan beri 20% hasil minyak, tetapi musa menidakanya. Sepatutnya musa berusaha untuk mendapatkan lebih hasil minyak dari kerajaan pusat, seperti tengku razali, meminta hak royalti minyak dari kerajaan pusat walaupun tengku dalam umno. Masalah PATI sebenarnya senang ditangani dan diselasaikan. Kerajaan mempunyai penguatkuasa, dan berbagai-bagai penguatkuasa. Tetapi yang menjadi susah disebabkan umno sendiri, umno sebenarnya tidak mahu PATI diselasaikan kerana PATI ini talian nyawa mereka dalam meraih undi, dan umno sendiri yang mencipta Spesis PATI.

    ReplyDelete
  4. Acha acha nahe nahe Batul baitu sakap kau Musaaa memanggg tidak logikkk PR kasi 20% sadangkannn hasil tu asalnya dari Sabah tinggal lagi kau tidak turusss sakap patuttt hasil Sabah biarlahhh Sabah yang kontrolll 100% macam kayu balak duluuu sabulum kana tukar pigi sawit oleh kamuranggg. Jadiii tiada alasan konon itu hasil minyak disalur juga balik ke Sabah oleh Malayaaa tapi sabagai hutang Sabah.

    ReplyDelete
  5. SPERTIMANA 'TIDAK LOJIKNYA' SEBUAH NEGERI YANG MEMPUNYA HASIL BALAK YANG MEREMPAH RUAH,HASIL MINYAK YANG BANYAK,BOLEH MENJADI ANTARA NEGERI YANG MUNDUR DAN MISKIN DIMALAYSIA....TAMBAH TIDAK LOJIKNYA BILA PENDATANG ASING TANPA IZIN DIBERI PELUANG UNTUK MENETUKAN HALATUJU MAJU MUNDURNYA SABAH DENGAN PROJEK IC PALSU...PEMIMPIN UMNO BERMAIN DENGAN API SEBENARNYA...'INI KALILAHHH...TUUUUKAARRRRRRRRR.....

    ReplyDelete
  6. SPERTIMANA 'TIDAK LOJIKNYA' SEBUAH NEGERI YANG MEMPUNYA HASIL BALAK YANG MEREMPAH RUAH,HASIL MINYAK YANG BANYAK,BOLEH MENJADI ANTARA NEGERI YANG MUNDUR DAN MISKIN DIMALAYSIA....TAMBAH TIDAK LOJIKNYA BILA PENDATANG ASING TANPA IZIN DIBERI PELUANG UNTUK MENETUKAN HALATUJU MAJU MUNDURNYA SABAH DENGAN PROJEK IC PALSU...PEMIMPIN UMNO BERMAIN DENGAN API SEBENARNYA...'INI KALILAHHH...TUUUUKAARRRRRRRRR.....

    ReplyDelete
  7. Ha ha ha....! kalo PATI suda jadi pengubal dasar teruklah! yang inda bole pun dorang kasi bole....macam mana! silap siapa...!!! TUKARRRLAH!

    ReplyDelete
  8. 20% hasil royalti minyak yg dijanjikan PKR kepada Sabah adalah sangat releven dengan keadaan masa sekarang ini.Sabah perlu banyak wang untuk membangun negeri Sabah terutama untuk membasmi kemiskinan yg dideritai oleh rakyat di pendalaman Sabah. Jadi isu 20% pembahagian royalti ni amat logik sekali, entahlah kepana KM Sabah pula berpendapat begitu...tetapi 100% rakyat Sabah berpendapat logik malah jika dapat dinaikkan sehingga 30% lebih logik lagi.

    ReplyDelete
  9. Betul ba CERITA kau ni Musa Aman. Setakat 5% royalti dan peruntukan2 Kerajaan Persekutuan yang mungkin hanya 1% daripada hasil minyak yang dicuri di Sabah, mana la cukup, & memang x adil buat Sabah.

    Betulkah kerajaan salurkan semula melalui peruntukan? Kenapa baru-baru ni di keningau, Kerajaan bagi PINJAMAN dan bukannya peruntukan?

    Kalau Sabah dapat atleast 20%, tidaklah Sabah menjadi NEGERI TERMISKIN kan?

    Kau bolehlah pertahankan BN kau tu sebab tiap2 bulan banyak HABUAN yang kau dapat? Kami rakyat biasa MERANA, ada kau peduli??

    Ada you peduli ka pasal kami rasa seperti rakyat asing di BUMI SENDIRI dengan kebanjiran PATI? Kau tidak pernah turun padang pun, manalah kau tau semua itu.

    KAMI SUDAH BOSAN DENGAN BN. Kami doakan semoga BN kalah teruk pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  10. JANGAN BUTA SEJARAH! JANGAN buta mata dengan apa yang dilihat dan dipertontonkan. JANGAN LEKA dengan apa yang kalian nikmati.
    Sekarang BN memang mengharapkan PRU13 berlaku secara luar biasa dan bn sudah tidak mampu untuk mengharapkan undi b
    iasa rakyat.segala ketidapuasan akan diterjemahkn dlm PRU13.

    Masa depan sabah terletak pada tangan penduduk sabah dan masa untuk bertindak sudah tidak boleh dilengahkan lagi lebih-lebih di sabah. Dlam masa 5 tahun lagi, masa depan sabah mungkin akan diputuskan oleh penduduk bukan asal sabah, PTI tetapi dberi warganegara melalui pintu belakang utk mencapai motif-motif politik tertentu.Lindugi hak serta autonomi SABAH sebelum tlambat.Belajar daripada sejarah kita dan jangan ulangi kesilapan masa lalu!
    BANGKIT BANGSA SABAH! JANGAN ADA LAGI YANG TERTIDUR!!
    DEMI MASA DEPAN GENERASI MUDA KITA! KITA BANGKIT SEKARANG!

    JANGAN UNDI BARISAN NASIONAL! JANGAN BIARKAN UMNO-BN BERTAPAK DI NEGARA SABAH LAGI! CUKUPLAH UNTUK 48 TAHUN KITA DITIPU, DITINDAS, DIPERBODOHKAN OLEH BN!!

    ReplyDelete
  11. Musa AMAN, bila bergegar baru kau mau bersuara...selama ini kau diam sibuk buat duit dgn menebang kayu balak, sibuk projek petronas, sibuk POIC, sibuk ambil tanah adat org kampung...bila keadaan tdk selamat baru mau bersuara...jgn sombong lah musa AMAN...bnyk pemimpin kau cantas, skrg Allah swt mau balls sama kau...ibarat bola skjp diatas skjp d bawah...kami mau tukar BN Sabah Dan mau tukar musa AMAN...musa AMAN sdh tdk relevan jd ketua menteri Sabah....hanya fikir kaput duit Saja...tdk percaya Tanya rakyat Sabah...bila keadaan kucar kacir baru mau bersuara...

    ReplyDelete
  12. Aku semacam boleh bayangkan nanti kalau PR menunaikan janji 20% royalti petroleum tanpa tiris kepada neger2 pengeluar minyak. Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak akan lebih pesat dalam memacu ekonominya, pembangunan prasarananya dan banyak lagilah. Taklah lagi menagih ehsan selama-lamanya di bawah Umngok-Barisan Neraka

    ReplyDelete
  13. Bah salah siapa juga mahu undi BN apapun syukurlah dah ramai yang celik so kita ubah di PRU 13,ooooya pembagunan yang musa takaman cakao tu sebenar Persekutuan bagi hutang kepada kerajaan negeri apa dia fikir kita nie bodoh macam tahun 60 han minta sorrylah.

    ReplyDelete
  14. bagus juga kalau sampai 20% royalti minyak tapi memang mustahillah. banyak janji pakatan yang tidak relevan dan di luar kemampuan.

    ReplyDelete
  15. unduk2 atas pagar...August 6, 2012 at 7:15 PM

    spatutmua cm sahut cabaran ini dg mintak kp krajaan pusat up lagi 30% garanti rkyt Sabah sntiasa sokong walaupun 10 penggal lagi tapi lain pulak cetanya dg menidakkan 20% ini alamatnya jgnkn 10 penggal silap2 ini penggal kena panggallah...jgn pangkah tapi kita pungkanglah laa..

    ReplyDelete
  16. Inilah kenyataan UMNO yang akan menguatkan lagi semangat orang sabah untuk mengundi pembangkang. Memanglah tidak logik bagi Musa sebab mana lagi untuk Musa, mana lagi untuk kroni. Ngam laitu dia cakap. Hasil minyak sabah di agih2kan untuk malaysia. lepas tu orang malaya datang sabah cakap," eh...teruk betul sabah ni...jalan kat kampung i da tar, tapi kat sini pekan pun belum habis tar. LA LA BARU ORANG SABAH TAU......KOTO,...SAPA SURU UNDI BARISAN
    "INI KALILAH "

    ReplyDelete
  17. Kau ini MUSA AMAN,sepatutnya kalau PR minta 20% kau minta lah lebih sikit dari BN sekarang dan kalau BN tidak bagi kooh bawa lah YB-YB sabah keluar dari BN,nah di situ lah baru si Najib dan Rosmah nampak ini sabah..bodoh kah atau pintar,ini kooh pertikai pula janji PR yang paling menguntungkan rakyaat sabah,...kalau kooh tidak berani nanti kami rakyaat akan menunaikan janji PR dengan menghantarkan BN ke simpang mengayau kudat supaya ditelan oleh ikan YU....tukaaarararararar

    ReplyDelete
  18. nak tau logik ke tak, bagi pakatan rakyat perintah dulu sepenggal lepas pru-13...lepas tu nilai..

    ReplyDelete
  19. KM Sabah: Janji royalti minyak 20 peratus 'tak logik'
    bagaimana ia tidak logik apabila minta 20% royalti minyak,,, minyak berada di sabah,,,, jadi apa yang logik,,, sekadar untuk renungan

    ReplyDelete
  20. kenyataan musa aman hanya sendiwara untuk mempertahankan dirinya sendiri sahaja..hakikatnya wang berbilion ringgit bagi membangun pelbagia infrastruktur termasuk sekolah hospital, jalan raya dan sebagainya tiada..apa yang dinyatakan tidak berlaku..sebaliknya pemimpin2 UMNO sabah hidup mewah..setiap kali suntikan dari kerajaan pusat..jelas kemewahan berlipat ganda pemimpon2 ini..apa yang tinggal untuk rakyat sabah?..tiada satu pun lebuhraya yang baik disabah..tiada kebebasan rakyat sabah mencari rezki sebaliknya dimonopoli oleh pendatang..tanah2 juga diterokai oleh pendatang..dimana menteri2 ini?..sudah2 la berbohong..pemimpin2 yang celik matanya dan sedar akan kesusahan rakyat sabah sudah mula berpaling dari umno..dari mana musa aman dapat wang untuk pelaburan di forex?

    ReplyDelete
  21. Apa pula tidak logik? Yang logik 80% Sabah punya lah, sebab itu minyak dari Sabah!
    BN saja yg buli korek minyak dari perut Sabah, lapas tu bagi tuan dia 5% saja.. yg 95% di rampuk!
    Ko bilang infrastruktur Sabah sudah byk kerajaan pusat bagi? Pigi kau cek di kampung sy, masih jalan lumpur bah. Siap tanah kampung kana rampas lagi.
    BN ini banyak yg tidak logik dari logik lah ... Sabahan bukan buduh bah, kami tau yg kami ni diperbuduhkan selama ini .... INI KALI LAHHHHH... ! Tukarrr

    ReplyDelete
  22. memang tu PR tidak logik bah...si anwar dulu berapa dalam kerajaan? siap pegang jawatan tinggi lagi...kenapa dia tidak support kenaikkan royalti minyak masa dia dalam kerajaan? sekarang jadi pembangkang dia main janji politik lagi...tidak payah lah percaya cakap si anwar ni...kalau PR menang pun, bukan sabah diiktiraf sebagai 1 antara 3 rakan kongsi yang membentuk malaysia..

    ReplyDelete
  23. kalau betul anwar ikhlas, betul jujur, biar sabah yang urus sendiri hasil minyak dan gas sabah...persekutuan@ petronas jangan masuk campur..

    ReplyDelete
  24. PR hanya pandai cakap besar saja...PR di sabah juga lemah...

    ReplyDelete
  25. betul lah apa yang musa aman cakap...lihat pada skop yang lebih besar,...

    ReplyDelete
  26. pati di sabah memang masalah besar...dulu presiden PKR ada cakap mahu bagi semua ni PATI status penduduk tetap kalau PR menang...

    ReplyDelete
  27. undi pembangkang di sabah akan pecah...BN ada peluang besar untuk menang..

    ReplyDelete
  28. kalu pembangkang suda pecah dSabah, undilah BN agar lebih ramai lagi PATI. Yaahhooo!! Hidup PATI.

    ReplyDelete
  29. Sedap di telinga dengar janji Pakatan Rakyat, tapi tu lah macam terlalu sukar untuk dicapai.

    ReplyDelete
  30. Rakyat patut bijak menilai janji sebegini. Tahu sajalah janji tu memang manis tapi untuk melaksanakannya belum tentu dapat. huhu

    ReplyDelete
  31. Saya yakin Sabah akan terus membangun di bawah pimpinan Musa.

    ReplyDelete
  32. Ramai yang risau dengan isu pati dan alangkah bahagianya kalau isu pati dapat diselesaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  33. All the best kepada Musa. Harap Musa dapat lakukan yang terbaik buat Sabah.

    ReplyDelete
  34. charle jangan harap la bn menang kali...

    ReplyDelete
  35. Datuk Musa Aman ada alasan sendiri membuat kenyataan bahawa janji royalti minyak PKR ditingkatkan kepada 20% tidak logik. Sepatutnya rakyat berfikir juga sama ada janji PKR ini logik.

    ReplyDelete
  36. Keputusan Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing keluar parti tidak akan membawa apapa impak kepada BN-UMNO. Walaupun dua pemimpin ini meninggalkan parti, tapi masih ada banyak lagi pemimpin yang baik bersama BN-UMNO.

    ReplyDelete
  37. Yang logik bagi UMNO semua hasil minyak negeri Sabah di bawah ke Semananjung kemudian bagi 5% royalti, lepas itu semua jawatan tinggi kerajaan perseketuan di Sabah di bagi pada orang mereka dari semananjung dengan alasan belum ada pegawai kerajaan yang layak bagi jawatan itu di Sabah! Inilah kebanggaan pencacai UMNO! Rakyat Sabah terus diperbodohkan.

    ReplyDelete
  38. Semua ini hanya mainan politik pembangkang, untuk meraih undi dari rakyat.

    ReplyDelete
  39. kalau cakap memang senanglah tapi untuk mengimplimentasikan cadangan itu, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

    ReplyDelete
  40. Rakyat kena sedar dan percaya akan kemampuan Datuk Musa untuk mebuat keputusan. Selama ini beliau bertindak cemerlang dalam membuat keputusan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  41. Utk rakyat apa2 pun x boleh, utk diri sendiri & kroni apa pun boley! Fhm sgt2 dah. Apapun alasan akan digunakan utk tegakkan benang yg basah...

    ReplyDelete
  42. Peruntukan bajet kepada Sabah menunjukan kerajaan sentiasa mahu yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  43. Segala pembangunan dan kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk rakyat.

    ReplyDelete
  44. Hutang Sabah dah melambung kepada kerajaan pusat kau ingat free ke pembangunan tu maka wajar lah Sabah dapat 20% royalti cuma orang BN buta dan hanya barang Naik saja dia tau.

    ReplyDelete
  45. Adui... sbg Ketua Menteri Sabah, sepatutnya dia pun sokong lah berjuang utk dapat lebih byk royalti bg negeri Sabah, apa pula mau persoalkn logik atau x logik, bukan kta ambil minyak negeri lain... kita punya baitu.. nilah pemimpin skrg, berjuang bkn atas kepentingan rakyat, tapi demi utk menang politik sja.

    ReplyDelete
  46. Tuan2, puan2, abang2, kakak2 dan adik2 rakyat Sabah yang layak mengundi mengundi. Asalamualaikum.

    Wakil BN (Musa Aman) menyatakan royalti minyak 20% tidak logik (tidak dapat diberi kepada rakyat Sabah). Musa Aman juga menyatakan PTI merupakan masalah yang sukar diselasaikan (tidak dapat diurus).

    Wakil PKR Anuar Ibrahim pula menyatakan janji boleh memberikan rakyat Sabah royalti minyak sebanyak 20%. dan meletak PTI sebagai masalah rakyat Sabah yang diutamakan penyelesaiaannya.

    Dengan dasar2 di antara kedua parti ini, marilah semua rakyat Sabah memilih di antara satu dasar ini, yang kita fikirkan dapat menegakkan keadilan setiap rakyat di Negeri Sabah.
    UNDILAH yang terbaik untuk masa depan rakyat Sabah!

    ReplyDelete
  47. rakyat sentiasa menilai dan memerhati, jadi laksanakan tugas dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  48. pihak kerajaan haruss sentiasa berusaha untuk majukan Sabah dan rakyatnya.

    ReplyDelete
  49. harap Sabah akan jadi lebih membangun lagi pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  50. SiGaman SiJomo SiTangahnyah baa ini...August 8, 2012 at 5:32 AM

    Sesiapa yg xmahu 20% dan xda mmikirkan masalah PTI yg brlarutan di Sabah maka meka ini xda wawasan utk masa depan generasi akan dtng. PTI pun ada wawasan utk dpt IC, plajaran, prniagaan dan pkrjaan di Sabah...bagi Sabahan yg ada wawasan..? INI KALI LAH...! KITA TUKAR....!

    ReplyDelete
  51. Budak tadika pun tau nilai duit. Budak tadika pun tak mahu diberi duit lima sen. Inikan pula seorang Ketua Menteri rela menerima royalti minyak 5%.

    ReplyDelete
  52. apa barangggggggg....ni kali la kera d utan di susui,anak d rumah kelaparan...

    ReplyDelete
  53. kena pastikan Sabah mendapat byk manfaat dari hasil minyak.

    ReplyDelete
  54. kita jgn mudah terpengaruh dgn janji2 pembangkang.

    ReplyDelete
  55. Sudah 8 tahun UMNO/BN memerintah Sabah, PATI tak selesai, negari makin miskin, minyak itu sahaja dari dulu (5%).
    Tak boleh pakai. Tukar!!!

    ReplyDelete
  56. Waktu Kelantan tuntut royalty minyak, UMNO Kelantan senyap. Tetapi apabila Najib kata boleh bincang, tiba2 UMNO Kelantan mau jadi hero rakyat cakap 'memang Kelantan layak'. Para pemimpin inikah yg rakyat mau, kerbau dicucuk hidung! Inilah anggota2 dan para pemimpin UMNO Sabah, banyak yg tidak setia. Tunggu masa sahaja untuk lompat apabila Anwar menang lalu semua puji2 Anwar kata punggungnya harum, tahinya harum!

    ReplyDelete
  57. Boleh kah pembangkang pastikan dapat menaikkan royalti 20%?? memang tidak logik.

    ReplyDelete
  58. Mungkin boleh dapat juga 20% royalti tu..tapi bukan dalam masa yang singkat seperti yang di janji kan pembangkang.

    ReplyDelete
  59. Pembangkang hanya tau buat janji sahaja, jangan mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  60. Pihak kerajaan telah berusaha membantu menaik taraf hidup rakyat.

    ReplyDelete
  61. Cakap memang senang, cuba suruh pembangkang buat, langsung tiada perubahan.

    ReplyDelete
  62. Puan Hani, Pembangkang belum lagi memerintah negara dah kau cakap tak boleh maka kau nie palui gaban itulah otak bengang gila tak pandai berfikir.

    ReplyDelete
  63. Kenapa si Musa Aman dan si guntalou Pairin tidak sergah si Najib Razak masa umumkan RM 250 Juta untuk membina penapis air di keningau sebagai Pinjaman ..oi Musa Aman Logik kah ini,sedangkan Pendalaman ada lah pengeluar hasil getah yang terbesar di sabah dan ketiga terbesar pengeluar kelapa sawit selain tawau dan sandakan kenapa pula umumkan duit lebihan kepada pusat sebagai pinjaman...memang tahap bengang dan palui lah 2 pemimpin ini....pengumunan yang dibuat oleh si Najib ini yang tidak logik lah...faham kah kau..bodoh

    ReplyDelete
  64. Seharusnya Musa minta 5% dan rakyat Sabah harus desak dia.
    Kalu tak berani atau tak boleh buat jangan sukung.
    Sudah 18 tahun dia saja yg kaya, apa habuk pun teda.
    Apa tunggu, tukarlah!

    ReplyDelete
  65. PERINGATAN KEPADA PARA PEMIMPIN ! kamu ada kuasa belum tentu Tuhan Sayang,kalau tidak bersikap adil INGAT! apa jadi pada kerajaan Nambrut dan Firaun...malang! dengan kuasa mengalahkan TUHAN nyawa dicabut...! Kamu dibagi kekayaan belum tentu Tuhan berkati.. INGAT! apa jadi pada KARUN...dia mati dengan dgn harta2nya..! Ingatlah..! zaman sekarang ini HARTA DAN KUASA mendahului segala-galanya kalau kita tidak BERSOPAN DENGAN TUHAN..tunggulah! kuasa dan kekayaan melimpah ruah, yg kaya dikasi kaya lagi, yang berkuasa dibagi lagi kuasa seada-adanya TAPI! bukan untuk penyelamat tetapi PEMUSNAH ' kehidupan INGAT JANJI TUHAN...!

    ReplyDelete
  66. Undi BN bererti menyerahkan banyak lagi tanah adat kepada syarikat gergasi dari semananjung yang menjadi kroni BN akibatnya orang Sabah merempat di tanah sendiri. Ini yang Hani mahu dari BN.

    ReplyDelete
  67. musa; "x logik" sbb nanti tiada lagi dana negara yg UMNgOk boleh ROMPAK kan???

    ReplyDelete
  68. Kadar loyalti seharus diperbaiki lagi supaya adil untuk kerajaan dan rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  69. Kerajaan negeri harus memperjuangkan kadar yang lebih lumayan untuk rakyat di Sabah agar pendapatan ini digunakan untuk perkembangan ekonomi.

    ReplyDelete
  70. Logik atau tidak, harus juga berusaha dan mencuba.

    ReplyDelete
  71. Adakah pentadbiran UMNO membawa Sabah ke arah yang lebih berkembang.

    ReplyDelete
  72. At least the target in clear but need to be achievable also.

    ReplyDelete
  73. Jika benar dinaikkan, untuk pembangunan Sabah amat menggalakkan.

    ReplyDelete
  74. Jika benar BN membawa perkembangan yang baik untuk Sabah, seolah keadaan Sabah akan menjadi pusat ekonomi yang penting dengan hasil dan sumber yang lumayan.

    ReplyDelete
  75. Perjanjian yang sukar untuk ditunaikan harus dielakkan agar rakyat tidak kecewa.

    ReplyDelete
  76. Usaha Bn untuk membangunkan ekonomi Sabah amagt membanggakan jika dibandingkan CM sebelum ini.

    ReplyDelete
  77. Janji manis sekadar untuk menambat hati rakyat.

    ReplyDelete
  78. Royalti 5% dikasi sejak 70-an. Barang semua naik tetapi royalti masih belum naik sejak itu. Yang tidak menyokong memang otak di lutut, ibarat membelakangkan kepentingan rakyat. Kita ini Sabah yg menentukan siapa yg memerintah di KL, mengapa jasa kita tidak dibalas???

    ReplyDelete
  79. Singapura yang tidak ada apa-apa boleh maju Sabah yang kaya dengan minyak dan hasil pertanian miskin. Ke mana semua duit dari hasil pertanian dan minyak Sabah. Sebagai perumpamaan satu keluarga kedua ibubapa bekerja sebagai Pengarah dalam Jabatan kerajaan tapi anak-anaknya mengemis di tepi jalan. Apa ertinya ini ertinya ibubapa itu tak ambil peduli dengan anak-anak mereka. Sama juga dengan keadaan di Sabah. Para pemimpin tak ambil peduli dengan rakyatnya sebab itu kemiskinan di Sabah meningkat! Campakkan UMNO dan BN ke lubang tandas!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.