Monday, August 6, 2012

Royalti: Kelantan Ragui Janji Najib

Kerajaan Kelantan masih ragu-ragu dengan penubuhan jawatankuasa khas untuk mengkaji pembayaran royalti atau bayaran tunai petroleum yang dituntut mereka selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tuntutan itu ia dilihat masih samar-samar kerana ia sebenarnya akan ditentukan dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Beliau yang baru tiba dari Makkah semalam ketika memberitahu Sinar Harian turut menyifatkan, tindakan tersebut hanya langkah politik menjelang pilihan raya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan.

“Adakah Barisan Nasional (BN) menggunakannya sebagai ‘jambatan’ untuk menyeberangi pilihan raya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?

“Jelas dari inti pati kenyataan Najib berkenaan, keadaan masih samar-samar. Ketika ia seakan membawa satu sinar harapan kepada rakyat Kelantan,” katanya semalam.

Husam berkata, sekarang bulan Ogos, jika pilihan raya diadakan dalam tempoh sebelum jawatankuasa itu membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi mereka, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan.

“Ia mungkin berakhir sebagai sebuah latihan akademik semata-mata. Sehingga ia tidak dilihat tidak melayani harapan rakyat Kelantan dan pada masa yang sama, tidak pula memenuhi tuntutan itu,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri turut mempersoalkan tempoh yang diambil oleh jawatankuasa itu iaitu dalam masa enam bulan.

“Kenapa enam bulan, kenapa tidak tiga bulan, dan kenapa ia diumumkan ketika menjelang pilihan raya dan bukannya sebelum ini?” katanya.

Meskipun mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa itu atas kedudukan sekurang-kurangnya tuntutan Kelantan telah memaksa Jawatankuasa ini ditubuhkan, namun Husam berkata, Kerajaan Negeri, tidak menarik balik samannya ke atas Petronas yang dijadualkan, satu dari prosidingnya akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada Oktober ini. -SH

13 comments:
Write comments
  1. Rasanya royalti yg PM janji utk dteruskan semula dTGanu dulu pun..mcm hampeh jugak. Tak de pun. Itu dh janji depan MB sendiri waktu tu depan 'brpuloh' ribu hadirin. Tapi tak tau lah dKelantan,takut UMNO dah buang tabiat.

    ReplyDelete
  2. Janji ore munafik!!biaso le....

    ReplyDelete
  3. Pasti ada jalan penyelesaian, biarlah mereka berdua membincangkan hal itu.

    ReplyDelete
  4. Kita kena slalu berfikiran positif agar semuanya akan baik2 saja.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya PRU ni banyak berkatnya. janji2 semua mau ditepati.

    ReplyDelete
  6. Terserahlah bagaimana penilaian rakyat yang akan diterjemahkan dalam bentuk undian PRU nanti.

    ReplyDelete
  7. Kalau ada jawatankuasa yang mengkaji royalti minyak memang bagus.

    ReplyDelete
  8. Mudah2an betul2 kajian diadakan untuk rakyat

    ReplyDelete
  9. Doakan yang terbaik sajalah. Takkan mahu 24/7 prejudis?

    ReplyDelete
  10. Tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  11. biarlah ia dikaji terlebih dahulu, tak perlu nak buat kenyataan meragukan.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan Kelantan jangan ragu-ragu, penubuhan jawatankuasa khas untuk mengkaji pembayaran royalti atau bayaran tunai petroleum pasti akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  13. Diharapkan masalah royalti minyak dapat diselesaikan, hak Kelantan terhadap bayaran royalti perlulah diperlindungi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.