Wednesday, August 15, 2012

MCA Khianati Kami - Petanda Kejatuhan BN Di Johor?

Malapetaka semakin menimpa-nimpa terhadap BN. Selepas pelbagai kemelut melanda di Sabah dan Sarawak sehingga berlaku penolakan kepada BN apabila ada pemimpin mereka yang berputus asa dengan perjuangan parti yang gagal membela rakyat. Kali ini situasi yang sama melanda pula di negeri yang sedia maklum menjadi kubu kuat BN selama ini - negeri Johor.

Ketidakpuashatian rakyat Pengerang, Johor akhirnya tidak dapat terbendung lagi dan meletus pada satu seminar yang diadakan oleh UPEN Johor di SJKC Yok Poon, Sg Rengit semalam 13 Ogos 2012 untuk perkembangan Projek RAPID.

Penduduk yang tidak bersetuju dengan projek ini merasa kecewa dan marah di atas tindak tanduk Pengerusi MCA Bahagian Pengerang, Tan Yong Seng kerana tidak mempertahankan tanah tempat tinggal mereka. Penduduk setempat merasa kecewa apabila MCA telah mengkhianati masyarakat dan memihak kepada pihak lain untuk memusnahkan seluruh kampung.

Projek Hab Minyak dan Gas (HMG) Pengerang atau RAPID yang bernilai RM60 bilion ini melibatkan 10 buah kampung - dengan jumlah penduduknya lebih kurang 4,000 orang, daripada 1,268 keluarga. Dalam fasa pertama pemindahan, 570 keluarga daripada tiga buah kampung (iaitu Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik) terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada projek HMG ini yang dijangka akan mula beroperasi pada Oktober 2013. Hampir 80% daripada seluruh kawasan Pengerang akan diambil-alih oleh Kerajaan dibawah Akta Tanah Negara.

Namunnya, setakat ini pampasan nelayan tidak diselesaikan akibat dari pencemeran laut dipunca oleh pembinaan perlabuhan di pantai selatan Pengerang. Selain itu, rundingan pemgambilan tanah tidak diketahui oleh penduduk-penduduk tempatan, termasuk maklumat teliti mengenai tapak penempatan baru.

Sebelum ini seramai 578 nelayan bot kecil dari 10 kampung di perairan pantai Pengerang, Kota Tinggi, telah memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi atas kerja penambakan laut berhubung projek pembinaan Terminal Petroleum Laut Dalam di kawasan perairan berkenaan. Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui peguam Mohd Shujaa Halim daripada firma guaman Tetuan Shujaa Mazri & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Menara MSC Cyberport, di Johor Bahru.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua nelayan terbabit memohon ganti rugi RM500,000 setiap seorang kerana kehilangan pendapatan. Mereka turut memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama dan kedua daripada meneruskan kerja sehingga tuntutan diberikan atau setelah perintah ganti rugi yang wajar diberikan.

Segala permasalahan penduduk-penduduk kampung ini tidak diketahui ramai kerana sekatan saluran media utama pemerintah. Daya mereka hanya bergantung kepada kemudahan internet untuk menyebarkan maklumat-maklumat di Pengerang.


Dengarlah keluhan penduduk Pengerang dalam klip di bawah ini :

25 comments:
Write comments
  1. BN kan kerjanya MERAMPAS HAK RAKYAT. Lihat di Sabah berapa banyak tanah adat BN hadiahkan kepada taukeh-taukeh besar dari semananjung. Akibatnya penduduk kampung diusir dari tanah yang mereka duduki berpuluh tahun. INILAH PERJUANGAN UMNO DAN BN MENGISI PERUT MEREKA.

    ReplyDelete
  2. Semua parti komponen perlulah melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat supaya tidak menyusahkan parti.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya MCA perlulah berusaha untuk mendapatkan balik sokongan dan keyakinan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  4. Segala yang berlaku boleh di selesaikan dengan cara yang baik dan bukannya dengan cara keganasan.

    ReplyDelete
  5. Penjelasan dari MCA adalah penting bagi menerangkan apa sebenarnya yang berlaku

    ReplyDelete
  6. Apa pampasan yang diberi kepada penduduk kampung terlibat?

    ReplyDelete
  7. Kepentingan rakyat lebih diberikan keutamaan. Hak rakyat harus diperjuangkan kerana itulah tanggungjawab pemimpin.

    ReplyDelete
  8. Maka pastikan setiap masalah yang ada akan diselesaikan sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. Rakyat didahulukan...penindasan diutamakan.

    ReplyDelete
  10. masalah yng dhadapi harus diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  11. Sebab itulah dalam apa2 projek, suara rakyat perlu didahulukan dan diutamakan barulah tidak berlaku ketidakpuasan hati.

    ReplyDelete
  12. BENGANG BETULLAH MCA NI.... PERAMPAS HAK RAKYAT... INIKAH KERAJAAN YANG MENDAHULUKAN RAKYAT.....

    ReplyDelete
  13. Pemimpin harus menjaga hak2 rakyat.

    ReplyDelete
  14. Betulkah atau cuma salah faham saja.

    ReplyDelete
  15. Kalau kerajaan nak rampas hak rakyat spt tanah,walau dkawasan cina,apa yg MCA mampu lakukan? Dia kan dlm BN.Suara MCA tu hanya ddegar utk hentam hudud jer,tak lain dr itu. Kalau tak, kenapa MCA semakin malap dkaca mata masyarakat cina Msia. Parti Gerakan pun sama. Sama jugak dSabah, kalau UMNO nak kebas tanah rakyat serta hasil mahsulnya utk kroni2 mereka tak kira cina ke apa, tindakan apa yg pemimpin2 negeri bole lakukan? Yg penting rakyat hendaklah diBODOHkan terlebih agar mereka 'trtidur'.

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  16. BN ini tak habis-habis menyusahkan rakyat. Demi kroni tanah rakyat dirampas dan dibagi pada kroni. Inilah perjuangan BN PENINDAS RAKYAT TERSOHOR NEGARA!

    ReplyDelete
  17. untuk melaksanakan kerja2 pembangunan ekonomi, mestilah perlukan tanah.. adakah sekiranya pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara, maka semua kerja2 pembangunan ekonomi akan dilaksanakan di atas awan??

    ReplyDelete
  18. supaya semua pihak puas hati, batalkan saja la projek itu dan pindahkan projek itu ke Sabah.. sebelum ini pemimpin2 pembangkang Sabah giat mempertikaikan pelaksanaan projek oil and gas itu di Johor sedangkan negeri itu bukanlan negeri pengeluar minyak.. so, saya cadangkan pindahkan saja projek itu di sabah.. kita tengok apa pula reaksi pemimpin2 pembangkang Sabah..

    ReplyDelete
  19. Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam Umno and BN still remained as a stable party that received strong endorsement from the majority of people in Johor.

    ReplyDelete
  20. "I believe that Umno and Barisan Nasional component parties can capture more seats in the general election," he said after 'Larian Bendera' to mark Umno's 66th anniversary celebration at Dataran Sungai Rambai.

    ReplyDelete
  21. 'Larian Bendera' will cover 113 kilometres in Melaka before the flag is handed to Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan in Kuala Linggi.

    ReplyDelete
  22. Abdul Ghani said Umno remained as a pillar of strength for BN component parties and the government based on its credibility and relevance in fighting for the interest of Malays and Malaysians.

    ReplyDelete
  23. Meanwhile, Mohd Ali said Melaka BN performed well at the previous general election where Umno managed to defend its seats.

    ReplyDelete
  24. We believe that this record will continue in the coming election. BN is also committed in capturing seats held by the oppopsition.

    ReplyDelete
  25. He said this is based on increasing people support due to the opposition acts to create disharmony and only giving the people lip service

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.