PAS melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi menghadapi Pilihanraya Imum ke-13 (PRU13).
Kenyataan tersebut disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) apabila 'task force' rasmi yang terdiri daripada perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.
"Melihat kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi mengadakan PRU13.
"Tekanan itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa," jelasnya sewaktu majlis berbuka puasa di sebuah hotel semalam.
Mahfuz yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Katanya lagi, faktor kesuntukkan masa iaitu sambutan kemerdekaan, musim haji dan juga peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah juga antara sebab utama PRU13 dibawa ke tahun hadapan.
"Sudah pasti pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji kerana rakyat negara ini akan keluar untuk menunaikan haji dan begitu juga musim peperiksaan yang mana ibubapa akan lebih tumpukan kepada peperiksaan anak mereka.
"Jika Najib ingin mengadakan pada musim peperiksaan ia akan menimbulkan kemarahan kepada ibubapa, malah peglibatan guru-guru dalam menguruskan peperiksaan juga akan turut terganggu," sambungnya.
Menurutnya, kerajaan akan menggunakan sebaik mungkin belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.
"Sokongan rakyat sudah semakain menurun dan saya pasti Najib akan menggunakan sepenuhnya kelebihan senjata terakhir mereka pada belanjawan kali ini untuk menarik undi rakyat.
"Apatah lagi senario perubahan yang besar akan berlaku di Sabah, Najib dijangka bertindak luar biasa kepada rakyat di sana.
Sebelum itu, menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat turut mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.
Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.
-HD
Wednesday, August 15, 2012
PRU13: Najib tertekan, perisik lapor peralihan kuasa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
biarlah BN/UMNO melingkup pada PRU13 terutama d Sabah.
ReplyDeletesabarr.. bagi peluanglah! dia org baru bha..kita kaji jua` pemimpin yg buat kerja! bukan sekadar pandai cakap sana sini..masa mo pru datang dekat kita,kemudian dah pru sentiasa hilang.
ReplyDeleteatas pagar
lajim pun ada masalah yg sedang dimantau najib. isu kecerdasan, ijazah palsu, penyelewengan dan nda buat kerja di parlimennya! dah kecewa & ndak puas hati! alih-alih kita semua diajak pakat sokong orang macm ini?
ReplyDeletesituasi di sabah ini, pemimpinnya mudah lari bila ada masalah. rakyatnya memang dacing! tapi pemimpin yg atas yg dilantik kurang amanah ba. inila tanahairku tercinta
bila hati suda suka..garam pun dikata gula. kau orang pujila lajim ni tinggi-tinggi.. huhu
**sekeluarga pasti dgn dacing
Dacing tak guna sudahlah masuk dalam muzium saja sekarang ini sistem metrik. Sebab dacinglah pemikiran menteri-menteri Bn berada di takuk lama tak habis-habis menipu rakyat. Entah bila JALAN MAUT KIMANIS KENINGAU akan di perbaiki kata peruntukan sudah ada. Mungkin kalau ada menteri yang jatuh di gaung kimanis Keningau itu baru BN baiki jalanraya itu.
ReplyDeleteDatuk Najib Razak sudah berkata beliau akan membubarkan parlimen selepas beliau menghabiskan tempoh beliau.
ReplyDeleteDr Mahathir juga sudah menyokong Datuk Najib untuk menghabiskan tempoh 5 tahun sebagai PM sebelum mengumumkan tarikh PRU-13. Tunggulah pengumuman rasmi daripada PM kita.
ReplyDeletePembangkang perlulah sabar menunggu PRU-13, hanyak PM kita saja yang boleh menentukan bila PRU-13 diadakan.
ReplyDeleteRakyat yang akan menentukan adakah Najib masih lagi berpeluang untuk memegang jawatan sebagai PM @ tidak.
ReplyDeleteBanyak juga yang telah dilakukan oleh Najib kepada rakyat di Malaysia, namun pasti ada kekurang kerana tidak ada yang sempurna dalam dunia ini.
ReplyDeleteKalau tidak dapat memenuhi janji yang ditepati, jangan membuat janji dan jangan memberi alasan pula dunia tidak semuanya sempurna, kerana setiap rakyat mengharapkan pemimpin yang dipilih harus menyempurnakan semua yang telah di janji, jika tidak pemimpin tersebut pasti mendapat kritikan yang pedas.
Delete1Sabah jgn tertipu dgn RCI suda lah ye. Kalu betul wujud bukan parkara utama tatapi laporan yg bakal dkeluarkan nanti. Tau2 laporan kata tiada ic palsu yg dkeluar secara salah kpd PTI atau suruhnajya tiada temui apa2 penyelewengan. Hah,mamposs.
ReplyDeleteBiarlah siasatan RCI dibuat dahulu.
ReplyDeleteApa guna RCI ditubuhkan. Ini bagi memastikan bersih pada PRU13 akan datang. Bukankah itu yang PR inginkan.
ReplyDeleteSemoga Datuk Najib tahu apa yang patut dilakukan untuk memastikan kerajaan BN akan terus kekal menjadi pilihan rakyat.
ReplyDeleteaku dan family ku,pkcik2,mkcik2 n jiran2 tetap pangkah BN..ini bkn auta tp fakta sbb kalau mau banding c penzina or peliwat tegar dn najib rasanya karisma najib meninggalkan jauh c peliwat al juburi tu..peduli la kamu mau ckp apa,ini kali ka itu berkali2 ka..ada aku peduli..klu mau ckp masalah d sabah yg ada skrg ni boleh slesai kalau PR memerintah kamu kena kencing jak oleh c penipu tu..negri2 yg dorang tadbir skrg pun caca merba dn bnyk serabut..itu bukti suda bussss!!! kamu mau kena kencing mcm org2 d sana ka?
ReplyDeleteapa pun c Lajim bt kami tatap tidak undi dia
ReplyDelete"UMPAN SAJA BAITU"
DR RA'AYAT BUFUT
itula mmg umpan jak tu..aku ingt lg time PRU dun likas dlu c lajim pernah menjerit2 "kasi mampus itu keadilan dr bumi sabah" itu 10 tahun lpas tp skrg dia jilat balik apa yg dia ckp smpai menjemput c peliwat tegar tu d epot lg..inila politik yg org sabah bilang ini kalila tp kamu yg kena berkali2..itula urang sabah!!!
ReplyDeletejgn kmu ingt c penzina china doll tu mau usir PTI,mau kasi tanah sma kamu..d tmpt nya pun dia kasi kencing apa lg d sabah ni silap2 smua tanah disapunya anak beranak..mana boleh percaya c anwar ni yg percaya penyokong2 PAS jak sbb dorang mmg buduh..dlu kutuk2 anwar skrg mengagungkan c penzina..apa punya islam dorang bawa ni,bgus lg umno..rasuah2 pun pndai memerintah nda mcm d kelntan smpai skrg mnum air longkang pastu negri yg paling tinggi HIV..ituka serambi mekah..rakyat jd penghidap HIV trtinggi..masya Allah..
Khairy sendiri bukannya laku sangat di dalam UMNO kalau hendak dikaji secara terperinci dan sekarang beliau sedang menjadi seorang kembiri politik yang tersohor, mengambil kesempatan penghijrahan pemimpin-pemimpin BN di Sabah dan tindakan Tamrin Tun Ghaffar keluar daripada UMNO.
ReplyDeleteSaya tidak kisah jika pemimpin lain di dalam UMNO bercakap seperti yang dikatakan oleh Khairy itu kerana pemimpin-pemimpin lain di dalam UMNO itu merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak laku kepada rakyat yang ramai ini. Khairy ini ibarat seorang anak muda yang julung berkeris. Baru kenal selangkah dua batang pisang pun beliau hendak sanggah.
Siapa sebenarnya yang tidak laku? Saya berpendapat Khairy sendiri orang yang tidak laku. Kenapa beliau terlupa yang beliau menduduki kerusi Ketua Pemuda dengan sokongan kurang daripada 50% undi dari perwakilan sedangkan beliau telah menggunakan kedudukan beliau sebagai menantu Perdana Menteri habis-habisan dalam pertandingan itu?
Kenapa Khairy tidak mengendahkan rungutan pengundi beliau di Rembau sendiri? Kalau Khairy menilai diri beliau betul-betul, apakah yang menyebabkan beliau boleh duduk di tengah gelanggang UMNO tetapi membuka langkah silat yang tidak berjawab kerana dia adalah menantu Perdana Menteri semasa itu. Kalau dia sama seperti ahli UMNO yang lain nescaya Khairy tidak mungkin menang untuk menjadi pemeriksa kira-kira cawangan.
tak habis2 lagi pencacai umngok dgn isu liwat ler..aljuburi ler..penzina ler dan mcm2 bnda karut marut. Otak mereka2 ni barjaya diBARUAkan oleh umngok. Hidup umngok!! 1Malaysia dah tak terima kes tu alih2 ada lagi barua umno yg dok usung citer tu.
ReplyDeleteWAL FITNATU ASYADDU MINAL KHOTR..Jgn kita brsama UMNO membuat fitnah.
Mereka yg masih mengaitkan anuar dengan zina sebenarnya tdk ada idea utk menjatuhkan PR, kerana mrk sedar dan pasti pakatan semakin hari semakin kukuh. Tdk ada gunanya menghantam peribadi org jika tdk benar walaupun makamah telah membuktikan anuar tdk bersalah. Permasalahan negara sekarang lebih teruk kerana melibatkan keseluruhan warga malaysia, rasuah, yg kaya semakin kaya, miskin di tindas, PTI, kroni2, pendapatan rendah, taraf hidup naik secara mendadak, akta yg tidak relevan, jenayah meningkat, pinjaman pendidikan yg membebankan dan byk lagi. Kita akui selama bn memerintah ada pembangunan dan perubahan, tetapi perubahan masih tidak memuaskan.
ReplyDeletekalau kenyatan dikeluarkan pembangkang, pasti ia akan memihak kepada pembangkang.
ReplyDeleteTak perlu rasa tertekan dan risau kalau tanggungjawab terhadap rakyat sudah dilaksanakan. pandai2lah rakyat menilai sendiri tu.
ReplyDeleteSetuju dengan Anon August 15, 2012 2:50 PM kita sama-sama pangkat BN supaya kita semua dikenakan cukai GST selepas pilihanraya seperti yang dijanjikan oleh Najib kalau tidak laksanakan negara akan bangkrap kata Idris Jala.
ReplyDeleteanwar terbabit dlm pemberian ic palsu dlm usaha menjahanamkan pbs. alih alih kau orang usahakan dia jadi pm?
ReplyDeletedlm usaha dia jadi pm, pastinya dia akan janji emas, permata.. *bulan, star, roket!! padahal tempat2 ini mmg nda ada udara! tempat orang mampus nak bernafas! padahal mmg anwar selalu hilang walau pandai bercakap. janji hanya tinggal janji. kau orang tengokla selangor, kedah mahupun penang?? kelantan mmg mundur & selalu ditolong krj pusat. rakyat yg mambangkang pun pusat tetap bayar gaji termasuk si arafat!
bagi peluangla pada najib! dia orang baru.. mendengar.. berani
Masih ada peluang lagi, tempoh pemerintahan Najib pun sehingga tahun depan.
ReplyDeleteJangan hanya bergantung dengan ramalan, ada yang tersalah ramal nanti.
ReplyDeletemacam mana Mahfuz tahu bahawa ada perisik PRU13? dan bagaimana Mahfuz tahu hasil risikan perisik itu?? menipu saja la kerja si Mahfuz ni.. entah2 PAS yang tertekan selepas parti itu dihadiahkan "telur" ketika PRN Sarawak yang lalu..
ReplyDeletesaya tidak nampak pun Najib tertekan.. tapi saya boleh nampak dengan jelas pemimpin2 pembangkang tertekan dengan kekerapan Najib turun padang menyelesaikan masalah rakyat dan juga selepas Najib umumkan terma2 RCI.. semua media pembangkang penuh dengan isu2 ini seolah2 mereka dalam keadaan meroyan tak tentu pasal..
ReplyDeleteThe Economic Transformation Programme (ETP) has helped improve the economy and will help steer Barisan Nasional toX victory in the next general election, said an international economic group, the Economist Corporate Network (ECN).
ReplyDelete
ReplyDelete"It's our view that BN will come back to power (but) there's a reasonably strong chance that its majority will be slightly reduced," said Justin Wood, ECN's chief economist for South and Southeast Asia.
ReplyDeleteWood, in a media briefing here yesterday organised by Philip Morris Sdn Bhd, said it was also "more than likely" that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak would remain in office.
Wood said the ECN may raise its 4.7 per cent economic growth forecast for Malaysia this year given the robust performance seen in the first six months.
ReplyDelete
ReplyDeleteThis represents a slowdown from last year's growth of 5.1 per cent, but he said this was expected given the global weaknesses, particularly from the United States and Europe.
"Malaysia is showing more resilience than in the past and this stems both from a change in character of its export profile and also from a robust domestic economy," he said.
ReplyDeleteHe said Malaysian consumers were spending, which would help drive growth.
ReplyDeleteMore importantly, while there continues to be investment from the government, there is also investment coming from the private sector, including foreign investors.
ReplyDeleteHe said the election will probably be called soon after the national budget, which will be tabled on Sept 28.
ReplyDelete"I suspect it will probably be an election budget packed with goodies for the electorate," he said.
ReplyDelete