Monday, August 6, 2012

Lee Chong Wei Gagal Raih Emas

Malaysia mungkin terpaksa menunggu empat tahun lagi iaitu pada Sukan Olimpik Brazil 2016 untuk meraih emas pertama negara pada temasya itu selepas badminton dan berbasikal gagal menyumbangkan emas semalam.

Dalam acara badminton, dianggap sebagai sukan yang mungkin menyumbangkan pingat emas bagi mengakhiri kemarau pingat emas negara pada temasya itu sejak 1956, sekadar memberikan perak menerusi Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki.

Chong Wei, pemain nombor dua dunia tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir malam tadi, yang juga kekalahan keduanya kepada lawan yang sama semasa perlawanan akhir di Olimpik Beijing 2008.

Mungkin beraksi pada Olimpik terakhirnya berikutan faktor usia yang kini mencecah 30 tahun, Chong Wei berkata beliau sudah memberikan yang terbaik namun Lin Dan membuktikan beliau berada di kelasnya tersendiri.

"Ini kali kedua saya mengecewakan harapan rakyat Malaysia. Saya sudah melakukan yang terbaik tetapi Lin Dan bermain lebih baik," katanya.

Terdahulu dalam saingan tempat ketiga dan empat, beregu nombor lapan dunia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong gagal menyumbangkan pingat gangsa kepada Malaysia apabila tumpas kepada pasangan Korea Selatan, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae.

Pasangan negara itu kalah 21-23, 10-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 47 minit.
Selain badminton, acara berbasikal trek yang disasarkan menyumbangkan pingat kepada Malaysia, juga gagal mencatatkan keputusan positif apabila Mohd Azizulhasni Awang menamatkan saingan di tempat kelapan dalam acara pecut lelaki.

Mohd Azizulhasni terpaksa akur dengan kehebatan pelumba Britain, Jason Kenny apabila tumpas di peringkat suku akhir.

Pada perlumbaan penentuan tempat kelima hingga lapan, Mohd Azizulhasni menduduki tempat kelapan dan terakhir dalam kalangan empat pelumba di belakang pelumba Rusia, Denis Dmitriev; Jimmy Watkins (Amerika Syarikat) dan Robert Forstermann (Jerman).

Penantian Malaysia untuk meraih pingat emas pertama akan diteruskan hari ini apabila Yeoh Ken Nee dan Huang Qiang turun beraksi dalam acara 3m papan anjal individu lelaki.

Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia: Chong Wei

"Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei.

Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.
Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lalu.

"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.

Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.

"Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.

Mengenai perlawanan menentang Lin Dan malam tadi, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.

-BH

16 comments:
Write comments
  1. Bukan dengki dan bukan mengata cuma hendak berkata-kata...hadiah2 lumayan yg trtumpu kpd atlit,jaguh sukan negara ke hape, sebenarnya SATU PEMBAZIRAN. Dtambah pulak dgn 'tiada pencapaian' pun dlm apa2 acara sukan. MSN pula khabar saling sabotaj sama sendiri ddlm MSN sndiri. atlit pulak khabarnya ada atlit elit dan atlit biasa( senior junior). Kalangan mereka pun khabarnya ada yg dah 'naik muka'.
    Negara2 luar spt benua Afrika..gaji dah murah dsamping pruntukkn sukan yg sedikit tapi pencapaian mereka brtaraf dunia.Salah satu faktor ialah fizikal mereka yg 'sesuai' utk acara sukan dan satu faktor lagi kita tak sedar yg menyebabkan negara mereka sentiasa meningkat dr tidak dkenali kpd trsohor dpringkat dunia bukan hanya pringkat benua mereka. Faktor yg tak dsedari oleh kita itu perlu kita teliti,apa dia. Pada semangat nya kah atau pada kerisnya kah? Salah satu sebab lagi mungkin bidang sukan mereka tidak drosakkan oleh politik spt negara kita. Atau peruntukkan yg banyak menyebabkan sesama sendiri berebut2 tanpa memikirkan kepentingan sukan ddahulukan. China pula walau dasar komunis (sebelum runtuh),semangat mereka dlm sukan memang brtaraf dunia.Monggolia juga hebat. Kenapa?

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  2. Sebab malaysia tidak setanding dengan negara seperti malaysia, disebabkan ada campur tangan politik dalam sukan negara malaysia. Jila sukan dipolitikan pasti sukar untuk mencapai kejayaan. Seperti contoh rosmah memeluk lcw, seperti ada tersirat politik, bukan salah rosma memberi sokongan, tetapi biarlah dengan cara yang betul. Isteri presiden obama pun tidak memeluk atlit usa, walaupun amerika syarikat sekarang tengah kempen merebut jawatan presiden.

    ReplyDelete
  3. Tidak apa la bukan beliau tidak lakukan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Sudah tidak ada nasib untuk mendapatkan emas, kita tunggu di lain perlawanan.

    ReplyDelete
  5. LCW telah mencuba dgn dayanya yang terhabis baik. Tidak perlu untuk minta maaf. Kesalahaan terletak kpd badan2 sukan negara dan Kemetrian Sukan yang gagal merancang dan mengurus kemajuan sukan negara dgn terhabis baik. Lihatlaah Korea Selatan secara keseluruhannya berada di tempat ke 3 Olimpik. Mereka dahulunya sama macam Malaysia tapi sekarang mereka jauh mendahului kita. Bukan saja bidang sukan, malahan Korea Selatan lebih maju dari kita dalam bidang ekonomi. Hakikatnya Malaysia perlukan Transformasi menyeluruh dari atas ke bawah.

    ReplyDelete
  6. BAM kena percepatkan program mencari pelapis bg menggantikan LCW. Hanya ada masa 4 tahun shj dr sekarang utk menghasilkan pemain yg sehebat @ setanding dgn Chong Wei... Jgn paksa lagi Chong Wei semata demi kononnya utk mengekalkan status pemain no 1 dunia. Skrg ternyata LIN DAN is Undefeated Champion. Beri peluang yg lebih kpd barisan pelapis utk bemain di luar yg berstatus GP untuk memberikan mara ranking terbaik dunia. Itupun JIKA BAM boleh ditegur laaa, Jika TIDAK kita akan MENGALAMI ZAMAN KEGAWATAN SUKAN BADMINTON NEGARA. Apa2pun Tahniah Chong Wei... Anda telah lakukan yg terbaik...

    ReplyDelete
  7. Nampak sedih dan kecewa LCW dalam gambar tu. apapun, tetap dapat pingat perak juga. tahniah.

    ReplyDelete
  8. Masih ada peluang untuk tebus kekalahan..

    ReplyDelete
  9. Walaupun tidak memang pingat emas, tapi kita tetap sokong Datuk Lee Chong Wei.

    ReplyDelete
  10. Janganlah sedih, ada pingat perak pun ok juga baitu.

    ReplyDelete
  11. Lee Chong Wei dapat no 2 dunia pun sudah boleh kira bagus.

    ReplyDelete
  12. Boleh main lagi pada 2016

    ReplyDelete
  13. Terharu dengan sokongan yang diberikan kepada LCW. Walaupun tidak menang emas, tetapi beliau berjaya satukan rakyat!

    ReplyDelete
  14. Semoga ada pelapis baru dapat dilahirkan dan mampu bermain sehebat LCW.

    ReplyDelete
  15. Rosmah @ najib tu pergi buat apa kat London? Konon atas nama negara ler kot tapi kita semua kenal perangai Rosmah. Takkan pergi saja,tak shopping ker? Sokongan moral, apa yg ada Rosmah tu yg boleh menaikkan semangat jitu atlit2 negara semasa d temasya olimpik tu? Kontinjen Msia kan ada Chef De Mission-TS Ahmad Sarji tu. alaa Rosmah,sudahlah. Nak amalkan pepatah, Sambil Menyelam Minum air ke?

    -Bokeh UMNO Sri Monanti

    ReplyDelete
  16. walaupun gagal mendapat Emas, tapi Chong dah lakukan yang terbaik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.