Wednesday, August 15, 2012

Kempen penerangan Umno mulai Ogos

Bermula Ogos ini, program penerangan Umno diadakan di peringkat pusat daerah mengundi sebagai persediaan akhir menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program yang menjadi ganti kepada Program Juara Rakyat itu yang sebelum ini diadakan di setiap bahagian, akan diadakan hampir setiap hari.

"Kita ada kira-kira 7,000 pusat daerah mengundi di seluruh negara. Urus setianya adalah ketua penerangan bahagian-bahagian," katanya kepada pemberita selepas majlis Sahur Perdana di Kerpan dekat Jerlun, awal hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Mahathir yang juga anggota Parlimen Jerlun, Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hassan Shariff dan Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Othman Aziz.

Beliau yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kempen penerangan itu perlu bagi menjelaskan usaha-usaha kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di negara ini termasuk bantuan-bantuan yang diberikan.

"Ini merupakan negara berkebajikan. Tuntutan PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berkebajikan sudah tidak relevan. Negara kebajikan ini telah kita buat, sedang buat dan terus buat. Jadi dalam hal ini PAS sudah tidak diperlukan di Malaysia dan juga Kedah.

"Perjuangan PAS sudah tidak relevan. Negara berkebajikan Umno dah buat. Pembangkang hanya berjanji. Janji mereka dalam manifesto di empat negeri yang ditawan banyak tetapi yang ditunaikan hanya sebahagian kecil," katanya.

Ahmad berkata kerana itu rakyat perlu kembali menyokong Umno dan BN kerana banyak lagi kebaikan menanti rakyat Malaysia.

"Kita bukan hanya berjanji sahaja. Kita ada kaedah untuk menunaikan janji. Seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) kita ada untung RM26 bilion, maka kita gunakan 10 peratus... RM2.6 bilion untuk BR1M.

"Janji pembangkang ini umpama umpan di hujung mata kail...kalau termakan mereka sebenarnya tertipu," katanya.

- Bernama

17 comments:
Write comments
  1. Misbahul Munir/ Perakite Daily:

    Semasa pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan dahulu, PAS dan Menteri Besar sering dimomokkan sebagai "boneka" atau "kuda tunggangan" DAP, Dato’ Seri Nizar pula hanya ikut telunjuk EXCO DAP dalam membuat apa sahaja keputusan. Jadi apa pandangan Saudara?

    Abdullah:

    Saya lihat inilah yang menjadi modal utama BN bagi memberi persepsi buruk masyarakat terhadap PAS dan ini adalah tidak betul sama sekali.

    Dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara dielakkan.

    Tuduhan BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP ternyata fitnah semata-mata. Semua perkara dibincangkan secara terbuka dan Dato’ Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat menyatakan pandangan mereka.

    Saya mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato’ Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri keadaan surau tersebut.

    Pada mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu, Dato’ Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan perkauman.

    Berlaku lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju dan menasihatkan tidak diluluskan.

    Mesyuarat menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong. Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju.

    Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.

    ReplyDelete
  2. mana letaknya negara kebajikan PAS jika kerajaan negeri parti itu mengabaikan suara rakyat yang membantah tindakan kerajaan PAS kedah dari terus merobohkan madrasah di negeri itu?

    ReplyDelete
  3. Semoga program penerangan Umno berjalan lancar sebelum menghadapi pilihan raya umum yang akan datang ini.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan ada kaedah mereka untuk menunaikan janji, slogan janji ditepati itu pasti akan menjadi realiti. Semoga rakyat akan mengundi parti yang terbaik pada PRU-13.

    ReplyDelete
  5. TUN MAHATHIR kata umno adalah parti yg dh buruk dan busuk. Macam mana ada jugak org kata itu lah parti yg terbaik. Ki ki ki, otak tumpul. Mcm mana tak tumpul otak,asyik baca berita dr Utusex atau TV lepas parcaya 100%. 1Malaysia dah xnengok tv,ada lagi manusia ketinggalan zaman di Malaysia ni.

    **Bokeh UMNO Sri Monantu

    ReplyDelete
  6. Tepati janji selagi masa masih ada.

    ReplyDelete
  7. Pakatan sukar jadi kerajaan. Tiada sepakat.

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH BN membuat Sabah termiskin di Malaysia walaupun Sabah kaya dengan hasil buminya dan minyaknya. Jadi penduduk negeri miskin ini juga yang turut terpaksa membayar cukai GST kepada kerajaan BN selepas pilihanraya. Ini sudah Najib janjikan kalau tidak negara akan bangkrap kata Idris Jala.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan berkebajikan tu hanya gimik politik PAS saja.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan BN di Sabah berusaha sedaya upaya mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah.

    ReplyDelete
  11. Tapi sentiasa ditipu oleh UMNO, itulah yang terjadi. Pimpinan untuk bangsa Melayu ini bagus setakat Hussein Onn sahaja. Mulai Dr Mahathir- nasib orang Melayu menjadi lebih teruk. Memang benar kita ada pembangunan fisikal yang menakjubkan- tapi nikmat merasai pembangunan tersebut lebih untuk orang Melayu yang terpilih, dipilih oleh Mahathir. Nikmat kemajuan dan pembangunan dirasai lebih oleh kaum lain yang mempunyai kuasa ekonomi. Rakyat terbanyak terus bergantung kepada kerajaan. Bergantung makna nya mereka tidak merdeka dan tidak ada pilihan.

    Selama 22 tahun dibawah pemerintahan Mahathir, 6 tahun dibawah Pak Lah dan sekarang di bawah Najib, demikianlah nasib orang Melayu. Ya- najib pun tipu orang Melayu. Rakan baik dia semua tauke Cina tapi dia biarkan UMNO menghasut orang Melayu berkelahi dengan cina dan India.

    Asyik kena tipu. Ingatlah pengajaran berpuasa. Meninggalkan kebiasaan. Tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO.

    ReplyDelete
  12. kempen menyebarkan penipuan siang hari...

    ReplyDelete
  13. moga kempen ini berjalan lancar dan jayanya.

    ReplyDelete
  14. Kita datang dan dengar sendiri apa yang ingin disampaikan oleh UMNO kepada rakyat.

    ReplyDelete
  15. Apa yg umno mampu terangkan woii..!! Chit.

    ReplyDelete
  16. Kalau pembangkang iri, laksanakan juga kempen penerangan.tiada yang nak larang.

    ReplyDelete
  17. Ini persediaan terakhir. mungkin tidak lama lagi berlangsunglah PRU.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.