Thursday, September 13, 2012

Kebebasan simbah cat dan provokasi?

Kebebasan ialah boleh melakukan apa sahaja?” Tidak terjangka sampai begitu hodoh dan jeliknya kerja buat penyokong UMNO-BN, malah mereka bangga mengaku sebagai Melayu Islam.

Sedang anda sibuk bersiap pulang ke kampung memandangkan sudah sampai cuti hari minggu. Bas milik Parti Keadilan Rakyat disimbah cat merah buat kali kedua dan ditahan sekumpulan makhluk di Jasin Melaka.

Maka tidak hairanlah kalau bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menggelarkan BN sebagai syaitan yang dikenali.

Menteri diam, Perdana Menteri diam, polis katanya akan melakukan siastan dan siasatan dan lagi siasatan….

Insiden tidak bertamadun ini memaknakan buat kita bahawa UMNO-BN semakin gerun dengan kemaraan dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Klise bukan? Tapi itulah realiti.

Salah faham kepada kebebasan dalam demokrasi

“Sudah ada pilihan raya, boleh pilih wakil rakyat, ada bangunan parlimen, boleh buat ceramah sana-sini, ada surat khabar, ada NGO, maka itulah namanya demokrasi.”

Kalau begitulah pemahaman kita, jawapannya terlencong dari maksud sebenar. Apalagi masih jauh untuk mencapai objektif negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan.

Demokrasi dan kebebasan ibarat isi dan kuku, tanpa kebebasan, tanpa memahami dan menjiwai erti kebebasan, ia hanya mencacatkan hasrat pendemokrasian untuk menjadi sebuah negara yang demokratik.

Cukuplah. Najib tidak perlu melalak dengan pelan transformasinya berdegar-degar, cukuplah mentransformasikan dulu silibus pendidikan kita agar anak-anak kita masa akan datang lebih matang dan hadam akan maksud sebenar demokrasi. Supaya mereka tidak akan melakukan perbuatan tidak bertamadun dan kebudak-budakan.

Sekadar mahu nama…

Perkataan asing yang jauh diimport dari Greek ini (demokratia) cuma dibangga, diakui menjadi produk sendiri setanding negara-negara lain misalnya Amerika Syarikat, Britain, Australia, New Zealand dan sebagainya. Agar dapat duduk dalam persidangan PBB, biar dapat nama agar tidak dipinggir negara pelabur.

Malah, di zaman Mahathir, beliau sendiri telah merevolusikan perkataan demokrasi dengan ‘demokrasi terpimpin’ dan modus operandinya sama sahaja ditiru Pak Lah yang membuat ‘penjenamaan’ semula Islam kepada Islam Hadhari. Semuanya sama, mahupun sedap didengar biarpun dihadam tidak.

Demokrasi tidak perlu dirangsang dengan apa-apa ‘ubat’

Demokrasi tidak berdiri dengan sendiri atau perlu dirangsang dengan apa-apa pelan ‘ubat kuat’ kerajaan. Cukuplah dengan mempraktikkan prinsip dan asas utama demokrasi.

Pasti, demokrasi tidak hidup tanpa rukun. Ia terdiri dari beberapa perkara paling fundemental iaitu kedaulatan undang-undang, kesamarataan dan keadilan, ada jaminan pada hak majoriti maupun minoriti dan hak kebebasan individu samada bersuara, berpersatuan dan sebagainya.

Banyak lagi asas demokrasi yang tidak disekolahkan kepada rakyat. Apapun, beberapa perkara pokok yang dinyatakan adalah antara asas terpenting demokrasi.

“Demokrasi kepala bapak kau…”


“Demokrasi kepala bapak kau…” ini adalah buah bicara yang tersembul dari mulut seorang penceramah popular dan glamour UMNO, Umi Hafilda. Nampaknya, memang tidak ramai yang berminat untuk menjiwai dan memahami perkataan tersebut. Demokrasi bagi UMNO adalah kebebasan baling tong cat, kebebasan baling telur, kebebasan provokasi melampau dan yang sebegitu-begitu sahajalah.

Ternyata, UMNO-BN melencong jauh dari prinsip kebebasan yang harus berganding dengan tanggungjawab. Semua insiden tersebut tidak langsung memperlihatkan kebebasan melainkan cermin kebodohan yang dipandu sentimen sesat dan pengkhianatan terhadap demokrasi di Malaysia.

Kebebasan dan demokrasi sedap mulut

Ya. Biarpun keseluruhan praktis demokrasi tidak tersekat kesemuanya, kerendahan akal dan pemahaman sebahagian makhluk penyokong UMNO-BN ini terhadap demokrasi dan kebebasan tidak salah kalau kita letakkan bahawa demokrasi di Malaysia cuma buat sekadar sedap di mulut. Biar cantik di pandang kata orang.

Paling menjelakkan, Perdana Menteri Najib Razak sewenang-wenang berbangga mengumumkan bahawa Malaysia mahu menjadi negara demokrasi terbaik di dunia.

“Najib bikin joke saja” kata seorang teman dari Sabah.

Demokrasi apa kalau semakin hari kita diperlihat dengan tauladan songsang yang ditunjukkan pemimpin dan penyokong UMNO. Demokrasi apa kalau semakin hari rakyat makin tersepit dicelah pelbagai akta yang kononnya untuk kesejahteraan negara tetapi secara langsung menyekat kelangsungan hayat demokrasi dan erti kebebasan itu sendiri.

Ya. Kita boleh akui bahawa kita telah lama bebas dari penjajah, bebas untuk makan apa sahaja tanpa melihat tanda ‘halal’ pun di restoran, bebas untuk bekerja maupun mengganggur, bebas untuk terbang kemana sahaja selagi tidak di blacklist PTPTN dan sebagainya.

Walaupun kita tidak bermaksudkan mahu kebebasan tanpa batasan. Malah prinsip kebebasan itu terikat dengan sifat kebertanggungjawaban.

Soalnya, siapa yang mahu bertanggungjawab terhadap kebebasan yang dinodai gerak dan tindakan yang tidak demokratik?

Kebebasan baling cat: ini kebebasan sesat

Bas milik Parti Keadilan Rakyat yang dihumban dengan cat merah sehingga memberi kesan fizikal tidak pun menyalahi atau melanggar sebarang undang-undang.

‘Kebebasan’ membaling tong cat tersebut jelas memperlihatkan kebebasan yang telah dilacurkan seolah direstui pemimpin UMNO-BN sendiri.

Tindakan khianat tersebut terang-terang mencalari prinsip demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Salakan UMNO-BN yang berbangga Malaysia sebagai sebuah demokrasi yang terbaik di dunia sudah terang sekadar slogan yang memperlihatkan sikap munafik mereka.

Sebagai rakyat yang matang, kita mahukan tindakan serius diambil menyiasat dan menghentikan segala pelacuran ‘kebebasan’ ini yang semakin berleluasa.

UMNO-BN boleh saja menafikan bukan mereka yang lakukan, itu mungkin kumpulan-kumpulan yang tidak berpuas hati kepada Pakatan Rakyat kata mereka, mungkin. Tetapi sebagai sebuah parti yang menerajui kerajaan, sebagai parti yang berkuasa, UMNO berkelakuan tidak cerdik membiarkan pencabulan terhadap kebebasan yang dijamin perlembagaan ini.

Atau, apakah kebebasan yang terkandung dalam prinsip demokrasi ini sengaja dilacurkan agar UMNO-BN ‘bebas’ melakukan lebih banyak kerosakan kemudian merangka sebarang akta baru yang lebih dan makin tidak demokratik?

Demokrasi dan kebebasan di Malaysia telah tersasar jauh dari objektif negara bangsa yang sebenar. Sebahagian rakyat dilencongkan minda mereka menjadikan sikap dan tindak-tanduk mereka melambangkan nilai ketamadunan yang rendah. Inilah malang dan sial bawaan UMNO-BN. Apakah ini Malaysia yang digahkan sebagai negara demokrasi terbaik di dunia? Maaflah. Jauh panggang dari api!

-roketkini.com

15 comments:
Write comments
  1. Sudah ada tangkapan kah wahai abang polis. Jangan pula kejadian seumpamanya berlaku pada pihak orang UMNO baru sibuk buat tangkapan.

    ReplyDelete
  2. itu polis jadi-jadian sekejap menjadi manusia sekejap lagi serigala..hati-hatilah!

    ReplyDelete
  3. beginilah bila muncul golongan2 yang tidak bertamadun.

    ReplyDelete
  4. Tindakkan sebegini sememangnya tidak patut. Orang yang bertindak demikian seharusnya ditahan dan dikenakan tindakkan undang-undang.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Cara begini bukannya budaya yang patut kita contohi.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. belum bertanding ttp sudah kalah? PREMATURE EJACULATION???

    ReplyDelete
  7. yis, pakatan kata Umno-Bn salah faham dgn kebebasan simbah cat, tapi ada news juga Umno-bn vehicle kena simbah cat juga, so pihak mana yg salah faham degn maksud kebebasan..

    ReplyDelete
  8. sebagai rakyat Malaysia saya memang confuse dgn semua isu politik ni, bolehkah jgn main politik, tumpu perhatian keatas khimat utk rakyat!

    ReplyDelete
  9. jgnlah ada kekasaran. ini bukan budaya kita.

    ReplyDelete
  10. cuba bg bukti yang umngok punya kenderaan kena sabotaj???itu polis satu balai turun kasi jaga itu kenderaan umngok kalau mahu pegi mana2 tau...setakat kurang certa2 di kedai kupi boley laaa...

    ReplyDelete
  11. Takde sejarah..keta Umngok kena kacau. Tapi kalu petugas PAS kena tumbok dmarkas kecil PAS ada le, satu kesah dKelantan dulu masa by-election. Dan takde dlm sejarah,rakyat berani APA2KAN barang kepunyaan KERAjaan diktator dmana2 negara ponn.

    ReplyDelete
  12. suda ku bagitaw suma pencacai dlm ni sumanya urang tua2 yang uda pencen..duk kadai kupi sambil hisap sigup premier hitam...kahkahkah..komen suma mcm di kedai kupi,nda ada fakta lnsung..beliau2 suma..rajin2 baca blog2 PR skit arr...baru nampak keburukkan umngok and BN tu...jgn baca surat khabar yang jadi penjilat umngok ja..fakta lansug nda ada...kahkahkah terutama pesanan untuk saya urang sabah bah...

    ReplyDelete
  13. Bas jelajah merdeka kena simbah cat merah lg dTangkak,Johor. Tapi ada juga anjing umno kata..nasib baik cat je kalau kena bom. Itu ayat yg keluar dr puak2 "syaitan yg dikenali". Maknanya memang tak pelik kalau tindakan tu dlakukan oleh anasir subversif mereka yg ekstrim dlm umno.

    ReplyDelete
  14. “Lihat apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan Syria kini, antara beberapa petanda awal kejatuhan bermula tindakan ganas penyokong parti pemerintah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu tulisan di Facebook.

    Tuan Ibrahim berkata tindakan ganas para penyokong BN ke atas pimpinan PR adalah jalan mencari kebencian rakyat kepada BN.

    “Tindakan ini adalah beberapa tanda kejatuhan sesebuah kerajaan,” tambah beliau.

    Hari ini, dilaporkan pejabat DAP di Pulau Pinang diserang buat kali ketiga dalam masa 13 bulan dengan pintu depannya disimbah cat merah.

    Bas jelajah PKR hari ini disimbah cat merah juga untuk kali ketiga di Tangkak, Johor.

    Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahamg berkata PAS mengecam tindakan ganas dan tidak bermoral sedemikian.

    “Di waktu yang sama, PAS melihat ini antara tanda kejatuhan sesebuah kerajaan,” tegas beliau lagi.

    ReplyDelete
  15. kalau sudah masuk dua kali kena simbah cat.. itu bukan angkara orang lain tu.. itu memang modus operandi pakatan sendiri..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.