Thursday, June 2, 2011

Badan Dunia Dakwa Telefon Bimbit Penyebab Kanser

Pengguna-pengguna telefon bimbit berisiko menghidap kanser otak dan mereka dinasihatkan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan alat pendengaran telefon, kata beberapa pakar barah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut WHO, penggunaan SMS dan alat pendengaran telefon itu akan mengurangkan si pengguna terdedah pada gelombang telefon bimbit.

Medan frekuensi elektromagnetik radio yang dibebaskan telefon bimbit berisiko menyebabkan kanser pada manusia,” kata kenyataan Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) selepas persidangan lapan hari diadakan di Lyon Perancis kelmarin.

Pakar-pakar membuat rumusan itu berdasarkan penelitian ke atas kajian melibatkan manusia dan kajian epidemiologi yang menunjukkan peningkatan berlakunya glioma iaitu sejenis kanser otak,” kata Presiden IARC, Jonathan Samet.

Dua kajian utama menunjukkan mereka yang paling kerap menggunakan telefon bimbit lebih berisiko dijangkiti kanser otak, katanya dalam satu sidang akhbar melalui telefon.

Beberapa individu berisiko tinggi yang dipantau dalam kajian-kajian tersebut telah menggunakan telefon bimbit mereka pada kadar purata 30 minit sehari selama 10 tahun.

“Kami tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku sekiranya orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk tempoh masa yang lebih lama dan sepanjang hayat mereka,” kata Samet.

Terdapat sekitar lima bilion telefon bimbit berdaftar di dunia dan jumlah itu serta masa penggunaannya semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jelas IARC, bukti saintifik menunjukkan telefon bimbit berpotensi menyebabkan kanser tetapi ia masih perlu dibuktikan. – AFP

8 comments:
Write comments
  1. Maklumat seperti ini perlu disebarkan lagi agar lebih ramai orang tahu mengenainya dan mengambil langkah berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  2. Ini sememangnya sudah dibuktikan. Kurangkan penggunaan telefon bimbit jika boleh.

    ReplyDelete
  3. sebenarnya lebih baik tidak guna telefon bimbit tetapi oleh sebab ia satu keperluan maka terpaksalah menggunakannya. apapun, gunakan telefon bimbit dengan betul. sebaiknya jangan terlalu kerap menelefon jika tak penting. saya pasti terdapat juga mereka yang sering meletakkan telefon bimbit dekat dengan kepala mereka ketika tidur. jadi, jangan amalkannya kerana gelombang telefon berbahaya kepada otak kita.

    ReplyDelete
  4. jgnlah terlalu kerap menggunakan telefon bimbit.

    ReplyDelete
  5. sebaiknya jika setiap pengguna dapat mengurangkan penggunaan telefon bimbit.

    ReplyDelete
  6. I believe its true that hp can cause brain cancer. Everyone should use less Hp.

    ReplyDelete
  7. kita boleh kurangkan risikonya seperti yang disarankan oleh WHO..

    ReplyDelete
  8. Itu sudah pasti. Memang kita telah dinasihati supaya tidak terlalu bertelefon kerana akan menyebabkan kanser pada otak atas punca dari gelombang tersebut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.