Thursday, June 2, 2011

Anak Nik Aziz, Hadi menang Pemilihan Pemuda

Dua anak pemimpin tertinggi PAS diumumkan menang dalam pemilihan Dewan Pemuda yang berlangsung hari ini.

Nik Abduh, anak Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat menang bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda dalam pertandingan empat penjuru.

muktamar pas youth 020611 nik abduhManakala, Muhammad Khalil, anak Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang bertanding jawatan anggota jawatankuasa.

Nik Abduh (kanan) mendapat 26O daripada 655 undi menumpaskan penyandang jawatan itu Azman Shapawi yang hanya mendapat 94 undi dalam pertembungan empat penjuru.

Nik Abduh sebelum ini hanya anggota jawatankuasa manakala Muhammad Khalil pula pertama kami dipilih menyertai jawatankuasa pimpinan ketuanya Nasrudin Hassan yang menang tanpa bertanding.

Nik Abduh yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu ketika dihubungi pemberita bagaimanapun mengakui kemenangannya mungkin disebabkan pengaruh bapanya.

"Saya harap boleh menjadi penggangti yang baik kepada Azman dan kemudiannya jadi pembantu yang baik kepada Nasrudin," katanya.

Gandingan baru untuk Muslimat

Kemenangan mereka berdua dijangka menguatkan lagi cengkaman kumpulan ulama dalam dewan itu.

NONEWalaupun Nik Aziz dianggap sosok terpenting bagi kumpulan berbeza pendekatan Erdogan, pendekatan Nik Abduh dilihat lebih mirip kepada kumpulan ulama.

Sementara pemilihan bagi Dewan Muslimat pula melihat perkembangan yang berbeza sama sekali apabila tumbangnya gandingan Nuridah Salleh dan Wan Hasrina Wan Hassan.

Dengan asakan hebat 'kumpulan YB dan profesional', teraju kepimpinan dewan itu bukan lagi di tangan seorang ustazah.

Dewan itu kini akan dipimpin Siti Zailah Mohd Yusof (parlimen Rantau Panjang) manakala Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) akan bertindak sebagai timbalan yang baru. -MK

16 comments:
Write comments
  1. Tahniah kepada Nik Abdul kerana berjaya menyandang jawatan timbalan ketua Pemuda. Selamat berjuang.

    ReplyDelete
  2. semoga Nik Abduh dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada mereka, semoga dpt jalankan tanggungjawab dgn baik.

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada mereka, semoga dpt jalankan tanggungjawab dgn baik.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada Nik Abduh dan Muhd. Khalil.

    ReplyDelete
  6. Jalankan tanggungjawab dengan berhemah. Tahniah.

    ReplyDelete
  7. tahniah kepada yang menang. Jalankanlah dengan baik nanti.

    ReplyDelete
  8. Bukan idenditi tapi personaliti calon tersebut.

    ReplyDelete
  9. Legasi diwaris oleh generasi muda anak tokoh PAS? Mampukah mereka sekurang-kurangnya mempertahankan kejayaan bapa mereka?

    ReplyDelete
  10. Adakah ini tren politik Malaysia? Bukan saja BN dikuasai anak bekas pemimpin negara, malah parti pembangkang turut dilanda tren yang sama.

    ReplyDelete
  11. PKR ada anak perempuan Anwar, MCA ada anak Chua Soi Lek, DAP ada anak Lim Kit Siang dan Karpal Singh, MIC ada anak Samy Vellu. UMNO ada anak Tun Razak, Tun Hussin Onn dan Mahathir.

    ReplyDelete
  12. Yang penting mereka berkemampuan dan disokong dalam parti.
    Samada mereka akan mencapai kejayaan ke tahap yang lebih tinggi itu terpulang pada sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  13. Inilah golongan pemimpin generasi baru yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara.

    ReplyDelete
  14. Hopefully he is chosen because he is competent and not because he is the son of Nik Aziz.

    ReplyDelete
  15. menang sebab pengaruh dan populariti bapa..

    ReplyDelete
  16. Semoga pemilihan ini berjalan dengan baik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.