KENAIKAN tarif elektrik yang berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia bermula pada 1 Jun 2011, merupakan satu pengumuman yang langsung tidak memberi kebaikan dan kesenangan kepada penduduk di Sabah amnya dan di Sandakan khususnya.
Penduduk di Sabah sedang menanti penuh debaran dengan pengumuman yang akan dibuat oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam masa terdekat berhubung dengan kenaikan tersebut.
Persoalan utama yang perlu diajukan kepada pihak kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional adalah, adakah wajar kenaikan tarif berkenaan sedangkan pengumuman tersebut menyatakan bahawa 75% pengguna domestik tidak mendapat tempiasnya. Kerajaan pandai bermain kata dan memutar cara pengumuman sedangkan kesemua pengguna komersial dan industri telah terkena tempias untuk menaikkan tarif elektrik.
Di Sabah terutamanya di Sandakan, kita berhadapan dengan tiga permasalahan utama iaitu masalah bekalan air, masalah gangguan bekalan elektrik dan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya yang rosak dan teruk.
Melalui permasalahan tersebut, gangguan elektrik yang sentiasa menghantui penduduk di Sandakan ini begitu teruk dan boleh dikatakan hampir kawasan terlibat dan bezanya cuma menunggu masa gangguan bekalan elektrik ini berlaku.
Kita tidak perlu menunggu gangguan ini berlanjutan selama 3 jam, sekiranya gangguan berlaku setakat 30 minit sahaja, ia akan memberi ketidakselesaan dan gangguan kepada pemilik rumah terutamanya apabila mereka hendak menyediakan makan malam mahupun membuat persiapan untuk anak-anak ke sekolah.
Sudahlah terdapat gangguan yang kerap berlaku, namun perlu dinaikkan lagi tarif elektrik di Sabah? Bukan itu sahaja, umum mengetahui sebaik saja ada kenaikan untuk harga minyak dan gula, kita tidak dapat lari daripada kenaikan harga barangan. Inikan pula dengan kenaikan tarif elektrik yang melibatkan komersial dan industri, barangan serta produk keluaran mereka sudah pasti akan dinaikkan harga dan yang menjadi mangsa untuk kenaikan tarif ini adalah kepada pengguna itu sendiri.
Kerajaan sering menyatakan pengurangan subsidi secara berpeingkat-peringkat namun kenyataan tersebut tiada bezanya memandangkan pengurangan dan penghapusan subsidi ini akan menyebabkan para pengguna yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, perlu menanggung peningkatan kos produk dan perkhidmatan.
Kadar inflasi juga turut meningkat. Kadar faedah pinjaman rumah dan kereta juga meningkat. Kos sara hidup pengguna akan meningkat. Paling penting, beban hidup penduduk miskin, miskin tegar dan golongan muda serta mereka yang berpendapatan sederhana akan menjadi mangsa daripada ketidak munasabahan kenaikan tarif elektrik berkenaan.
Sungguhpun kenaikan tersebut tidak melibatkan penduduk domestik secara menyeluruh serta diskaun 10% ke atas bil eketrik bulanan yang sedang dinikmati sekolah dan institusi pengajian tinggi kerajaan, rumah ibadat dan badan kebajikan berdaftar degan kerajaan masih dikekalkan; namun ia langsung tidak mendahulukan rakyat terutamanya penduduk di Sandakan ini.
Kerajaan memberikan alasan bahawa kenaikan harga gas asli kepada sektor tenaga telah meningkat daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU, namun menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk menjaga rakyat dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan bukannya menyuruh penduduk Malaysia yang perlu berbelanja dan menggunakan elektrik secara berhemah!
Oleh: CHANG SHAK HUNG (sabahkini)
Thursday, June 2, 2011
Elektrik Dicatu, Tarif Baru Bercelaru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Inilah nasib rakyat Sabah.
ReplyDeletekerajaan harus kurangkan beban rakyat.
ReplyDeletememang teruk juga kalau jalan pun rosak, gangguan bekalan elektrik dan masalah bekalan air kerap kali dialami penduduk sekaligus. ditambahkan pula bila tariff elektrik, minyak dan barang keperluan lain naik. makin bertambahlah beban rakyat.
ReplyDeletekepentingan rakyat perlulah sentiasa diutamakan.
ReplyDeleteSabahan harus bersuara. Kenaikan tariff ini akan membebankan rakyat.
ReplyDeleteKemudahan tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Inikan pula kenaikan tariff baru? Kaji dahulu sebelum memberi kata putus.
ReplyDeleteAdalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk menjaga rakyat dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah.
ReplyDeleteDengarkanlah rintihan penduduk Sandakan ini.
ReplyDelete"Di Sabah terutamanya di Sandakan, kita berhadapan dengan tiga permasalahan utama iaitu masalah bekalan air, masalah gangguan bekalan elektrik dan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya yang rosak dan teruk."
ReplyDeleteSila ambil pendekatan yang terbaik untuk selesaikan masalah ini.
Belum lagi sampai Sabah. Tak taulah boleh kekeal berapa lama.
ReplyDeleteKenaikan tarif elektrik tentu semestinya mengakibatkan satu gelombang kenaikan harga barang dan kenaikan caj perkhidmatan seperti tambang dalam pasaran.
ReplyDeleteBanyaklah alasan bagi peniaga-peniaga naik harga barang mereka, lubang lagi kocek seluar sia.
ReplyDeleteApa boleh rakyat jelata buat atau bertindak? Kurangkan makanan? Kurangkan perbelanjaan? Pindah balik kampung?
ReplyDeleteKalau kadar kenaikan gaji lebih tinggi dan naik setiap setengah tahun, kan baik.
ReplyDeleteBerita ini memang buat hati rakyat gelisah. Beban semakin hari semakin berat. Kerajaan kena buat sesuatu dan jangan beralasan ia tidak dapat dielakan, jika tidak mampu mengubah keadaan, biarlah orang lain yang mampu buat.
ReplyDeletekerajaan minta rakyat guna lilin
ReplyDeletekerajaan tidak mahu rugi bah
ReplyDeleteOk la tu tariff naik, kan KAMU juga yang undi KERAjaan. Padan muka!!
ReplyDeleteNot a good time to increase the electricity tariff.
ReplyDeleteI hope the government has come up with a way to lighten the people's burden when they decided to increase it.
ReplyDeletePeople will need to start saving money and use less electricity.
ReplyDeleteSaya panjatkan syukur kerana BN/UMNO menaikan tarif elektrik dan harap selepas menang PRU 13 kerajaan BN/UMNO naikan minyak Ron95 dan kenakan tax GST untuk rayat.Kenaikan barang ini adalah harapan/kemahuan rayat Sabah sebenarnya kearana tangan ini lah yang mengundi BN(Barang Naik)/Umno untuk memerintah jadi Rayat Sabah patut berterima kasih dgn kenaikan ini dan kalau mau lagi barang naik maka undi ditanagn anda di PRU 13.Kenaiakn ini sunggu menguntungkan rayat Sabah kita pengundi BN happy go lucky.
ReplyDeletemacam la kalau pembangkang ambil alih kerajaan harga barang keperluan, elektrik, petrol, diesel dan sebagainya tidak akan naik selama-lamanya.. ada siapa2 boleh bagi jaminan pembangkang akan kekalkan harga sampai kiamat???
ReplyDeleteRasanya Sandakan perlulah berterima kasih sekurangnya ada diberikan oleh kerajaan bagaimana pula tempat yang tidak pernah langsung.
ReplyDeleteberterima kasih kepada rakyat yang mengundi BN dan hasilnya lu pikir la sendiri.
ReplyDeleteapa pendapat rakyat?
ReplyDelete