KETIKA rakyat Sabah berperang psikologi dengan Perdana Menteri Malaysia yang memaksa mereka untuk menerima Loji Arang Batu di Sinakut, Tungku; Kerajaan Persekutuan menyatakan tidak bercadang untuk memasarkan elektrik yang dijanakan oleh Elektrik Hidro Bakun ke Sabah kerana kos tinggi; sebaliknya untuk pasaran Semenanjung Malaysia dan Kalimantan, Indonesia.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon, berkata kos yang tinggi itu disebabkan permintaan bekalan elektrik yang rendah di Sabah iaitu dalam lingkungan 300 megawatt sahaja.
Bagaimanapun, kelmarin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh berkata Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak memerlukan sumber tenaga dari Projek Hidro Bakun buat masa ini kerana dua loji arang batu berkapasiti 2,000 megaWatt (mW) sudah memadai.
Pendedahan Che Khalib bahawa sehingga 2016, dua loji arang batu dengan kapasiti itu mencukupi untuk memenuhi semua keperluan amat mengejutkan rakyat Sabah, terutama Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu.
Memandangkan Stesen Hidro Elektrik Bakun dijangka memulakan penjanaan dari turbin pertamanya mulai Ogos 2011 diikuti turbin seterusnya bagi setiap tiga bulan sehinggalah turbin yang kelapan pada 2013; maka Patrick bertanya, siapa yang akan mendapat manfaat daripada penjanaan elektrik daripada Bakun jika Projek Kabel Bawah Laut dibatalkan.
“Sebelum ini kita dimaklumkan bahawa 1,600 megawatt elektrik dari Bakun akan dieksport ke Semenanjung Malaysia, tetapi setelah TNB kata tidak perlu, ke mana mahu disalurkan bekalan berkenaan?,” soal Patrick yang kebingungan dengan penjelasan TNB dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Menurut Patrick, pada 2008, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC) sedang berunding mengenai pinjaman bagi membiayai kabel dasar laut untuk menyalurkan kuasa dari projek hidro Bakun ke Semenanjung Malaysia.
“Bukankah empangan Bakun yang berharga RM3.2 bilion itu merupakan projek kuasa hidro terbesar negara dengan kapasiti 2,400 megawat itu dijangka siap menjelang Jun 2010. Apa sudah jadi dengan kontrak yang bernilai RM10.9 bilion yang dimaterai untuk membeli dan merentang lebih 676 kilometer kabel dasar laut di Laut China Selatan?,” tanya Patrick lagi yang mendesak agar Ahli Parlimen daripada Sabah membangkitkan isu penting ini pada persidangan Parlimen, 13 Jun hingga 28 Jun akan datang.
Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)
Thursday, June 2, 2011
Elektrik Hidro Bakun Untuk Siapa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betulkah Sarawak memerlukan bekalan elektrik sebanyak itu?
ReplyDeleteProjek sampai berbillion tapi hendak di salurkan ke mana? Sila beri penjelasan.
ReplyDeleteprojek dah lama dibuat tapi belum lagi beroperasi. nak salur ke mana pun masih berfikir panjang. bukankah ia sudah dirancang dari awal?
ReplyDeleteharap perkara ini dapat diputuskan secepat mungkin.
ReplyDeleteProjek ini untuk rakyat atau untuk kepentingan individu tertentu?
ReplyDeletesepatutnya projek ini disalurkan untuk semua rakyat.
ReplyDeletesebaiknya jika penjelasan diberikan berhubung dengan pekara ini.
ReplyDeleteInilah perancangan yang tidak sempurna. Sudah sekian lama Sabah tidak cukup bekalan elektrik, jiran dekat bikin empangan hidro yang tidak menyalur bekalan elektrik ke Sabah, lucu.
ReplyDeletePercaya tak bahawa menyalur bekaln elektrik ke Semenanjung dengan kabel bawah laut lebih murah dari memyalur ke Sabah?
ReplyDeleteProjek mega kerajaan bukan sekadar mengaut untung saja, mereka juga memikul tanggungjawap sosial.
ReplyDeleteSudah awal lagi kerajaan mengumumkan letrik yang dihasil Bakun tidak dihantar ke Sabah kerana kos yang terlalu tinggi.
ReplyDeleteMengarutlah.
Bakun sepatutnya memanfaatkan buakn saja Sarawak dan Semenanjung, malah negeri Sabah.
ReplyDeletePengorbanan besar Sarawak dan penduduk yang dihalau dari tempat kediaman turun temurun itu harus dihargai dan hasil itu hendaklah digunakan dengan kadar maksima.
Projek yang begitu besar takan tak bawa kebaikan kepada Sabah? Cuma sebelah rumah saja, sambung kabel saja bah.
ReplyDeletetidak selama2nya permintaan bekalan elektrik di Sabah hanya dalam lingkungan 300 megawatt sahaja.. lebih baik lebih daripada kurang.. lagipun bukannya Sabah tidak ada sumbangan langsung terhadap ekonomi Malaysia.
ReplyDeleteharap masalah ini akan dapat dibincangkan lagi mengenai hidro bakun ini.
ReplyDelete