Thursday, June 2, 2011

Ketua Dewan Muslimat: Siti Zailah, Timbalan : Dr. Siti Mariah

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang baru bagi sesi 2011-2013 apabila menewaskan Nuridah Salleh dengan 358 undi.

Menerusi keputusan itu, Siti Zailah mengetepikan penyandang bagi jawatan tersebut sebelum ini, Nuridah yang menerima 264 undi.

Seramai 622 perwakilan layak mengundi pada pemilihan pucuk pimpinan Dewan Muslimat PAS kali ini yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini Khamis.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Wan Embong pada pukul 7.40 malam.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud memenangi saingan satu lawan satu tersebut dengan memperoleh 437 undi.

Dalam saingan empat penjuru bagi jawatan Naib Ketua, Mumtaz Md Nawi mengekalkan jawatan beliau buat penggal kedua apabila menerima 334 undi.

Jawatan Pengerusi Tetap diisi Norhashimah Deraman yang menang tanpa bertanding.

Fatimah Ismail menerima 234 undi untuk menerajui jawatan Timbalan Pengerusi Tetap.

Selain itu, 12 Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS yang diumumkan menang pada pemilihan kali ini.

Pengerusi Tetap
1. Nor Hashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap
Fatimah Ismail

KETUA
Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA
1. Siti Mariah Mahmud, Dr

NAIB KETUA
Mumtaz Mohd Nawi

JAWATANKUASA KERJA
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Halimah Ali, Dr. YB
3. Asiah Ali, Dr.
4. Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
5. Wan Ubaidah Omar, YB
6. Kartini Ahmad
7. Mastura Mohamad
8. Normala Sudirman
9. Azizah Khatib Mat
10. Rosni Adam
11. Najihatussolehan Ahmad, Dr.
12. Siti Aisyah Ghazali, YB

Pemeriksa kira-kira
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Normilan Mamat

13 comments:
Write comments
  1. tahniah, laksanakan tugas dgn baik.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada Siti Zailah Mohd Yusoff. Semoga berusaha menyempurnakan tanggungjawab anda sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang baru.

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada mereka yang mendapat pencalonan tertinggi. semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

    ReplyDelete
  4. Tahniah.Semoga dapat memikul tanggungjawab ini dengan jayanya.

    ReplyDelete
  5. Berusaha melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Tahniah.

    ReplyDelete
  6. tahniah..yang penting tugas perlu dilaksanakan dengan baik..

    ReplyDelete
  7. Nampaknya wanita makin besar peranan dalam PAS.

    ReplyDelete
  8. Tahniah pada mereka semoga menjalankan tugas dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  9. Mungkin satu hari nanti kita akan menyaksikan wanita memegang pucuk kepimpinan PAS.

    ReplyDelete
  10. Terbukti wanita juga mampu menyumbang tenaga dan berjasa pada parti.

    ReplyDelete
  11. Kita berharap lebih ramai wanita akan dipilih ke jawatan yang lebih tingg supaya memainkan peranan yang lebih besar berkenaan arah tuju parti.

    ReplyDelete
  12. Jangan memandang rendah keupayaan wanita.

    ReplyDelete
  13. baguslah kalau pemilihan dengan tenang berlaku.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.