Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).
Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.
Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.
"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April lalu.
Keputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu.
Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam.
Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda.
Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia. -mk
Thursday, June 2, 2011
Fatwa Tegah Bina Tugu 1Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam. ini semua merupakan satu pembaziran yg amat merugikan rakyat dan negara kita.
ReplyDeletelebih baik wang membuat tugu tu digunakan untuk pembangunan rakyat.
ReplyDeleteLebih baik jangan buat apa apa tugu buat masa ini, ekonomi tidak bagus, lebih baik duit itu digunakan untuk kebaikan rakyat.
ReplyDeletePembinaan tugu ini perlu dikaji terlebih dahulu sebelum mencapai kata putus agar semua pihak berpuas hati.
ReplyDeleterasanya pembinaan tugu tu tak penting. apa yang lebih penting ialah rakyat mengamalkan apa yang patut untuk mencapai masyarakat 1 Malaysia.
ReplyDeleteLebih baik duit untuk membina tugu itu diperuntukkan untuk program/aktiviti yang boleh menerapkan semangat 1Malaysia di kalangan rakyat. Atau salurkan duit itu untuk membantu rakyat yang susah.
ReplyDeleterasanya lebih baik jika wang tersebut digunakan untuk pekara lain yang lebih memberikan manfaat kepada rakyat.
ReplyDeleteTerpulang samada kerajaan akan mengambil kira atau bertimbang akan cadangan jawatankuasa tersebut.
ReplyDeleteKenalah selidik lebih mendalam samada ia benar dihalang kerana banyak lagi tugu yang telah bina untuk tujuan peringatan, seperti tugu negara.
ReplyDeleteKeterangan yang lebih teperinci harus diberi supaya tidak mengelirukan.
ReplyDeleteJika tugu itu cuma satu bahan untuk mempromosikan idea PM dan bukan untuk dipersembah, tiada masalah kot.
ReplyDeleteKita tidak menyembah tugu itu, itu cuma satu bahan binaan saja.
ReplyDeleteSaya rasa manusia tahu apa yang mereka sembah.
ReplyDeleteSampai sekarang gue tak tahu apa itu 1 Malaysia, itu NEGARA BAHARU ka?Lu sokong lah kerajaan 100%, GULA naik, MINYAK naik, TAMBANG naik, TUGU 1 Malaysia!
ReplyDeletelepas ni robohkan apa sahaja tugu yang ada di negara ini..
ReplyDeletemasalah tugu 1 Malaysia bukan untuk disembah tapi untuk menyatu padukan rakyat Malaysia. Jangan disalah anggapkan. Memang meyembah salah, tapi tugu ini bukan untuk disembah tapi sekadar tanda bahawa negara kita ini 1.
ReplyDeletekita kena pastikan niat si pembuat! jika dia mahu tugu itu disembah2,di puja2 bagi mendapat kesaktian. hukumnya apa?
ReplyDeleteyg penting nawaitu! Islam sangat mementingkan niat!!
anak patung di rumah org2 islam sendiri pun ada di rumah!! bukan niat untuk menyembah2 patung tersebut, ttp niat si ibu ialah kegembiraan anaknya! jadi ia boleh pula.
jangan kita merapu2 semata2 ia sebab tindakan BN!
tp, tindakan PAS mendirikan patung buddha terbesar di negara ini Tumpat dibiarkan sj..
Islam itu mudah!