Monday, September 10, 2012

48 jam untuk polis tangkap mereka yang kencing gambar pemimpin Pakatan

Warga Aman hari ini memberi amaran kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan terhadap mereka yang bertindak kencing gambar menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam masa 48 jam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab, atau mereka akan turun ke jalan raya.

Pengerusinya, Raja Ratnam Arumugam berkata, polis seharusnya adil dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perkara sedemikian seperti yang dilakukan terhadap mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Polis seharusnya bekerja untuk rakyat, bukan untuk Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan boleh bertukar, tapi polis tidak boleh ditukar," katanya lagi.

Menurut Raja Ratnam, mereka tidak menyokong tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang menunjukkan punggung dan memijak gambar perdana menteri, tetapi menuntut agar tindakan sama kepada mereka yang memijak gambar pemimpin pembangkang.

"Perdana menteri juga telah menggunakan bahasa kesat seperti haram jadah, apakah ini budi bahasa seorang pemimpin tertinggi negara?

"Mengapakah pihak polis tidak menangkap Najib sedangkan dia juga melaungkan kata-kata berunsur kesat?" kata Raja Ratnam lagi.

Sementara itu, Senator S. Ratmakrishnan berkata, mereka sudah turun ke Bukit Aman sebulan yang lalu untuk membuat aduan terhadap kes ini, tetapi tidak ada tindakan susulan dibuat.

"Polis dibayar gaji oleh rakyat, bukannya Umno dan BN.

"Jadi kami menuntut agar polis berlaku adil sebelum rakyat hilang kepercayaan dengan polis," kata Ratmakrishnan dalam sidang media hari ini.

Raja Ratnam mengetuai Warga Aman menghantar memorandum tersebut kepada ASP Mohd Fouzi Halim, yang mewakili Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Bukit Aman.

Pihak polis baru-baru ini telah menubuhkan skuad khas untuk memburu mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri semasa himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang merdeka yang lalu. -TMI

24 comments:
Write comments
  1. pihak berkuasa jangan mengamalkan 'double standard' dalam melaksanakan tanggung jawab mencegah amalan negatif samaada parti kerajaan atau parti lawan atau sesiapa saja , supaya org awam menghormati ketulusan dan bertanggung jawaban. kalau perkara dibiarkan org awam tidak repcect kepada pihak berkuasa terutama polis..

    ReplyDelete
  2. org lain koyak,kencing,bakar gambar pemimpin ditangkap dalam masa yg sama org melakukan pekara seumpama itu bebas tanpa didakwa.. bezanya pemimpin kerajaan dan pembangkang....bertanggung jawab utk semualah bukan pilih bulu...terukla!

    ReplyDelete
  3. hai na!.. mungkin kalau pakai baju UMNO/BN akan kebal undang2 manatau! kalu kamu pegi luar negara tiada duit/ pokai tiada tambang utk pulang pakai baju UMNO/BN kana ambil lagi.. tambang free atas nama baju UMNO/BN.....janji kana pakai baju UMNO/BNla....nakal juga!

    ReplyDelete
  4. mangkali kalau org asing tiada ic pakai baju UMNO/BN akan kebal undang2 dibagi lagi warganegara...UMNO/BN OH UMNO/BN...!

    ReplyDelete
  5. hakikatnya inilah faktor2 yg membantu mmprcepatkan kejatuhan umno. Lama2 rakyat akan trbuka matahati dan barfikir knapa umno trgamak brtindak sedemikian dgn menylahgunakan tugas polis utk kpntingan umno. Rakyat akan menilai dan kenapa umno dzaman Tun Hussein Onn,Tun Razak amat kuat? Sebab mereka langsung tidak menyalahgunakan jentra kerajaan utk politik umno...itu zaman dulu.

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya lakukan dengan adil untuk menyiasat perkara ini.

    ReplyDelete
  7. Siasat jangan tidak siasat. Harap keadilan aan diberikan kepada pihak ini.

    ReplyDelete
  8. Rakyat cuma nak kan keadilan tak kira apa fahaman dan partio politik. pemerintah kena berlaku adil kepada semua manusia yg berpijak d bumi malaysia ini.

    ReplyDelete
  9. Hallo abang singh,jangan bermimpi lah polis akan menahan mereka silap haribulan Polis yang berpangkat ASP pun mereka herdik apa lagi kalau setekat prebet yang datang mahu tangkap,silap-silap terkencing polis mereka buat,bah kalau mahu mereka ditangkap kita tumbangkan BN pada kali ini,Kerajaan boleh bertukar tapi polis masih berkerja,jadi kepada mat-mat polis jangan kamu undi lagi BN ,kalau PR menang itu lah peluang kamu untuk membelasah Perkasa dan perserta senaman punggung

    ReplyDelete
  10. Jangan ada double standard dalam melaksanakan undang2.

    ReplyDelete
  11. Kenapa semakin ramai yang suka bertindak melampaui batas?

    ReplyDelete
  12. saya org sabah bah:

    ya memang kena siasat secara adil dan juga dakwaan terhadap musa aman kes kayu balak..

    ReplyDelete
  13. Aku trharu tengok kaum / bangsa lain yg brtungkus lumus memastikn pihak polis ambil tindaskan yg sama kerana menghina/kencing /memijak gambar pemimpin PR dikala bangsa sendiri ( ISLAM ) menghina sama MB PR. Dapat dilihat bagaimana PERKOSA yg menyerang majlis tazkirah DS Anwar dlm MASJID dihadiri sendiri oleh Imam nya. Kita tidak payah menudoh apa kategorinya puak 2 pERKOSA yg menyerang majlis agama tmpohari,cuba tafsir sendiri. majoriti yg memekik2 kearah majlis tazkirah yu memakai rantai leher spt samseng..sedangkan kaum lelaki diharamkan sama sekali memakai rantai leher. So siapa betul siapa tolol?

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  14. Harap mereka yang terlibat dalam isu kencing gambar pemimpin akan bertaubat.

    ReplyDelete
  15. Jangan jadikan perbuatan biadap sebagai budaya kita.

    ReplyDelete
  16. pihak polis akan mengambil tindakan kepada mana2 mereka yang menghina pemimpin asalkan ada laporan dibuat. jadi buatlah laporan polis, bukan laporan di media.

    ReplyDelete
  17. saling berbalas-balasan pula penyokong kerajaan dan pakatan ni. yang dapat malu, parti tu sendiri.

    ReplyDelete
  18. Mereka yang benci dengan pemimpin janganlah sampai buat kerja yang tidak senonoh. guna saluran yang betul untuk tunjukkan ketidakpuasan hati.

    ReplyDelete
  19. nampaknya Warga Aman sedang mempertahankan individu yang membuka seluar dan menunjuk punggung dikhalayak ramai.. contohi la individu macam ni..

    ReplyDelete
  20. kalau bukan sebab pembangkang mempolitikkan hari kemerdekaan dan kalau bukan sebab pebangkang mengajak rakyat berdemo ketika hari kemerdekaan, perkara seperti ini tidak akan berlaku..

    ReplyDelete
  21. Syabas Wrga Aman..seruan anda telah ddengari oleh pihak brkuasa dan mereka sedang giat memburu individu trbabit. Bagus pulak singh tuh dr meLAYU. Jika 'hina' gambar pemimpin, jgn dikira pemimpin parti mana. Tindakan pantas harus ada baru masyarakat menilai tahap professionalisma polis.

    ReplyDelete
  22. Sdra Gutuk kalau anda ahli UMNO, anda tidak akan ditangkap walau anda mengistiharkan diri anda sebagai presiden mana-mana negara di dunia ini. Inilah keistimewaannya kalau anda menjadi ahli UMNO.

    ReplyDelete
  23. Nampaknya kita harus sentiasa menjaga adab tutur kata

    ReplyDelete
  24. Pembangkang akan sentiasa celik dengan segala perbuatan kerajaan biar pun sekecil-kecil semut untuk mencari kesalahan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.