TIDAK cukup dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa peruntukan kerajaan yang 'HILANG' setelah disalurkan terus ke akaun peribadinya, Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi terus menerus memperdaya dan menipu ramai peniaga; termasuk peniaga bumiputera.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Sabah, Citra Masadi mendedahkan demikian setelah menerima maklumat lengkap daripada tim pemantau AMK PKR di Kuala Lumpur.
Menurut Citra, sebelum ini Salleh telah terlibat kegiatan tidak bermoral memberi cek tendang kepada 10 buah sekolah di Lahad Datu yang terlibat dengan Seminar Alam Sekitar; memberi cek tendang kepada pembekal senjata api di Kota Kinabalu dan kali ini melibatkan penganjur kursus keusahawanan.
"Menurut laporan polis yang dibuat di Balai Polis Damansara oleh Alwan Bin Wagiman pada jam 2.30 petang, 14 Julai 2011; Salleh telah didakwa menipu syarikat HPI Consultant Sdn.Bhd untuk menganjurkan kursus berkenan tanpa memberikan sebarang bayaran yang dijanjikan sejak setahun lalu," kata Citra yang menunjukkan salinan laporan polis berkenaan.
Salleh telah menggunakan gelaran 'DUTA KEAMANAN PBB' untuk modal politiknya, termasuk 'mengarahkan' Polis menyediakan 'Rider-Kereta/motor pengiring polis' setiap lawatan beliau. Duta ini diberikan UBF, NGO yang berpengkalan di Korea dan bukannya 'Duta PBB'.
Kata Citra, syarikat yang beralamat di J-105, Tingkat Satu, Jalan PJU 10/2A Damansara Damai telah dilantik Salleh untuk mengendalikan kursus Keusahawanan Nelayan Tani Modern pada 12 hingga 14 Februari 2011 bagi kawasan Tungku dan Lahad Datu dengan kos RM55,300.
"Namun sehingga kini belum ada sebarang bayaran dibuat oleh Salleh Kalbi walaupun dituntut berkali-kali dan perkhidmatan dibekalkan sepenuhnya. Bukankah peruntukan dari Jabatan Perdana Menteri berkenaan telah disalurkan terus ke akaun beliau? Kenapa tidak mau bayar? Apakah berlaku salahguna seperti peruntukan lain sebelum ini?" tanya Citra yang mendesak agar SPRM mempercepatkan siasatan berhubung laporan yang dibuatnya sebelum ini.
Citra menegaskan beliau akan mendedahkan lebih banyak Skandal Salleh dalam masa yang terdekat.
Thursday, September 13, 2012
Ahli Parlimen Didakwa Menipu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Peruntukkan yang ada sepatutnya digunakan sebaiknya untuk rakyat.
ReplyDeletebayausbh.blogspot.com
Mungkin kita tunggu saja siasatan daripada SPRM mengenai individu tersebut. SPRM lebih tahu apa yang patut dilakukan.
ReplyDeletebayausbh.blogspot.com
Itu standard ler kalau melibatkan MP BN. Tapi yg trjadi balaci umngok akan kata MB Kel serta MB Sel tak betul dan wahabbi. Pulakk. Trmasuk KM PPinang pun akan dkutuk. Kan dah kata juga,dlm BN itulah tempat mereka dok fara'id harta negara ( curi le tu walau ada yg kata KM Srwak tak prnah curi duit rakyat ) Bukan curi ambil wang dr pejabat dan bawa balik rumh tapi cara trhormat kaedah mencuri tuh dm UMNO .
ReplyDeletePerlu diketahui secara umumnya memang kebanyakkan aset yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia dibeli pada kadar harga yang jauh lebih tinggi oleh Kerajan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO/BN.
ReplyDeleteAntaranya ialah Helikopter dan juga Kapal Selam selain itu Armoured Personnel Carrier (APV) juga menyaksikan perkara yang sama.
Dimana harga yang dibayar dengan harga semasa perjanjian ditandatangani adalah jauh berbeza.
Ketika perjanjian ditanda tangani harga untuk 257 APV ialah hanya RM1.7 Billion dan ianya disaksikan oleh Zahid Hamidi tetapi bila terbongkar harga yang dibayar oleh Kerajaan UMNO/BN ialah RM7.5 Billion, Zahid menafikan beliau menyaksikan perjanjian itu.
Artikel berkaitan isu Armoured Personnel Carriers (APV) itu sila baca di ( SINI )
Kali ini pula, bukannya Tony Pua yang mendedahkan tetapi Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim, Baginda mempersoalkan mengapa Rapid Intervention Vehicle (RIV) dibeli Baginda hanya berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal kepada Angkatan Tentera Malaysia.
Seperti biasa.. jawapan standard yang mungkin terdapat dalam SOP untuk menipu rakyat yang digunapakai oleh pemimpin-pemimpin UMNO ialah.. 'Kami akan siasat.. kemungkinan harga ini berbeza ialah kerana spekasinya yang berbeza....'
siasat hal ini dan ambil tindakan.
ReplyDeleteKita serahkan saja kes Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi ini kepada pihak berkuasa.
ReplyDeleteSemoga SPRM akan membuat penyiasatan lanjut tentang dakwaan peruntukan kerajaan yang 'HILANG' setelah disalurkan terus ke akaun peribadi Haji Salleh Kalbi.
ReplyDeleteMungkin AMK patut serahkan maklumat lengkap daripada tim pemantau AMK PKR kepada pihak SPRM dan biar mereka yang membuat pengesahan.
ReplyDeleteHarap dakwaan perbuatan memberi cek tendang kepada 10 buah sekolah di Lahad Datu yang terlibat dengan Seminar Alam Sekitar; memberi cek tendang kepada pembekal senjata api di Kota Kinabalu dan kali ini melibatkan penganjur kursus keusahawanan akan dijelaskan.
ReplyDeletePeruntukan dari Jabatan Perdana Menteri sepatutnya digunakan untuk membayar perkhidmatan yang sudah dibekalkan sepenuhnya.
ReplyDeleteAda satu kes lagi iaitu nak amik geran pembiayaan dr pejabat PM pun kena bg komisyen 40% kpd 'org tengah',bangg. Geran sebanyak RM500 000 dah lulus, tapi masih kena bayar komisyen. Komisyen apa ntah. HIDUP UMNGOKK.
ReplyDeletesejauh mana kebenaran dakwaan ini kita pun tidak tahu.
ReplyDeletebiarlah siasatan dibuat berhubung dengan pekara ini.
ReplyDeletetunggu dan lihat apakah perkembangannaya nanti.
ReplyDeletekenapa peniaga2 yang jadi mangsa tipu itu tidak buat laporan polis atau sprm?
ReplyDelete