PENGANALISIS politik tempatan, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein menyelar pihak yang menganggap bahawa manifesto bukanlah satu perjanjian dengan menekankan bahawa manifesto adalah azam dan cita-cita di hati yang hendak direalisasikan dengan kesungguhan dan tekad yang mendalam.
“Dalam politik manifesto adalah janji politik yang akan ditunaikan dan sekiranya manifesto ini tidak dilaksanakan maka bermakna mereka tidak menunaikan janji yang dibuat,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memberikan jawapan ‘manifesto bukan satu perjanjian’ apabila diasak dengan persoalan mengenai kegagalan kerajaan pimpinannya untuk menunaikan janji bekalan air kegunaan domestik percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada semua rakyat di negeri tersebut.
“Jika manifesto bukan janji jadi apakah manifesto itu sedangkan ia sebenarnya adalah sesuatu yang lebih baik, lebih tulus, lebih murni dan lebih dalam maknanya daripada janji itu sendiri.
“Dalam politik, manifesto ini adalah janji-janji yang akan dilaksanakan kalau tidak ada halangan dan mesti dimanifestasikan sebagaimana dilafazkan kepada rakyat.”
Jelasnya yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), inilah natijahnya apabila terlalu banyak berjanji sehinggakan menawarkan sesuatu yang tidak logik dan di luar dari kemampuan mereka sendiri.
“Pakatan pembangkang terlalu bercita-cita tinggi sehinggakan mengutarakan janji-janji yang keterlaluan dan apabila mereka berkerajaan maka tentulah rakyat akan menagih apa yang telah dinyatakan, malangnya ia gagal dilaksanakan sehingga mengatakan bahawa manifesto bukan janji.
“Jika secara terang mereka menolak janji-janji dalam manifesto yang dinyatakan maka bagaimana pula realitinya untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang kerana dikatakan ia akan lebih ‘teruk’ memandangkan pakatan pembangkang akan menggunakan apa saja cara termasuklah antaranya menjanjikan sesuatu yang mustahil,” ujarnya.
Katanya, sepanjang PRU dilaksanakan, BN telah terserlah sentiasa menepati dan melaksanakan setiap manifesto yang dipaparkan biarpun ada beberapa agenda yang lambat dilaksanakan tetapi akhirnya ia direalitikan untuk rakyat.
“Hasil pengkajian saya ke atas 12 kali PRU yang berlangsung, dilihat bahawa 11 PRU yang awal tidak pernah menyatakan secara detail dan terperinci berkaitan apa yang mahu dilakukan khususnya oleh BN tetapi pada PRU ke-12, ia dilihat lebih fokus dan mendalam misalnya perincian dalam ekonomi, pendidikan dan sosial.
“Namun demikian, manifesto pakatan pembangkang bukanlah bersifat realiti sebaliknya cuba menandingi dengan menokok tambah apa yang dilakukan oleh BN tanpa mengambil kira terhadap persekitaran dan suasana semasa yang turut memberi faktor.
“Isu air adalah antara janji-janji yang tidak dilunaskan termasuklah kononnya mahu menurunkan harga minyak sedangkan ia bukan ditentukan oleh kerajaan sebaliknya ia mengikut harga pasaran di peringkat antarabangsa.”
Tambah beliau lagi, pakatan pembangkang akan menggunakan apa jua taktik untuk menumbangkan BN sebagai kerajaan sehinggakan tidak ada lagi pertimbangan-pertimbangan atas kewarasan akal fikiran digunakan.
“Pakatan pembangkang sanggup membuat pelbagai janji biarpun dalam masa yang sama ia membelakangkan kepentingan agama dan bangsa yang terkandung dalam Perlembagaan atau mengecilkan hati masyarakat tetapi atas nama kuasa ianya dikesampingkan.”
Beliau turut menyorot bagaimana Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein yang berjanji mahu membina jambatan Pulau Pinang sekiranya BN mendapat mandat pada tahun 1974 tetapi ia tidak sempat ditunaikan ekoran kematiannya.
“Janji tersebut juga masih tidak dapat diteruskan ketika zaman pentadbiran Tun Husseion Onn lantaran kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku ketika itu sehingga akhirnya Tun Dr. Mahathir merealisasikan apa yang dijanjikan, biarpun lambat BN telah terbukti tetap menunaikan janji,” tegasnya.
Ujar beliau lagi, malangnya pakatan pembangkang gagal mensyukuri apa yang ada biarpun mereka merasai nikmat dan kesejahteraan pentadbiran hasil daripada manifesto yang dibuat oleh BN.
“Di persada antarabangsa Malaysia telah diiktiraf hasil daripada kerajaan yang mantap dan cekap sehinggakan kedudukan ekonomi dunia berada di kedudukan terbaik dan berkembang sehingga 5.4 peratus di kala negara-negara lain merasai keperitannya.
“Barangkali ada baiknya jika pakatan pembangkang melakukan lawatan ke negara-negara mundur atau jika tidak pun cukuplah jika ke Pakistan atau Bangladesh saja agar mereka tahu apa makna aman dan sejahtera yang sebenar.”
Oleh : PEWARIS ANAK BANGSA
(MediaUMNO)
Wednesday, September 5, 2012
Apa Di Harap Dari Pembangkang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SIAPA PUN BOLE BAH KALO PIGANG KARAJAAN DAN PARUNTUKAN MACAM DORANG SAJA YANG PANDAI...PUIII!!! KOTOH KALAH KAMU INI KALI!! PUIII!
ReplyDeleteDalam politik manifesto adalah janji politik yang akan ditunaikan dan sekiranya manifesto ini tidak dilaksanakan maka bermakna mereka tidak menunaikan janji yang dibuat
ReplyDeleteHarap segala perjanjian terhadap rakyat akan ditunaiakn seperti slogan Janji Ditepati.
Barangkali ada baiknya jika pakatan pembangkang melakukan lawatan ke negara-negara mundur atau jika tidak pun cukuplah jika ke Pakistan atau Bangladesh saja agar mereka tahu apa makna aman dan sejahtera yang sebenar.
ReplyDeleteMungkin Pakatan tidak mahu aman dan sejahtera, mereka memang suka kekecohan kerana sering membawa rakyat mengikuti perhimpunan haram.
Pembangkang mengharapkan simpati ramai untuk mereka mencapai matlamat mereka sendiri.
ReplyDeleteJika mereka dapat simpati dari rakyat maka senanglah mereka untuk mencari jalan merosakkan usaha kerajaan.
ReplyDeletekalau mahu tengok siapa kuat kita mesti pastikan undi mesti bersih jangan pakai duit baru lah
ReplyDeleteTidak ada apa-apa yang diharap sangat daripada pembangkang.
ReplyDeleteKalau kita lihat sendiri pun keadaan di Selangor sendiri pun cakap mahu menangani isu RASUAH, tapi tetap juga berlaku. Masalah pemberikan projek kepada Kroni pun sama juga berlaku. Memang tidak ada berubah juga masih sama juga. Kalau macam itu bagus tidak payah tukar kerajaan biarkan saja BN memerintah.
ReplyDeletesekurang2nya kita telah mencuba unk memilih yg baru baah, klu urang lama je bosan ba kita kan.
ReplyDeleteTiada yang bagus daripada pembangkang
ReplyDeleteNegeri2 PR pun banyak mengamal rasuah dan budaya rasis.
ReplyDeletemacam mana la rakyat mahu trust dengan kepimpinan pembangkang terutamanya Pakatan jika tindak tanduk mereka selama ini juga tidak ada yang boleh dibanggakan..
ReplyDeletebila pembangkang buat janji yang luar biasa, bila minta dijelaskan bagaimana mereka boleh melaksanakan janji itu, mereka senyap juga..
ReplyDeleteRakyat jepun tu rupa2nya jauh lebih cerdik dr rakyat 1Malaysia. Sebab Jepun maju jauh kedepan. Parti LDP yg 30 tahun memerintah Jepun, hanya kerana dianggap menyeleweng org rakyat Jepun, terus dhumban longkang parti LDP itu dan dipilih parti baru iaitu DPJ ( Demokratic party of Japan). Bila dtanya apa manifesto DPJ , mereka pun tak tau. Yg penting peluang harus dberi. Maknanya manifesto tu satu KERTAS PUTIH jer dan tidak lebih dr itu, baik BN atau PR. Jika peluang tidak dberi, manifesto bagus pun tidak berarti dan jika manifesto menipu pun jika tatap dpilih...tidak nampak kesilapan menipunya.
ReplyDeleteHeadhunter mari kita bersorak GUMBIRA kerana minyak naik 30 sen lagi. UMNO/BN Boleh!!!!!!!
ReplyDeleteJangan sesekali percaya dgn berita yg UMNO mahu rakyat percaya.. tapi percayalah pada berita yang UMNO tidak mahu rakyat tahu!!!!... Hanya itu saja caranya untuk menyelamatkan Malaysia dari kehancuran...
ReplyDeletePALUI PUNYA PROFESOR....JANJI 100 HARI BN UNTUK SABAH MANA SUDAH? PROF PALUI NI AMBIL CONTOH YG D DEPAN MATANYA, YANG DI SABAH DIABAIKAN. PRU12 LALU BN CANANGKAN PEMBINAAN SMK TELUPID II. SAMPAI SEKARANG TIADA PUN. MMNG TIDAK ADIL LA BAH,...GURU SEMENANJUNG PG SABAH DAPAT ELAUN RM 850.00. GURU SABAH KE SEMENANJUNG PALING TINGGI PUN RM300.00. DA LA TINGGI ELAUN, TINGGAL D RUMAH KERAJAAN LAGI.
ReplyDeleteKita tidak tagih janji pembangkang kerana pembangkang bukan kerajaan. Makanya saya ajak rakyat semua berilah peluang kpd pembangkang. 5 tahun sahaja. Kita lihat, 5 tahun lebih baik atau 55 tahun haprak! Ini kalilah...tidak rugi bah.
ReplyDeleteSIAPA CAKAP KERAJAAN PR SELANGOR,PP,KEDAH,KELANTAN RASUAH,TV 3 SUKU KA ATAU TV1,2 SETENGAH TIANG TU CAKAP KA,KENAPA ODIT NGARA KATA SELANGOR,PP ADALA NEGERI TERBAIK SEMASA LAPORAN ODIT.JAWAP,JANGAN TAK JAWAP.BN MEMANG PALING .... DAN PALING.... PATUT LA TUN MAHATHIR KATA UMNO ITU SYAITAN,MUNGKIN ADA BENARNYA KALI.BUKAN SAYA CAKAP YA,TUN YANG CAKAP.
ReplyDeleteMinyak RON 97 naik ? Kah kah kah...penyokong UMNO kena tipu lagi.
ReplyDeleteharap janji terang bulan/bulan dan bintang pembangkang. mereka tu sanggup lakukan apa saja untuk menguasai Putrajaya.
ReplyDeletekemungkinan keadaan huru hara akan berlaku kalau pembangkang jadi kerajaan.
ReplyDeleteYahooooooooo Minyak ROn97 naik lagi nanti lepas PRU13 RON95 naik pula sudah lama tak naik kan. Sokooooooooong UMNO/BN!
ReplyDeleteApa diharap pd pembangkang ? Tapi kenapa pulak brbondong2 cerdikpandai merapati PAS samada yg dah pncen, masih brkhidmat atau individu. Makna nya hanya jauhari mengenal manikam. Yg tak kenal ( bengap ) usah barcakkap ler.
ReplyDeletekemungkinan keadaan huru hara akan berlaku kalau pembangkang jadi kerajaan kerana UMNO dan Bn tak dapat menerima kekalahan macam Najib kata AKAN MEMPERTAHANKAN PUTERAJAYA HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR. Bukankah kenyataan Najib ini macam berperang senjata bunyinya!
ReplyDeleterakyat boleh menilai dan memilih mana yang terbaik.
ReplyDeletemana janji 100 hari?
ReplyDeletekalo tak dapat tunaikan,itu satu kegagalan...
jd bagi peluang bagi yg lain pula..
ini kali la...
nampaknya rakyat malaysia masih belum matang berpolitik...
ReplyDeletejanji 100 hari BN kepada sabah rupanya penipuan politik BN
ReplyDelete