Wednesday, September 5, 2012

Lajim Agen Umno?

ADA yang mengatakan yang Lajim Agen UMNO dan selalu berhubung dengan PM dan kemudian saya diminta memberikan pandangan dan memang soalan begitu sukar dijawab kerana dalam dunia ini tiada siapa tahu apa yang tersimpan dalam hati manusia lain.

Ya, memang nama saya disebut untuk memberikan pencerahan dan itu sewajarnya. Yang ditulis sekadar andaian politik dan semua bisa buat andaian dan jauh ke dalam hati sesiapapun, hanya Tuhan sahaja yang tahu, malah kekadang diri kita sendiri tidak tahu masa depan kita.

Nah, kerana itu mari kita bermain teka-teki dan melalui teka-teki ini kita guna minda/akal dan otak kita kerana kita ini dicipta sebagai manusia tentunya akal itu lebih kita gunakan setelah otak berfikir.

Kita lihat dulu sejarah luka bermula lajim meninggalkan PBS dan yang paling berjasa tentunya Lajim dan Rubin yang menyebabkan PBS tumbang dan UMNO menjadi pemerintah.

Jadi, siapa yang untung besar? Pernahkah lajim duduki kerusi Ketua Menteri? Itu tidak mengapa, tetapi Ketua Menteri Sabah jenis pendendam, sesiapa saja berhasrat mahu jadi Ketua Menteri, maka manusia itu akan dia tekan dan ini berlaku kepada Lajim dan Datuk Rahim Ismail sendiri.

Apa kamu tidak baca dan kaji keadaan ini?

Kedua Anifah memang memusuh Lajim di kala pemilihan Ketua Bahagian Beaufort yang menyebabkan Anifah terlontar ke Kimanis dan dendam itu masih ada. Jelas di sini Lajim memang didendam oleh kerabat dari Bingkol ini dan kesan Lajim mahu jadi KM, lalu Musa tendang ke parlimen dan jadi Timbalan Menteri di Persekutuan dan di situ sebagai Timbalan Menteri memang kurang kuasa kerana kuasa di tangan menteri sendiri.

Istilahnya Lajim hanya buangan dan jadi mainan sepak bola Musa Aman. Lajim memang mahu Musa disingkir kesan tuduhan rasuah yang berlebih-lebihan, tetapi itu tidak mungkin kerana Musa bijak bermain layang-layang di Malaya dan hakikatnya Musa memusuhi Lajim terus menerus.

Dalam Kabinet Persekutuan tentu sahaja Lajim bersahabat dengan Shafie Afdal dan dia sorong Shafiee Afdal agar jadi KM dan singkir Musa. Maka kesannya berkelahianlah mereka secara diam-diam kerana ada api dendam di dalam hati masing-masing.

Shafie Apdal tidak mungkin pula jadi KM lantaran ada kes dengan artis dan Shafie bukan ADUN kecuali digunakan kuasa DUN melantik dia sebagai 'Adun Dilantik.'

Nah, keadaan ini antara sebab Lajim goyah dan meninggalkan UMNO/BN dan paling penting Lajim sendiri mengatakan yang UMNO/BN di Malaya tumbang.

Tambahan pula beliau begitu yakin dengan laporan sebelum Bersih 3.0, bahawa Pakatan Rakyat mampu memenangi 107 kerusi parlimen dan hanya memerlukan 5 kerusi lagi.

Tetapi setelah Bersih 3.0, Imej Pakatan Rakyat melonjak secara mendadak; maka apa lagi bila Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin BN hanya mampu selamatkan 3 buah negeri PR mampu mendapat lebih 112 kerusi dan Anwar Ibrahim sah menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri.

Lajim bijak membaca dan dia lihat pilihanraya umum Sarawak yang lalu, hanya 55% mengundi BN dan kesan beberapa DUN dipecat di Sarawak. Maka itu cukup memburukkan keadaan dan di sana PAKATAN boleh mendapat 15 kerusi parlimen berbanding 31 kerusi yang ada di sana.

Lalu, kita lihat di Sabah dan pada awalnya memang payah tetapi kesan penyatuan DAP dan PKR, lalu disokong sedikit oleh SAPP, maka kawasan bandar pasti akan dikuasai oleh PAKATAN dan tidak kurang 10-15 kerusi parlimen akan terlepas daripada BN; namun belum dikira penyatuan dengan STAR dan BN dilawan secara satu sama satu.

Nah, selebihnya Lajim sebenarnya marah kepada PM kerana sewaktu lawatan ke Beaufort dulu beliau memuji Azizah dan gengnya Musa untuk menjatuh Lajim. Jadi, berdasarkan keadaan ini Lajim tiada peluang lagi di BN dan dia sedar lama kelamaan dia akan disingkirkan sebab pemilihan calon pilihanraya berada di tangan MUSA dan PM.

Maka bertambah remuklah hati Lajim apabila Musa bercadang mahu meletakkan anak buah dan mungkin anaknya sendiri bertanding di Beaufort dan Sipitang.

Memang Lajim bijak membaca yang BN di Malaya akan tersungkur dan keadaan di Sarawak dia sudah tahu dan yang ada di Sabah sekadar melebihkan cukup majoriti di Parlimen.

Sebaik sahaja PAKATAN berkuasa di peringat persekutuan, maka dia sudah ramal akan beramai-ramai orang BN berhijrah ke Pakatan bukan kerana kena offer, tetapi kerana menyelamat diri masing-masing di kala semuanya ada kes rasuah yang harus mereka hadapi nanti.

Apa yang saya katakan ini kemungkinan-kemungkinan sahaja dan itu sudah dia baca dan sekali lagi saya katakan ini juga teka-teki kala yang terjadi di masa depan hanya Allah sahaja yang tahu. Nah, soal teka-teki ini saya tidak boleh jawab sebab ia bukan menjawab soalan angka dan jawabannya subjektif kerana tidak seorangpun tahu, kecuali Tuhan yang satu.
........

Oleh : ISMAILY BUNGSU
http://www.sabahkini.net

43 comments:
Write comments
  1. dalam politik 1+1 bukan 2 dan dalam politik juga ikan masin pun boleh dihidupkan semula.kita tidak tahu perkara tersembunyi disebaliknya.yg penting kita jangan jadi ejen yg menghancurkan perpaduan....

    ReplyDelete
  2. Lajim Ukin bukanlah agen UMNO, dari awal lagi puncak pemimpin UMNO hendak mengugurkan Lajim daripada dilantik semula sebagai calon pada PRU-13, oleh itu Lajim Ukin terpaksa keluar parti daripada ditendang keluar.

    ReplyDelete
  3. Anwar Ibrahim juga tak sabar-sabar nak mengundang Lajim memasuki parti mereka dengan menjanjikan kerusi Ketua Menteri Sabah dan juga kuasa dalam parti PR.

    ReplyDelete
  4. Pakatan Rakyat sendiri yang mahu menerima kemasukan katak Lajim, bukan BN yang mahu meletakkan Lajim di dalam sana. Nak salahlah BN pula?

    ReplyDelete
  5. Siapa suruh Pakatan begitu terdesak untuk menerima mana-mana pemimpin kitar semula dari BN? Saja untuk menambah bilangan pemimpin di parti mereka.

    ReplyDelete
  6. Kini Lajim macam sudah kesal mengikuti Pakatan Rakyat dan berputus untuk menubuhkan satu parti politik baru untuk dirinya. Mungkin layanan Anwar Ibrahim tidak cukup baik untuknya?

    ReplyDelete
  7. Anda yang berhak untuk menilai beliau. Jika tidak ada kepercayaan dari pihak pembangkang tidak ada maknanya Lajim berharap dengan pembangkang.

    ReplyDelete
  8. Lajim seharusnya anda mempertimbangkan keputusan anda sebelum keluar dari BN.

    ReplyDelete
  9. Keputusan yang telah dibuat tidak boleh lagi di tarik balik dan tidak ada yang boleh diulang kembali.

    ReplyDelete
  10. Lajim akan mendapat apa yang beliau inginkan cuma tidak tahu adakah keputusan yang diambil beliau adalah tepat atau tidak untuk jangka masa yang panjang.

    ReplyDelete
  11. Lajim tidak akan diterima kembali ke BN sampai Bila2.

    ReplyDelete
  12. untuk saudara ku semua d sabah. PRU13 ini kita akan menyaksikan betapa BN/UMNO akan d tolak oleh rakyat biasa yg tiada d janjikan apa2 kenikmatan cuma kesakitan dan keperitan yg amat melukai hati2 yg pernah mengundi BN/UMNo pada PRU12 lalu. Kalau nak nangis biarlah kita menangis bersama pemimpin yg kita pilih tapi apa yg terjadi ...masa skrang ini ???? kita kena tolak pemimpin yg dah lama tak berguna pada kita (rakyat biasa) dan .......cari rumah baru..." KALI INILAH"

    ReplyDelete
  13. Tidak mustahil juga Lajim ini jadi agen UMNO. Tapi kalau lihat memang patut juga Lajim keluar daripada UMNO.

    ReplyDelete
  14. Betul..Lajim memberikan beban dan tekanan kepada UMNO. Jadi Lajim patut disingkirkan dalam BN untuk memastikan masalah ini dapat ditangani.

    ReplyDelete
  15. dulu sebaik dia keluar, kenapa puja2.. sekarang, kena tuduh pula agen umno.. haha

    ReplyDelete
  16. jangan risau la.. umno pun tidak sudi mahu jadikan dia agen.. biar la si Lajim dengan labu2nya..

    ReplyDelete
  17. Lajim tidak akan setia pada 1 parti politik, dia masuk parti tu untuk kepentingan diri sendiri saja.

    ReplyDelete
  18. Lajim tidak mungkin akan menjadi agen Umno.

    ReplyDelete
  19. lajim sudah tiada kaitan dengan UMNO...

    ReplyDelete
  20. lajim lompat keluar dari UMNO atas sebab peribadi dan tidak berkaitan dengan musa aman...itu pilihan lajim...

    ReplyDelete
  21. lajim juga ada mengatakan akan menubuhkan sebuah parti politik baru di sabah...kalau tidak berjaya, dia akan menyertai PR...

    ReplyDelete
  22. kerjasama di antara pembangkang di sabah sangat rapuh...kemungkinan akan berlaku pertandingan 3 atau 4 penjuru dalam satu2 kawasan..

    ReplyDelete
  23. apa2 pun, persoalan dan teka teki pru13 akan terjawab...kita tunggu dan lihat..

    ReplyDelete
  24. pembangkang ni siok sendiri saja...

    ReplyDelete
  25. LO x boleh pakai laa, LIABILITI!!!

    ReplyDelete
  26. Apa status Lajim dalam UMNO sekarang??

    ReplyDelete
  27. keluar dan tubuhkan parti sendiri. boleh pakai ka pemimpin seperti Lajim?tidak mungkin dia ni agen UMNO.

    ReplyDelete
  28. ini kalilah, lajim akan mendapat kerusi dari pkr percayalah...

    ReplyDelete
  29. Lajim sudah buat pilihan beliau sendiri.. kita lihat sejauh mana perjuang beliau dengan PKR.

    ReplyDelete
  30. Lajim dengan UMNO tiada kaitan lagi..harapisu ini tidak berpanjangan

    ReplyDelete
  31. Lajim lepsa ni, parti mana lagi yang beliau akan lompat..kita tunggu dan lihat sahaja.

    ReplyDelete
  32. Ha..ha.. kepunanlah pakatan menjadi pemerintah, yang pastinya PAS dan DAP di sabah masing2 meletakkan calon di kawasan yg mereka tandingi dan begitu juga STAR dan SAPP, semua ketua mereka masing2 mahu jadi hero. Oleh itu jangan fikir banyak lagi pangkah saja BN. Biarlah Lajim Ukin dan Si Bumburing kasih cuba power mereka sampai mana juga itu. Ha..ha.. ini politik bukan mudah untuk diramal, sekarang ini tahukah anda bahawa Anwar Ibrahim sedang berunding dengan Najib Rajak? Mari kita sama2 tunggu apa perkembangan selanjutnya.

    ReplyDelete
  33. apa bukti Lajim agen UMNO?

    ReplyDelete
  34. memang sukar hendak percaya dengan tajuk di atas..

    ReplyDelete
  35. kalau Lajim memang berniat jahat, nescaya akan terbongkar juga nanti

    ReplyDelete
  36. the truth will prevail

    ReplyDelete
  37. hanya beliau sendiri sahaja yang tahu niat sebenar selain Tuhan

    ReplyDelete
  38. Lajim bukan agen UMNO tapi silap perkiraan PR akan gigit jari kerana saya tengok banyak pemimpin recycle yang melobi mahu jadi calon. Kalau di Tenom Datuk Limon Laikim yang beria-ia mahu menjadi calon parlimen PKR. Kalaudialah yang jadi calon, tidak mahu undilah PR..orang ini sikap perkaumannya amat tinggi. Dah begitu, pandangan pun kekampung-kampungan ja. Dulu sudah pernah tanding 2 kali tapi tidak juga boleh menang. Jadi harap pemimpin-pemimpin tertinggi PR kena berhati-hati letak calon. Kemukakan muka-muka baru bukan yang recycle.

    ReplyDelete
  39. Lajim sudah pun keluar parti, jadi biar saja dia tu.

    ReplyDelete
  40. apa pun tindakan Lajim pasti ramai yang meraguinya.

    ReplyDelete
  41. yang pasti semua parti pasti bekerja keras untuk menang nanti.

    ReplyDelete
  42. hanya Lajim yang tahu apa yang dia fikirkan.

    ReplyDelete
  43. yang pasti Lajim sudah keluar parti, jadi terserah kepada dia utk tentukan halatuju politik beliau sendiri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.