Saturday, September 8, 2012

BAS jelajah Anwar disimbah cat lagi

Bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disimbah cat lagi di Jasin, Melaka hari ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, bas tersebut disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di kawasan itu.

NONE"Bas datang dalam jam 3.30 petang di Kampung Rim untuk hadiri program Aidilfitri. Tiba-tiba kami didatangi kira-kira 20 samseng BN yang halang laluan bas kami.

"Kami tahu itu BN kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," dakwanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, beliau berada dalam bas itu bersama Anwar dan pemimpin PKR negeri ketika kejadian.

Menceritakan detik cemas itu, Shamsul memberitahu, insiden bermula apabila bas yang dinaiki mereka dihalang daripada melalui jalan di kampung tersebut, sehingga mendorong berlaku perbalahan antara petugas AMK dan kumpulan itu.

''Memang ada pergelutan antara skuad AMK dengan mereka. Tetapi akhirnya mereka beri laluan. Selain cat, mereka juga balik objek lain. Tapi saya tak pasti objek apa," kata Shamsul.

Anwar: Samseng makin berani & biadap

Sehubungan itu, Shamsul berkata, PKR Jasin akan membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut selepas majlis jamuan Aidilfitri selesai, dijangka lewat petang ini.

''PKR Jasin akan membuat laporan polis selepas ini. Tetapi apa yang kita kesalkan ialah, pihak polis hanya tiba selepas setengah jam kejadian. Baru mereka datang," katanya lagi.

Kejadian ini merupakan kejadian kedua selepas Sabtu lalu, bas sama disimbah dengan cat merah di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah.

Sementara itu, Anwar Ibrahim di laman Facebooknya mengecam insiden itu.

''Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadap!'' tulis Anwar. -MK

23 comments:
Write comments
  1. Inilah yang Najib katakan akan mempertahankan Puterajaya hingga ke titisan darah yang terakhir!

    ReplyDelete
  2. Nanti satu hari jangan salahkan rakyat pula kalau kenderaan Najib pula kena simbah dengan cat sebab rakyat akan sangka menyimbah kenderaan orang dengan cat tak salah sebagaimanan kes ini kerana tiada tangkapan oleh pihak polis!

    ReplyDelete
  3. spt di sebuah IPTA- yg buat hal di surau, pejabat persatuan mahasiswa adalah puak mrk sendiri & setelah disiasat, pesalah2/ mahasiswa ini mengaku. wp selepas itu puak mereka menang, pesalah2 ini dibuang dari ipta (secara tertutup dari media).

    scra peribadi, saya berpendapat kes ini dibuat oleh puak2 anarki PKR sendiri. *di kawasan mereka! orang2nya kasar & baran!! penuh dgn pengawal2 mereka yg aktif mengawal dgn kayu!! ketika majlis/ ceramah2 berlangsung. sorry 2 say lahh!

    mungkin ada yg membantah..tapi ada polis, kan? ada pengawal2, kan? ada pemandu yg dekat bas, kan? kawasan parkir, kan? ada puak2 PKR yg lalu lalang sekitar jalan raya, kan?

    seperti kejadian di ipta yg lalu(kwsn mereka sdiri, sentiasa dikawal rapi, mempunyai petugas2 yg bekerja hingga ke larut malam), ia telah menarik simpati dan puak mereka menang besar kerana isu letak kepala babi di surau / pejabat disimbah cat! didakwa dilakukan oleh penuntut yg menyokong kerajaan! lalu mereka ini menang besar dlm pilihanraya kampus!! kes ini hanya ingin menarik publisiti rakyat jahil dan pengundi atas pagar!

    sebenarnya kes ini dibuat oleh puak mereka sendiri dalam menarik perhatian & simpati orang luar aje..

    *sangat kenal idea & taktik anwar

    ReplyDelete
  4. ada yg kata ini kerja PKR sendiri? Bangsat punya statement. Mcm kes mata lebam..mahathirkutty kta mngkin anwar tumbok mata sendiri lepas tu tuduh polis. Malaysia makin lama gila dperintah oleh umnporno..

    *sgt kenal UMNO giler

    ReplyDelete
  5. betul bah..orang2 PR ni panas baran! cuba tengok anony 1.38 pm. bangsat ajak bahasanya! agaknya mamak & bapaknya bangsat2 jugak sampai lupa mendidik si anony 1.38 pm...

    mangaku kenal umno, konon..tapi hati amat busuk!!! matai cepatlah kamu

    ReplyDelete
  6. Mungkin inilah yang dinamakan oleh Pok Jib "sekatan politik".Semua aktiviti Parti Pakatan Rakyat nk disekat akibat takut PR menang PRU13.Memalukan..... didlm negara demokrasi masih ada lagi yg berperangai spt zaman batu...

    ReplyDelete

  7. Anony 9.59 am

    puak2 ngok yang lakukan kerja bodo ni,baling batu sembunyi tangan,sifat betina dan dayus, kalau trak lori UMGOK kena cat!!!polis akan siasat sampai lobang cacing.lain kalau cat itu sendiri yang simbah.Syabas polis Diraja UMNO.

    ReplyDelete
  8. Ada hikamahnya nanti, seperti kes Mat Idera yg dibawakan oleh Abg Mat Sabu tahun lepas... Polis pencen & pasukan keselamatan yg dpt untung. Polis lupa bahawa bendera Umno jugak berlatar belakang Sang Saka Malaya. Carilah.... Ada cerita tersembunyi disebalik bendera yg menjadi ketakutan pada puak BeeNd.. Sejarah tidak boleh ditipu selama2nya..

    Alfatihah...... kpd pejuang2 kemerdekaan sebenar sblm umno wujud. Mereka terkorban serta bermandikan darah & keringat utk menghalau penjajah keluar dr Tanah Melayu!!!

    ReplyDelete
  9. Parti UMNO nih kalu kat Thailand nun..lama dah melingkup. Org sana pemikiran dia tak sama dgn Malaysia sebab tu Thailand dah mampu brtatih selangkah selangkah kedepan meninggalkan Malaysia dgn mimpi indah UMnporno. Cilakak punya UMNO menipu melayu..cizz.

    ReplyDelete
  10. Kena simbah cat bagus juga nasib tidak kena bom. Kalau tidak jadi peristiwa ngeri di Malaysia.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Kalau kita lihat sekarang dengan pembangunan Malaysia tidak ketinggalan jauh,.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. UMNO kalau tak guna kejahatan dan tak suka kejahatan,itu bukan UMNO namanya. Rakyat Malaysia rata2 dah celik melihat kezaliman UMNO kecuali seorg dua yg masih tolol. Jadi jika mereka tidak guna taktik jahat ini, kecundang sudah mbah umno nih. Bas itu kan bayar roadtax utk guna jln tuh. Bukan mak bapak org umno tu yg buat jlnraya tuh. Juga bukan PKR tu nak bawak samseng utk bakar rumah2 org kampung tuh.Tapi sejarah mengakui org Melaka dan Neg Sembilan dgn semangat keUMNOan mereka amat tebal. Mereka sanggup mengugut lawan politik pun walau mereka brotak. Org Sabah walau otak tumpul..tapi mereka tak sampai gunakan kekerasan sebegituh. Mereka hanya hanyut ditipu UMNo dlm kegelapan masa shj.

    ReplyDelete
  13. Sudah2 la guna taktik kotor.

    ReplyDelete
  14. Berkempen dengan cara yang betul saja la. Tidak perlu guna cara tidak bertamadun.

    ReplyDelete
  15. orang samseng nak tarik perhatian. itu belum kes PRU13. jika apa2 terjadi pada UMNO, aku habiskan makanan kau0rang smua!hehe

    ReplyDelete
  16. Bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disimbah cat lagi, harap pihak polis akan menyiasat isu ini.

    ReplyDelete
  17. Kita tunggulah hasil penyiasatan daripada pihak polis mengenai isu simbah cat ini.

    ReplyDelete
  18. belum tau lagi siapa terlibat. baik tunggu hasil siasatan.

    ReplyDelete
  19. salahkan individu dan pihak yang bertindak ganas atas nama parti.harap kena hukuman.

    ReplyDelete
  20. baru itu dia katakan bidap? yang Anwar dan pemimpin2 pembangkang yang lain anjur demonstrasi jalanan yang mengganggu urusan orang awam dan menyusahkan negara tu bukan biadap?

    ReplyDelete
  21. Anwar belum pun jadi PM tapi tindak tanduknya mengalahkan PM.. mentang2 la dia ada gelaran Anugerah Tuhan, maka dia boleh buat apa saja?

    ReplyDelete
  22. para golongan belia harus lebih tenang dan jangan ikut emosi saja.

    ReplyDelete
  23. Keamanan di M'sia jangan dikucar kacirkan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.