Malaysia mungkin sudah mencipta rekod dalam laman sosial Twitter minggu lalu jika ‘klon’ tidak digunakan untuk menutup angka sebenar tweet yang dihantar, kata firma penyelidikan sosial media bebas.
Politweet.org menegaskan dalam laporannya semalam, merujuk hashtag #Merdeka55 - walaupun Putrajaya mendakwa rakyat Malaysia telah melepasi paras 3.6 juta tweet hanya dalam satu jam pada 31 Ogos, tidak ada pihak ketiga lain mengesahkan pengisytiharan ini sebagai benar.
“Dengan andaian angka tersebut benar, tidak mustahil angka 3.6 juta tweet adalah rekod dunia,” kata firma tersebut dalam laporan mereka.
“Akan tetapi, Twitter tidak membuat apa-apa pengumuman di laman blog mereka tentang #Merdeka 55.
“Tidak ada juga mana-mana laman web pengesanan yang menyebut tentang rekod #Merdeka55,” tambah mereka lagi.
“Tanpa pengesahan daripada pihak ketiga, angka 3.6 juta tweet meragukan,” kata Politweet.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengisytiharkan pada 31 Ogos, sambutan ulangtahun Merdeka Malaysia yang ke 55 minggu lepas, 3,611,323 juta tweet dicatatkan pada 8.15 hingga 9.15 malam seluruh negara untuk akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, @NajibRazak, mengandungi pelbagai mesej yang bertemakan kemerdekaan, semasa perhimpunan "Janji Ditepati" di Stadium Bukit Jalil.
Akan tetapi dakwaan Rais tentang pemecahan rekod segera bertemu dicerca oleh pengguna Twitter Malaysia, ramai daripada mereka menuduh penganjur menipu dengan menggunakan "bot" untuk menjana publisiti palsu.
"Bot melakukan tweet ulang 4 ribu kali, maka u bangga hvg mil daripada tweet?" pengguna Twitter @ Amir_Shari menulis awal minggu ini, merujuk kepada program komputer yang direka untuk menghantar jawapan automatik kepada perkhidmatan.
Seorang lagi pengguna, Cyril Dason, menulis tweet pada akaunnya @cyrildason bahawa "statistik #merdeka55: 1500 tweet menjana 493,610 jejak, mencapai 185,482 pengikut dalam tempoh 24 jam lalu", dalam bantahanan jelas dakwaan kerajaan persekutuan tentang penetapan rekod.
Untuk mengesahkan dakwaan pengguna dalam laporan hari ini, Politweet berkata ia mula mengesan #Merdeka55 di Twitter bermula 28 Ogos sewaktu Rais mengumumkan sasaran Putrajaya untuk mencapai satu juta tweet bagi tweet yang dihantar dalam masa sejam dari 8.15 – 9.15 malam pada 31 Ogos.
Akan tetapi pada waktu yang disasarkan, Politweet berkata ia telah memerhatikan "corak ganjil" semasa siaran langsung - "jumlah besar tweet sama dihantar pada masa yang sama".
"Siasatan lanjut mendapati terdapat satu kumpulan kecil pengguna bertanggungjawab bagi jumlah besar tweet tersebut.
"Pengguna ini mempunyai ciri-ciri yang serupa, tarikh memulakan akaun contohnya, gambar profil, lokasi dan pengikut / hubungan pengikut. Semua tweet ulang mereka telah dihantar menggunakan Tweetdeck," tulis Politweet, dengan menggelar tweet pendua sebagai "klon".
Rumah penyelidikan media sosial itu menambah bahawa tweet menggunakan hashtag #Merdeka55 adalah "hampir keseluruhannya" terhad kepada Malaysia, dengan hanya lima tweet dari luar negara - Myanmar, Switzerland, London, Indonesia dan Singapura.
"Kehadiran klon juga mengurangkan kualiti rekod. Jika orang atau organisasi yang menjaga klon ini tidak mencemarkan data, apa jua rekod yang telah dicapai akan mempunyai lebih nilai sejarah," kata firma penyelidikan tersebut.
Menambah kepada ini, Politweet juga mempersoalkan tindakan senyap Twitter atas dakwaan Malaysia bahawa tweet global telah dipecahkan dengan mesej Merdeka - laman Twitter telah menyebut rekod terbesar di laman tersebut apabila pelari pecut Usain Bold memenangi-pingat emas dalam acara pecut 200m semasa Sukan Olimpik (80,000 tweet dalam satu minit).
"Ini meletakkan #Merdeka55 sebagai di bawah Usain Bolt. Adalah mengejutkan bahawa rekod dicipta tanpa disedari oleh Twitter," kata Politweet. -TMI
Saturday, September 8, 2012
Politweet Tak Iktiraf Rekod Twitter #55Merdeka Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kedapatan mereka-reka satu jumlah angka oh kan..
ReplyDeletealaaa...mengampuh saja bah.. betul2 inda bule pakai!
ReplyDeleteSelamat hari malaysia kepada semua rakyat Malaysia.
ReplyDeletebayausbh.blogspot.com
Kalau kita lihat pun memang Malaysia ini Merdeka ke 55 tahun.. Hari Malaysia pula akan diadakan pada 16 Sept ini. Jom ramai-ramai kita bersama meraikannya.
ReplyDeleteApa signifikan tweet ini?
ReplyDeleteAgak memalukan jika ada klon
ReplyDeleteBetulkah 3,611,323 juta tweet dicatatkan pada 8.15 hingga 9.15 malam seluruh negara untuk akaun Perdana Menteri? Macam mana kita boleh buktikan sama ada dakwaan ini betul ataupun palsu?
ReplyDeleteMungkin pihak Twitter boleh membantu menjelaskan perkara ini sama ada Tweet #55Merdeka Malaysia mencatat rekod dunia?
ReplyDeleteTweet positif ka negatif??memang banyak tu kalau dalam satu jam saja boleh sampai 3 juta.
ReplyDeletepasal tweet pun mahu dijadikan isu sensasi?
ReplyDeleteKalau dapat rekod dunia tu sudah cukup bagus.
ReplyDeletePasti ramai rakyat yang mahu tweet tu
ReplyDeletePrime Minister Datuk Seri Najib Razak has been listed as one of the 25 most connected world leaders on Twitter in a report published by Burson-Marsteller.
ReplyDeleteThe recent published report titled "Twiplomacy" is the first ever global study of world leaders on Twitter.
ReplyDeleteThe report ranked US President Barack Obama as the most followed world leader on Twitter while Najib's account is number two in Asia and number 17 in the world out of the 254 head of governments and state and institutions.
ReplyDelete
ReplyDeleteIt also listed Najib as the sixth most popular world leader who "tweets properly" -- coming in at number 30 out of 254 head of states and government that actually do their own tweeting.
ReplyDeleteThis makes him by far the most popular national leader in Asia on Twitter, per capita (1 in 37) and comfortably in the global top ten.
ReplyDeleteAccording to the report, Najib is also following a number of international and regional leaders and is mutually connected with @bluehousekorea, @karimmassimov_e and @number10gov.
The report also noted that Najib is an early adopter of Twitter. Malaysia's Prime Minister (Datuk Seri) Najib (Tun) Razak actively engages with his audience.
ReplyDelete
ReplyDeleteHe tweets personally and engages his half a million followers with quizzes and sweepstakes.
ReplyDeleteSeventeen percent of his tweets are conversational and include @replies, said the report which is available on twiplomacy.com