Felda akan menampung sebahagian kos pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberikan kepada anak-anak peneroka Felda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut adalah sebahagian langkah Felda untuk memperluaskan peranan agensi berkenaan sesuai dengan prinsip berkongsi kekayaan.
Beliau berkata, Felda dijangka memperuntukkan RM15 juta bagi menampung kos berkenaan untuk tahun pertama.
“Felda bersetuju untuk berkongsi beban pembiayaan PTPTN dengan menampung sebahagian kos pinjaman yang diberikan khusus untuk anak-anak Felda dan sebahagian lagi dibiayai PTPTN,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tasik Tok Lebai di sini semalam.
Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurut Najib, keputusan Felda itu juga dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan selain mencerminkan kejayaan Felda khususnya dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) dalam Bursa Malaysia.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan Felda untuk memperluaskan skim latihan kemahiran yang dianjurkan oleh agensi itu kepada anak-anak bukan peneroka Felda.
Katanya, seramai 2,000 peserta akan diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus latihan dan kemahiran seperti program di bawah skim Malaysia Airlines (MAS) yang menawarkan kursus kejuruteraan penyenggaraan pesawat serta institusi-institusi lain.
-Kosmo
Friday, September 7, 2012
Felda tampung kos pinjaman PTPTN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
begitu byk kelebihan diberikan kepada peneroka FELDA.
ReplyDeleteNengok gambor di atas, jelas trbayang betapa melayu kena tipu dek umngok.
ReplyDeleteJangan nasib FELDA macam Amanah Saham Sabah sudah!
ReplyDeletefelda dulu tolong...felda sekarang along...
ReplyDeletefelda dulu tolong....felda sekarang along...
ReplyDeleteFelda tampung PTPTN pulakk. Dah kena gasak dek pambangkang ada2 aje perihal PTPTN tu yer. Sebelum ni ada deklarasi dr Menteri ke yg kata ada student akan dikecualikan dr mmbayar balik pinjamannya. Sebelum tu pulak ada sebuah sekolah arab ke dSabah kot yg kata murid2nya juga dkecualikan dr mmbayar yuran apa ntah. Walhasil,kalau pambangkang tak gasak PTPTN demi pendidikan anak2 bangsa, UMNO tak mau nya tolong menolong nih. Bila dia BAIK, HEEEM BAIK ADA MAKNA TUH, BAIK !
ReplyDeleteingatkan setakat durian runtuh.. rupanya ada lagi Felda buat perkara yang paling dibenci oleh pembangkang..
ReplyDeletesebelum2 ini pun sudah banyak Felda bagi bantuan kepada warga peneroka.. tapi tidak pernah dibangkitkan dan tidak pernah mendapat pujian pembangkang..
ReplyDeleteBeruntung la warga Felda ni.
ReplyDeleteSudah ditanggung maka belajar la bersungguh-sungguh.
ReplyDeletePambangkang bukan tidak mau puji apa yg baik dtg dr kerajaan. Tapi dlmisu sekrang nih ialah penipuan PM keatas peneroka dgn trgadainya Felda kpd FGVH dan peneroka kena beli saham pulak. Dua parkara bahalol ciptaan UMNO utk tipu peneroka. ANAK yg dpimpin oleh Sdra mazlan aliman tu bukan kehulu khilir kerana apa kecuali nak selamatkan peneroka dr tipu muslihat UMNO. Rasanya jika tiada penipuan oleh UMNO, NGO ANAK pun baik tidur kat rumah jer. Ada pambangkang gasak felda setelah mereka bagi bonus? Takde punya, itu soal bantuan,ok lah. Apa yg baik bukan pambangkang tak mau puji..go on le. Pujian pula lebih brkesan jika dtg dr warga peneroka itu sendiri dan bukan pihak lain.
ReplyDeleteRuj: TERRORIST said di atas.
**yassir arafat
Felda bersetuju untuk berkongsi beban pembiayaan PTPTN dengan menampung sebahagian kos pinjaman yang diberikan khusus untuk anak-anak Felda dan sebahagian lagi dibiayai PTPTN. Ini berita yang baik untuk anak-anak peneroka Felda.
ReplyDeleteKeputusan Felda itu juga dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan selain mencerminkan kejayaan Felda khususnya dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) dalam Bursa Malaysia.
ReplyDeleteHarap FGVH akan teruskan usaha untuk membantu para peneroka Felda tempatan.
PM Datuk Najib prihatin dan faham masalah rakyat.
ReplyDeletePembangkang tidak akan melakukan seperti kerajaan usahakan kepada rakyat
ReplyDeleteTun Razak lahirkan FELDA utk melayu manakala DS Najib gadai FELDA kerana meLAYU.
ReplyDelete