Friday, September 7, 2012

Polis : Antara Menghasut dan Pilih Kasih?


Untuk pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak menunjukkan punggung kepada gambar mereka.

NONESetakat ini, 11 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan ambang merdeka di ibu negara pada 30 Ogos sehingga mendorong sebahagiannya tampil menyerah diri dan dalam satu kes seorang gadis digari.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang dilihat tergesa-gesa.

Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat.

Malaysiakini bagaimanapun mendapati tindakan tidak konsisten yang dianggap sebagai jenayah bawah Akta Hasutan 1949, seperti berikut:

Lim Guan Eng

NONEKetua Menteri Pulau Pinang selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak, dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di hadapan rumahnya.

Datuk Ambiga Sreenevasan

NONEBekas presiden Majlis Peguam yang kemudiannya mengepali gabungan proreformasi sistem pilihan raya juga menarik perhatian "musuh", antaranya melalui protes burger dan 'senaman punggung; di depan rumahnya dekat ibu negara.

Pada April, dalam perhimpunan antihomoseksual di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menyaksikan gambar Ambiga dipijak dan dipijak.

Datuk Nik Aziz Nik Mat & Datuk Seri Abdul Hadi Awang

shah alam nik aziz hadi awang 060912 urinating peeingTerdapat juga gambar menyaksikan gambar kain rentang yang digantung di Shah Alam menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS ini dikencing dengan jelas.

Seorang daripadanya kelihatan memakai kemeja-T BN.

Lim Kit Siang

Gambar pemimpin veteran popular DAP juga pernah menjadi mangsa insiden sama pada 2009 di luar mahkamah Shah Alam ketika 12 orang yang terlibat dalam 'perhimpunan kepala lembu' didakwa.

-MK

17 comments:
Write comments
  1. tak kira pemimpin kerajaan atau pembangkang. kita harus hormati mereka.

    ReplyDelete
  2. Yg pelik bin ajaib ni, penyangak2 bn bebas utk melakukan apa sj, & berbuat apa sj yg mereka nak buat. Krn apa? Krn mereka seakan2 mendapat lesen besar utk melakukan sedemikian, tanpa rasa takut diambil tindakan. Klau polis benar2 bertindak x pilih kasih, sudah tentu mereka yg terlibat takut utk melakukan sedemikian. Polis kena buktikan skrg bahawa mereka benar2 telus & x pilih kasih, dgn segera menangkap mereka yg terlibat. Bukti sudah ada didepan mata (laporan malaysiakini). Klau masih enggan menangkap mereka2 yg terlibat, maka x syak lagi anggapan ramai bahawa polis hanya bertindak melindungi kepentingan umno/bn adalah tepat...

    ReplyDelete
  3. Polis tak nak ambil tindakan tak pe ..... Rakyat tunggu je PRU 13 ( Paling lambat April 2013 ) .... Masa tu pengadilan akan diberikan ....

    ReplyDelete
  4. Yang gambar LGE kena bakar tak ada pula saya dengar ada orang kena soal siasat yang gambar Najib kena tunjuk punggung heboh satu dunia. Hairan aku adakah Najib itu malaikat? Najib lebih suci dari masjid? Hinggakan orang yang baling kasut kat masjid tiada tindakan diambil? Kita risau kalau tiada tindakan diambil akan ada lagi insiden yang sama berlaku kerana orang akan kata mengapa tempoh hari baling kasut di masjid tiada tindakan kita ikut samalah! Itu persepsi orang kelak.

    ReplyDelete
  5. Dulu di Sabah siapa yang lawan kerajaan akan masuk "Universiti Kepayan' sekarang politik di Malaysia aeakan-akan sama.

    ReplyDelete
  6. Masalahnya di Malaysia ni apa saja perbuatan biadap yg dilakukan oleh budak2 Umno dan NGO yg pro Umno, semuanya BOLEH BELAKA....!!!!!!

    ReplyDelete
  7. memang betul jepun pun tukar kerajaan 50th walaupun mereka maju.baru mula sedikit rasuah,kita ada apa bn buat semua hutang .cuba lihat lebuh raya ,jambatan pp,putra jaya,klia,dan banyak lagi. belum kira hutang negara sudah lebih 500 billion.inil lah yang ditinggalkan kerajaan bn untuk rakyat.rakyat di miskinkan ,kroni di kayakan ,1malaysia.tumbangkan bn.

    ReplyDelete
  8. Kalau UMNO buat report tak cukup kaki polis ambil tindakan... kalau pembangkang report ,bukan saja tak ambil tindakan ,silap-silap kena dakwa pula.. mcm negara ni bapak dia yang punya..mcm mana rakyat tak marah pada kerajaan UMNOBN.

    ReplyDelete
  9. Yg sebenarnya 'uabt' segala penawar duka rakyat nih adalah TUKAR kerajaan, dr KERAjaan HARAMjadah kpd kerajaan rakyat. Itu hakikat. Bila PM drp PR,dia brkuasa memilih siapa yg harus jadi Ketua Setiausaha Negara,Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM. Perlantikkan memang bukan direct dr PM tetapi susurgalur perlantikkan boleh diatur oleh PM.Mcm KSN atau KPN sekarang, walau perlantikkan bukan direct drp PM tetapi susurgalur perlantikkan boleh diatur.
    Jawapannya, bila segala maknika ketua yg dilantik adalah dr orang2 beriman (bukan hanya Islam) tidak akan berlaku seperti apa ygtelah berlaku dizaman UMNO/BN yg celaka ini. Silap haribulan...Ketua Polis Negara brkebolehan membaca khutbah dmimbar jumaat. Ketua Turus ATM boleh mengimami sembahyang zohor tatkala d medan perang, bukan hanya ostadz KAGAT yg dah kaget tuh.
    Tugas KSN pulak membantu PM (PR) membenteras rasuah dkalangan pegawai tinggi jabatan kerajaan secara drastik dn bukan omong2. Manakala agensi kerajaan mesti turun padang meninjau mana makcik pakcik yg amat memerlukan bantuan utk keluarga masing2 trmasuk pendidikan utk anak mereka.

    ReplyDelete
  10. ala.. Ambiga pun mau dimasukkan sekali setaraf dengan pemimpin2 negara? dia tu memang layak kena provoke.. siapa suruh buat tindakan yang menjejaskan perniagaan orang awam..

    ReplyDelete
  11. Abdul Hadi Awang pula menghina penduduk asli di Sarawak.. so dia pun kira layak juga kena provoke..

    ReplyDelete
  12. In the end, if something happens, people will always seek help from the police.

    ReplyDelete
  13. Mereka yang lakukan kesalahan ini patut malu dengan tindakan tidak bertamadun mereka.

    ReplyDelete
  14. Hentikan perbuatan biadap seperti ini, jangan jadikan ia sebagai budaya kita.

    ReplyDelete
  15. Semoga mereka yang terlibat dalam kes menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam ini akan bertaubat.

    ReplyDelete
  16. Setiap perbuatan pasti ada balasan

    ReplyDelete
  17. Kalau tiada sebab pasti tidak akan mendapat macam tu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.