Keganasan samseng Umno-BN terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang dibiarkan oleh agensi penguatkuasa bukti jelas undang-undang negara ini tidak lagi dihormati.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada tindakan yang diambil terhadap samseng Umno-BN walaupun terdapat bukti gambar dan video yang jelas tentang tindak-tanduk mereka.
“Kita boleh tengok gangster Umno pecahkan kereta, ‘kencing’ gambar (Menteri Besar Kelantan Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), baling batu kepada bas, terang-terang ada bukti video dan gambar, tetapi ada satu tindakan diambil kepada mereka? … Tiada” katanya.
Dakwanya, undang-undang di bawah Kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak bersifat berat sebelah kerana membela tindakan yang secara jelas melanggar undang-undang.
Akan tetapi, mereka yang didakwa menghina pemimpin Umno-BN ditahan dan dihukum seperti pemuda yang memijak gambar Najib dalam satu himpunan pada 30 Ogos.
“Bila pijak gambar Najib, ini merupakan dosa besar. Tetapi bila baling kasut di masjid, tiada salah, ini merupakan ‘law of the jungle’,” ujar Anwar.
Terbaru, jelajah bas Merdeka Rakyat yang dinaiki Anwar dan pimpinan PKR ke Jasin, Melaka dibaling batu dan disimbah cat merah oleh sekumpulan samseng yang didakwa didalangi Pemuda Umno kawasan tersebut.
Sebelum itu, seorang seorang lelaki yang dipercayai dari pertubuhan extremis Melayu Perkasa, cuba menghampiri Anwar semasa beliau berada di dalam satu majlis di sebuah masjid di Alor Star, Kedah.
Malah, gambar muka samseng daripada kedua-dua insiden tersebut
telah dimuatnaik ke laman sosial Facebook namun tiada tindakan diambil walaupun laporan polis telah dibuat.
Kejadian di Melaka merupakan kedua selepas minggu lalu bas tersebut dibaling batu di bahagian cermin hadapan serta disimbah cat merah di Kota Bharu, Kelantan.
Selain itu, Anwar turut menempelak media tradisional seperti surat khabar dan televisyen yang berat sebelah dan secara berterusan menyebarkan fitnah untuk memburukkan pimpinan PR.
“Mereka mensensasikan pegawai peribadi saya membawa pistol tetapi saya dibaling batu dan keganasan gangster-gangster Umno ini tidak disiarkan,” tegasnya.
Ketika mengulas perkara itu, Anwar berkata, pegawai peribadinya mempunyai lesen senjata api dan bertindak mengikut prosedur yang dibenarkan (SOP) bagi mengawal keadaan tegang ketika kejadian di Jasin semalam.
“Saya pergi kemana-mana ada samseng Umno, bila diancam dengan tindakan ganas mereka, pegawai saya keluarkan pistol tetapi mengikut SOP,” katanya. -selangorku
Monday, September 10, 2012
Keganasan Terhadap PR “Dihalalkan”, Hina Umno-BN “Diharamkan”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sesiapa yang melakukan keganasan atau melanggar undang2 sepatutnya tidak lari dari dikenakan hukuman.
ReplyDeleteTrend sebegini sebenarnya brlku zaman brakhirnya era pentadbiran Mahathirkutty. Dato Musa Hitam pernah tegaskan kenapa beliau tidak habis2an melawan jawatan Presiden umno pd waktu itu dan hanya melawan jawatan Timb shj. jawapannya agak takut utk ddengar iaitu, BELIAU AKAN JADI MANGSA FITNAH LIWAT spt yg telah dialami oleh DSAnwar Ibrahim. Itu penangan manusia brnama Mahathirkutty yg anaknya brkhawin dgn anak DSSamy Vellu tu. Rentetan dr isu pemecatan Ketua Hakim Negara ( Tun Salleh Abas ) yg berani mengharamkan umno,itulah brmula apa yg dgelar..KEGANASAN TERHADAP PR DIHALALKAN , HINA UMNO/BN DIHARAMKAN. Ianya berlaku sedikit demi sedikit dr dulu dan semakin parah dewasa ini ( mngkin UMNO/BN dh nazak ). Lebih pilu apabila UMNO mendapati rakyat yg dungu hanya tinggal berapa kerat shj dan ramai suda nmpak apa kebaikan PR trmasuk yg dipendalamn.
ReplyDeleteSejarah membuktikan PAS menang di Parlimen Kuala Tahan, Pahang yg mana kawasan itu memang lebih pendalamn dr pendalaman.
**yassir arafat
Mengacukan pistol kepada orang Awam satu kesalahan. Jadi memang bersalahlah ini pengawal peribadi Anwar.
ReplyDeleteMereka yang melakukan keganasan itu patut dikenakan tindakkan dan tidak patut dilepaskan begitu saja.
ReplyDeleteIni hanya lakonan Polis untuk mengaburi mata rakyat. jangan bodohlah Polis, rakyat sudah tahu nanti akhirnya tiada bukti untuk mendakwa. Buang duit rakyat sahaja. Waktu kejadian tu Polis berpakaian preman ada. Kenapa sewaktu kejadian tu tak terus ditangkap. Pengawal peribadi DSAI pulak kena tangkap kerana mempertahankan diri/menjalankan tugas. hairan betul tindakan Polis sejak akhir-akhir ini.
ReplyDeletePolis dMelaka kata pengawal peribadi Anwar tak acu pun pistol pd umum tapi si Sanih Alias kata dah hunos. Sapa polis sebenar nih ?
ReplyDeletePihak polis perlulah menyiasat isu keganasan terhadap PR ini.
ReplyDeleteTapi macam mana PR boleh buktikan bahawa semua itu dilakukan oleh gangster UMNO?
ReplyDeletesegala keganasan harus dielakan, setiap yang melakukan kesalahan perlu diadili.
ReplyDeleteUndang2 M'sia jangan berat sebelah, siasat.
ReplyDeleteSejarah membuktikan UMNO akan kacau perhimpunan rakyat samada ceramah, majlis2 keramaian PR, malah tazkirah ( agama ) pun sebelum nih. UMNO pulak akan gunakan samada PERKASA, SB2 atau budak upahan spt brlaku di Kg Jawa, Klang baru2 nih. Jika rakyat biasa, tak mau dia buat2 kacau nih sebab tiada kena mengena. Benda nih pun nak kena ajar ke barua2 umngok nih.? Takkan org PAS nak halang PAS ceramah atau PKR nak halang PKR ceramah. Common sense le,bro. Jgn nak tegak benang basah. Nak menafi apa2 pun ,pakai otak ,bro. Kita bukan zaman batu lagi, zaman manusia makin bijak KECUALI BARUA2 UMNGOK. Tapi saya nak bagitau, pernah berlaku dPutrajaya sekitar Presint 8 dn 9..JKKK upah budak2 hingusan pakai tshirt PAS dan pergi cabut tiang2 bendera PAS. Bebudak tu takkan tak brcerita keesokan harinya. Nama lagi budak2.
ReplyDelete**yassir arafat
rahim thamby chik yg kongkek ttp LGE yg masuk penjara...undang2 negara ini memang disediakan 2 set???
ReplyDeletesesiapa melakukan keganasan akan dikenakan tindakan.
ReplyDelete"Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada tindakan yang diambil terhadap samseng Umno-BN walaupun terdapat bukti gambar dan video yang jelas tentang tindak-tanduk mereka."
ReplyDeletesaya juga mahu mempersoalkan kenapa tidak ada tindakan diambil terhadap Anwar bagi kes liwatnya sedangan semua bukti2 telah didedahkan??
kenapa kerajaan tidak ambil tidakan terhadap pemimpin2 pembangkang yang menganjurkan demo jalanan sehingga mencetuskan huru hara dan menyebabkan beberapa penyokongnya masuk ICU?? yang peliknya, tidak ada pula pemimpin2 pembangkang yang cedera..
ReplyDeleteHeadhunter bukankah Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah? Inilah akibatnya kalau asyik baca Utusan melayu Penabur fitnah hasil ajaran tuannya UMNO saja! Tidak tahu perkembangan alam sekeliling!
ReplyDeleteDemo jalanan ada trmaktub dlm Perlembagaan Persekutuan dan selagi rakyat ingin brsuara bg tujuan keadilan, ianya dprsilakan oleh undang2 trtinggi. Kenapa ada Akta Polis yg bole memintas ketinggian perlembagaan itu ? Kenapa BN perlu gunakan polis utk provoke peserta demo itu bg tujuan cetuskan keganasan. Ingat jgn sampai rakyat bangkit spt bangkitnya rakyat Mesir dan Libya. BN untung kerana org melayu baik dn tidk suka kekacauan , walau telah dpukul oleh polis dlm prhimpunan aman bru2 ni. Tba masanya jika BN mahu rakyat bangkit, 400 000 org bole HAYUN polis yg sekadar 20 000 org tu. AWAS BN KEPARAT
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteSeptember 13, 2012 9:55 AM
jika Anwar yakin beliau tidak bersalah, kenapa perlu himpunkan ribuan orang dihadapan pintu mahkamah? kenapa perlu upah peguam handalan yang kosnya mencecah jutaan ringgit? kenapa enggan bagi kerjasama dengan pihak polis terutamanya bagi siasatan DNA?
Anonymous said...
ReplyDeleteSeptember 13, 2012 9:39 PM
dari segi logiknya, yang turun ke jalanraya la yang memulakan provokasi, bukan pihak yang mengawal atau menghentikan demonastrasi ini..
Anonymous said...
ReplyDeleteSeptember 13, 2012 9:39 PM
sedar la bro.. dalam setiap perhimpunan jalanan Pakatan, ada pemimpin2 pakatan yang cedera?? yang cedera hanya penyokong2 mereka yang sengaja dijadikan perisai.. setiap kali perhimpunan, pemimpin2 pakatan la yang berada di barisan paling belakang..