“Jika begitu tegasnya nada kenyataan Tan Sri Muhyiddin, ini bererti Umno dan BN berada dalam keadaan gawat dan tenat,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar).
Katanya, disiplin dan akhlak ahli Umno dan parti komponen BN dianggap begitu teruk sehingga terpaksa diberi amaran dalam ruang media yang terbuka.
Baru-baru ini Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tegas menggesa anggota Umno dan BN yang cuba mensabotaj calon serta parti dalam pilihan raya disingkirkan.
Kenyataan beliau disambut pula oleh pemimpin lainnya yang menyokong kenyataan tersebut.
Riduan berkata, gelombang yang begitu menggelora sedang membadai dalaman mereka sehingga terpaksa pemimpin tertingginya memberi amaran keras untuk menenangkan keadaan.
Katanya, kenyataan Muhyiddin menunjukkan bahawa Umno sudah lari jauh dari matlamat asal perjuangan mereka.
Baginya, agenda membela bangsa adalah kata-kata manis yang lahir dari lidah mereka sahaja, sedangkan hati mereka tiada niat untuk membela nasib rakyat.
Menurutnya lagi, mereka lebih bernafsu untuk memikirkan diri mereka sendiri.
Tambahnya, tindakan mereka dizahirkan dengan sanggup ‘mengalahkan’ calon dan parti mereka sendiri dalam PRU13 jika mereka atau orang pilihan mereka tidak terpilih bertanding.
“Sebegitu rapuh dan murahnya ‘aqidah’ perjuangan mereka terhadap parti sendiri, tidak terbayangkan bagaimana kelak pemimpin seperti ini sanggup mengharungi kesusahan bersama rakyat semata-mata mahu membela nasib rakyat lebih dari diri mereka sendiri,” katanya.
Dalam keadaan sekarang, ujar Riduan apakah masih ada sekelumit hati pemimpin Umno merasakan menjadi wakil rakyat sebagai suatu amanah yang perlu ditunaikan dengan baik dan memberikan khidmat kepada masyarakat terutama pengundi sebagai suatu keutamaan.
Beliau mempersoalkan, mungkinkah ada kalangan mereka merasakan amanah yang dipikul itu akan menjadi suatu bebanan dan akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di hari akhirat kelak.
Sebaliknya, kata beliau mungkin mereka merasa menjadi Yang Berhormat atau menteri adalah suatu kemuliaan dan juga peluang untuk membolot kemewahan dunia sebanyaknya tanpa memikirkan nasib rakyat yang mereka wakili.
“Saya ingin mengajak rakyat menilai kembali sokongan mereka kepada Umno. Parti seperti ini tidak boleh disokong kerana mereka sendiri sanggup menjual beli parti mereka sendiri hanya kerana kepentingan diri mereka.
“Zahirnya nampak kuat, namun dalamannya amat rapuh dan lemah. Parti seperti ini boleh rebah bila-bila masa sahaja,” ujarnya lagi.
Katanya, kenyataan Muhyiddin pula akan menguji diri beliau jika ia benar-benar terjadi ke atasnya.
“Sesetia itukah Muhyiddin terhadap partinya sendiri atau beliau turut akan sama mensabotaj dan akan disingkir jika tidak terpilih sebagai calon PRU13?” tanya beliau.
-HD
Monday, September 10, 2012
Sabotaj parti: Pemimpin tertinggi Umno cemas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dalam pembangkang sendiri pun ada yang mensabotaj calon dan parti.
ReplyDeleteApa,dlm pembangkang sendiri pun ada yg sabotaj calon / parti ? Ini macam suara anjing umno jer. Aku yg serata negeri dok joint PR nih, tak nampak pulak apa yg dituduh nih.
ReplyDeleteJgn dikira dgn ugutan UMNO atau cubaan nak beli YB PR...itu soal lain namun tindakn sabotaj memangtak wujud.
Kes sabotaj parti ini rasanya tidak patut dilakukan. Ini patut dielakkan sebaiknya.
ReplyDeletePembangkang tidak sedar yang mana mereka juga sering berlaku kes sabotaj dalam parti. Kes di Selangor sendiri. Puak Azmin dan Puak Khalid. Mereka ini sering kali tidak sefahaman dan cuba untuk menjatuhkan ahli lain.
ReplyDeleteNAH! SABOTAJKAN UMNO? INI SUDAH BAGUSSSSS............SUPAYA CEPAT MAMPOSSSSS...............
ReplyDeleteAda sapa tahu kes tumbok menumbok dlm mesyuarat UMNO cawangan P.Kerengga, TGanu dan Mentakab ,Pahang baru nih ? Tumbok menumbok, baling kerusi dan kena polis tembak ke udara,baru brhenti. Itu budaya UMNO le tu. Kan UMNO prnah dharamkan oleh Tun Saleh Abas tahun 1988 dulu kerana MAHAfir'aun guna perwakilan palsu utk lawan Ku Li. Itu budaya umno ler tuh. Sebab tu MAHAfir'aun kata YGBODOH MASUK UMNO DAN YG CERDIK MASUK PAS. Tepat sakalih..
ReplyDelete**Raja sulu'
Apa salahnya menyingkirkan musuh dalam selimut? Adakah mereka yang sanggup bertindak sabotaj parti dan rakan seperjuangan sendiri patut dikekalkan?
ReplyDeleteMereka yang sudah tidak lagi ikhlas berjuang bersama BN, jangan jadi pengacau dalam parti, baik keluar sendiri daripada disingkirkan.
ReplyDeleteMereka yang hanya mementingkan kuasa dan jawatan jelas menunjukkan mereka bukan ikhlas berjuang untuk rakyat, lompatlah kalau nak, ada ku kisah?
ReplyDeleteKetua memberi arahan dan amaran adalah perkara biasa.
ReplyDeletePembangkang akan menggunakan ayat2 pemimpin untuk mendapat perhatian rakyat
ReplyDeleteSebenarnya mereka yg keluar dr UMNO tu sebab mereka nampak dr dalam... UMNO menuju kehancuran. Harta negara dbahagi-bahagikan sesama mereka sedang rakyat yg tanggung beban, itu asas kenapa ramai yg lari keluar UMNO. Bukan soal tidak ikhlas dlm perjuangan. Lagi pun PERJUANGAN UMNO sekarang selain melingkupkan negara.?
ReplyDelete**888
jgnlah ada sikap sabotaj dalam parti.
ReplyDelete"Katanya, disiplin dan akhlak ahli Umno dan parti komponen BN dianggap begitu teruk sehingga terpaksa diberi amaran dalam ruang media yang terbuka."
ReplyDeletebukan pembangkang pun pernah buat amaran seperti ini kepada ahli2 pembangkang ka?? berhati2 sebelum buat kritikan berunsur politik, nanti terludah pula muka sendiri..
"Riduan berkata, gelombang yang begitu menggelora sedang membadai dalaman mereka sehingga terpaksa pemimpin tertingginya memberi amaran keras untuk menenangkan keadaan."
ReplyDeletemacam mana pula dengan kes pemecatan Hassan Ali?? boleh Riduan bagi ulasan?
Alhamdulillah dgn trkeluarnya Hassan Aqidah..PAS selamatdr ulama jahat. Biar tinggal ulama baik agar gerakan Islam sntiasa dirahmati Allah. Atau BN yg ada Chua S Lek itu drahmati ?
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteSeptember 13, 2012 9:33 PM
AnuWar dirahmati?? DAP yang sokong filem Innocent of Muslim tu dirahmati??
Anonymous said...
ReplyDeleteSeptember 13, 2012 9:33 PM
syukur la Lajim, bumburing dan yang lain2 keluar dari BN.. selamatlah BN dari pemimpin2 jahat seperti ini.. biarlah mereka menyertai parti jahat seperti Pakatan..
UMNO will expand the powers of its disciplinary committee to prevent any cases of sabotage among party members ahead of the next general election.
ReplyDeleteIts deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin said this was to ensure that there was no action by party members which could jeopardise Umno's winning chances in the polls.
ReplyDelete"I will meet the disciplinary committee chairman (Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail) and its members to determine whether there is a need to reconstitute (the committee).
ReplyDelete"We also must look into the need to have more members in the committee, because it would be difficult to have only one team doing the monitoring work," Muhyiddin said after visiting residents at Kampung Kebun Baru, Jementah near here.
ReplyDeleteMuhyiddin, who is also the deputy prime minister, said that more Umno veterans may be roped in to the disciplinary committee to weed out any cases of sabotage.
ReplyDeleteHe said the committee would clearly define the forms of sabotage.
ReplyDelete"The scope of power would be different from what was previously done as it involves a different method of taking action against offenders."
ReplyDeleteAfter chairing the Umno supreme council meeting, party president Datuk Seri Najib Razak said Umno would activate its disciplinary committee to monitor the activities of its members from now onwards to ensure that they toe the party line until the next general election.
ReplyDelete
ReplyDeleteMuhyiddin said that cases of indiscipline among party members were normally known after the general election, but this time, it was more important for Umno to stop the problem from occurring at the onset.
"We will also conduct a briefing on this. This is not the same with disciplinary cases which have occurred in the past.
ReplyDelete
ReplyDelete"Usually a disciplinary case is reported by a division, for example, and it involves a person who becomes an opposition candidate or a seconder for them.
"Previously it provided a basis for a report and only then would the committee call the said person." However, Muhyiddin said the committee had a responsibility to weed out cases of slander from the actual cases of sabotage.
ReplyDelete
ReplyDelete"The committee has to be detailed because it needs to be fair as this involves something that could jeopardise the party.
"We will discuss about its (the committee's) scope of power and the method of action," he said.
ReplyDeleteEarlier, in Pagoh, Muhyiddin handed over Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) vouchers at the Lenga community hall and presented land grants to settlers of the Felcra Paya Kepar at Kampung Kechik Bukit Kepong, Muar.
ReplyDeleteMeanwhile, Muhyiddin said that the government would consider extending the deadline to Feb 15 to submit applications for the RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) on a case-by-case basis.
ReplyDelete"This move is to ensure that those who deserve the aid get it. There are many who have not received the forms. We will consider extending the deadline."
ReplyDelete