Monday, September 10, 2012

Nasha kekal dalam majlis syura

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan bahawa bekas timbalannya, Nasharudin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam ini.

Sebaliknya, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Abdul Hadi lagi kepada pemberita.

"Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama," katanya menjawab soalan pemberita berhubung isu kedudukan bekas timbalan presiden itu.

"(Jadi) tidak timbul apa-apa masalah. Siapa yang timbul masalah (ini) ?" soal Abdul Hadi.

Kenyataannya itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukan Nasharudin yang dilihat sebagai duri dalam daging parti itu, ekoran kenyataan MP Bachok itu sebelum ini.

Ditanya sama ada Nasharudin akan kembali dicalonkan PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

"Itu tunggu pilihan raya (nanti) termasuk saya sendiri tak tahu jadi calon ataupun tidak," katanya.

Mengulas lanjut mengenai senarai calon itu, Abdul Hadi berkata ada kawasan PAS tertentu yang menyenaraikan sehingga empat calon bagi kawasan berkenaan.

Katanya, mesyuarat itu membincangkan bahawa PAS perlu meletakkan calon yang berwibawa dari sudut Islam dalam pilihan raya itu.
"Majlis Syura meluluskan semua nama-nama yang dicalonkan walaupun ada satu parlimen atau satu DUN untuk seorang sahaja (untuk bertanding).

"Terpulang kepada PAS negeri dan PAS kawasan (untuk memutuskan senarai tersebut)," katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

Nasharudin, yang kelihatan ceria selepas mesyuarat berkenaan, turut menyertai sidang media bersama Abdul Hadi dan juga seorang naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, namun enggan memberi sebarang ulasan.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat beredar daripada pejabat agung PAS kira-kira jam 9.20 malam tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

Nasharudin mencetus kontroversi sebelum ini ekoran kenyataannya yang menggesa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pengerusi DAP Karpal Singh berkeras menolak pelaksanaan hudud.

-MK

18 comments:
Write comments
  1. Masih hangat lagi mengenai isu ini. Harap statsu Nasha akan dapat diumumkan.

    ReplyDelete
  2. Tambahan lagi kenapa PAS takut untuk menghalau dia keluar dari parti itu. Ada apa-apa kekuatan dengan Nasha ini.

    ReplyDelete
  3. Bagus juga Hj Hadi. Dia tak minta Nasha Umno tu keluar PAS skrang. Confirm UMNgok akan jadikan isu besar 'negara' pd isu kecil dlm PAS pon. Bila tiba PRU nanti...confirm hanyut le Nsha Umngok tuh. Dah Perwakilan Muktamar tak pilih beliau, turun le bawah dan barjuang brsamah dr bawah. Apa masalahnya? Masa PRU nanti, kedudukan calon wakil rakyat dtangan President parti. Sama dgn calon BN pon,president yg tentukan siapa. Syabas Dato Seri President PAS.

    ReplyDelete
  4. Mana2 sajalah yang bawa kebaikan kepada PAS.

    ReplyDelete
  5. "Isu Nasharuddin Mat Isa nampaknya mengecewakan musuh PAS. Mereka nak sangat melihat Nasharuddin dipecat. Itu yang mereka mahukan. Namum majlis Syura tidak membincangkan isu tersebut dan Nasharuddin kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS.

    Tentunya TV3 yang paling kecewa dengan keputusan tersebut. Pentingnya keputusan tersebut sehingga TV3 terpaksa membuat lintas langsung pada akhir siaran Buletin Utama semalam. PAS menjadi begitu penting kepada TV3, hanya semalam. Tujuannya kalau Nasharuddin dipecat, modal baik untuk TV3 memecahbelahkan PAS. Akhirnya TV3 dikecewakan.

    Namun yang sial, setelah kehabisan modal, ada pula yang membuat cerita…. kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz.....

    ReplyDelete
  6. Kita tunggulah dan lihat sama ada Nasharudin akan kembali dicalonkan PAS dalam pilihan raya ke-13 nanti.

    ReplyDelete
  7. DAP Karpal Singh berkeras menolak pelaksanaan hudud sebelum ini, sepatutnya PAS meminta penjelasan daripada Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim tentang pendirian mereka tentang isu Hudud ini.

    ReplyDelete
  8. PAS dah dpt penjelasan sendiri dr Lim G Eng, Lim K Siang malah dr Dr Chen Man Hin sendiri pun sebelum ni. Kedua2 org kuat DAP tu amat fanatik dgn keCINAan nya tetapi setelah melihat sendiri betapa sopan santunnya PAS dgn Cina dkelantan, mereka lantas berubah tanggpan buruk kpd yg paling banik kpd PAS Kelantan. Karpal Singh tu seorg shj yg perpandangn sbegitu malah DAP menganggap itu pandangan peribadi karpal dan tidak DAP Pusat. Harus diingat, Karpal tu seorg peguam jadi beliau melihat dr sudut perundangan bukan penentangan total.
    kalau otak pnjang sejengkal,jgn cuba jadi professor kangkung.

    ReplyDelete
  9. kita tgk adalah Nasha akan terus diberi mandat dalam PAS.

    ReplyDelete
  10. kenapa tidak pecat saja macam kes Hassan Ali?

    ReplyDelete
  11. masih kekal sebagai anggota Majlis maksudnya dia tidak disabit bersalah. masih boleh dimaafkan dan tidak perlu dipecat:)

    ReplyDelete
  12. PAS fokuskanlah perjuangan di Kelantan, tidak perlu fikirkan Sabah atau mana2 kawasan lain.

    ReplyDelete
  13. Perpaduan dalam PAS mengembirkan semua rakyat khasnya..PR semakin kukuh dan bergerak kehadapan... yg resah dan hampir nyanyuk(senile) adalah UMNO.. media mereka sudah berkampung sejak seminggu lepas dgn mencanangkan pelbagai headline yg dicadangkan oleh Syaitan.... tapi akhirnya mereka hampa.. malaikat yg diutusakan telah mengalahkan Syaitan.. yg dikenali.. UMNO....

    ReplyDelete
  14. Majlis Syura mengambil tindakan diluar dugaan Umno dgn mengekalkan Nasha sekaligus memeningkan Umno krn tertutupnya pintu fitnah… Dgn PRU13 yg semakin hampir, penyingkiran Nasha akan membuka ruang utk diserang. Ppercaturan politiknya skrg ialah jgn buka ruang utk difitnah...

    ReplyDelete
  15. Pandai Ust Hadi. Kalau dia tendang keluar Nasha..rasanya 7 hari 7 mlm media massa umngok dok menyiar kpd barua2 mereka utk mengata. Silap haribulan, ruangan dlm akhbar utusex dah sediakan beberapa helai ruangan mlm tu jugak utk dsiarkan keesokan harinyer. Tup tup tak menjadi 'perangkap had laju' umno tuh. Sian yer!

    ReplyDelete
  16. Lebih baik keluar saja dari PAS

    ReplyDelete
  17. Nasha tidak memberi impak kepada Umno. Terus bersama PAS atau tidak Umno tidak rasa tergugat.

    ReplyDelete
  18. Impak pd UMNo bukan brada pd Ust Nasha tuh, impak berada pd Rosmah dan kedua Najib. Mcm mana impak Khairy pd UMNO zaman Pak Lah Ngantuk tuh.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.